webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teenager
Zu wenig Bewertungen
78 Chs

Bab 34 : Kau dengan aku....selesai

"Sekarang ni, Damon atau kau yang berkawan dengan aku?"Soal Zara dengan kening mencerlung."Kenapa sampai kau tak beritahu aku apa-apa tentang diri kau. Sebab itu ke kau selalu mengelak setiap kali aku tanya tentang family kau?"

Sarah menggeleng kepala.

"...aku tahu aku tak patut rahsiakannya...Zara...maafkan aku....James sengaja Zara...dia sengaja buat semua ni..."kata Sarah. "Dia tahu semua ni akan terjadi. Dia cuba sakiti kau...dia tahu kau akan kecewa sebab hal ni.maafkan aku Zara...tolonglah maafkan aku." Sarah dekati Zara sebelum melutut depan Zara. Dia memegang tangan Zara yang sudah sejuk beku itu.

Zara tersedu sedan, dia tunduk memandang Sarah dengan sedih. Air matanya jatuh mengenai rambut Sarah.

"Kau tak percaya dekat aku?Sejak awal lagi?Sampai sekarang?"soal Zara dengan lirih.

Sarah menggeleng kepala.

"Percaya...aku percaya dekat kau..sejak awal lagi...aku sentiasa percayakan kau..."luah Sarah dengan air mata berjuraian.

"Dah tu kenapa kau tak beritahu aku siapa kau...kenapa kau tak pernah kongsi kisah hidup kau dekat aku...selama ni aku yang selalu mengalah dengan kau...semua tentang aku kau tahu...tapi aku?Langsung tak tahu apa-apa tentang kau...kau tahu aku kecewa sangat dengan kau sekarang ni..."

Sarah mengangguk kepala. Dia memegang tangan Zara dengan kedua-dua tangan.

"Aku tahu...aku minta maaf Zara..tolonglah...jangan bencikan aku...aku sayangkan kau macam adik aku sendiri...jangan buang aku macam kau buang Lissa dengan Betty dari hidup kau...tolonglah..."

Zara perlahan-lahan duduk bercakung di depan Sarah. Menatap wajah Sarah dengan renungan sedih.

"Kalau macam tu kenapa kau buat semua ni?"tanya Zara dengan sedih.

Sarah mengetap bibir menangis saat memandang wajah kecewa Zara.

"Kau tahu aku tak pernah menangis tak kira sakit macam mana sekali pun?"kata Zara dengan renungan kosong. Ekspresi wajah Zara menjadi dingin secara tiba-tiba.

Melihat hal itu membuatkan Sarah terus meraung. Dia menggeleng kepala sebelum merangkul bahu Zara.

"Zara..maafkan aku..tolong. Tolong aku..."rayu Sarah dengan terdesak seperti tidak mahu mati. "Aku minta maaf...maafkan aku..."nangis Sarah.

Air mata turun ke pipi Zara saat gadis itu termenung memandang ke depan dengan renungan kosong.

"Sesiapa boleh kecewakan aku Sarah...tapi bukan orang yang aku percayai..."kata Zara sambil mengusap belakang badan Sarah dengan lembut. "Dan bila orang yang aku percaya tu dah buat aku kecewa...."

Sarah menggeleng laju. Enggan membiarkan Zara meneruskan kata-kata itu.

"Zara...aku bersalah...aku janji aku takkan buat lagi. Aku janji aku akan beritahu kau semuanya..tolong Zara..."Sarah mengeratkan pelukannya pada Zara sambil merayu dengan terdesak.

Air mata Zara mengalir seperti air hujan tetapi air mukanya  kekal kosong tanpa emosi.

"Aku faham."sebut Zara. "Dalam dunia ni tak ada sesiapa boleh terima aku dalam hidup dia orang...termasuk kau...sebab dia orang tak percayakan aku dapat gembirakan dia orang tanpa ambil kisah akan siapapun diri dia orang tu..."dengan kuat Zara menarik lengan Sarah supaya melepaskan pelukan dari lehernya.

Sarah bergelut enggan melepaskan Zara tetapi tangannya terlepas juga. Setelah itu Zara tekup pipi Sarah dengan lembut supaya dia memandang ke Zara.

Sambil tersedu sedan Sarah memegang tangan Zara yang ada di pipi.

"Please..."rayunya dengan kening berkerut.

"Sarah Kirana...Benz. Mulai hari ini..."lafaz Zara yang membuatkan Sarah histeria serta merta.

"Argghhh!!!Aku tak nak dengar!!!""Sarah menekup telinga dan menjerit. Dia menggeleng kepala kiri kanan tidak tentu arah. "Aku tak nak dengar!!"

"Shhh..."arah Zara dengan lembut.Masih memegang muka Sarah yang sedang meronta. "Kau dengan aku..dah selesai."sebut Zara dengan nada mendatar sebelum melepaskan Sarah dan berdiri.

Terduduk Sarah di atas lantai itu dengan muka bungkam sebab terkesima dengan kata-kata Zara. Air mata jatuh menitis turun dari kelopak ke mata yang tidak berkedip sebab terkejut.