webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 33 : Maafkan aku

Zara kelam kabut menuruni tangga sampai hampir hendak terpelecok kaki gara-gara tumit tingginya. Tetapi dia berjaya imbangkan diri sambil memegang tembok tangga. Dia kena keluar dari situ sebab tak tahan lagi. Dada dia sebu sangat. Entah kenapa dia yang susah hendak menangis itu mahu meraung di situ jugak. Sekarang!

"Zara!"panggil Sarah di belakang.

Zara yang dengar tak berhenti malah melajukan langkahnya untuk turun dari tingkat dua itu untuk ke tingkat bawah dan keluar dari rumah itu. Setelah dia tiba di tingkat bawah dia menyusuri laluan koridor seluas dewan untuk ke pintu keluar.

Sementara Sarah dibelakang dengan mudah mengejar Zara dengan kasut tumit tinggi. Sementara dia seperti budak baru berjalan bergelut hendak imbangkan diri dari terjatuh.

Sarah memecut laju ke arah Zara sewaktu rakannya sudah keluar dan mendekati kereta dimana pemandu sedia menunggu. Semeter sebelum Zara tiba di kereta, Sarah sudah berdiri mendepa tangan di depan Zara. "

"Stop!"arahnya serta merta.

Zara berhenti secara mendadak dan undur beberapa langkah ke belakang sambil memandang Sarah dengan kening berkerut.

"

"Ke tepi!"arah Zara dibalik ketapan gigi.

"No..."tegas Sarah.

"Sarah, ke tepi.."minta Zara dengan suara terketar-ketar.

"Aku takkan ketepi selagi kau tak dengar penjelasan aku..."mata Sarah sudah kemerahan.

Zara memejam sebelum dia dongak memandang langit hendak elakkan air mata dari turun di mata tetapi usahanya gagal. Air mata dia tetap juga mahu turun.

Terus tumpah air matanya dari tepi mata. Zara buka mata dia lantas memandang ke langit biru di atasnya buat seketika. Bersama juraian air mata, Zara turunkan kepala dia dan pandang ke depannya.

Antara ramai-ramai orang kenapa rakan baiknya sendiri khianati dia. Kenapa sekali tu dalam hidupnya tiada seseorang yang kekal jujur padanya?

Dia tak kisah kalau orang lain perlakukan dia dengan kejam, tapi jangan Sarah. Sebab Sarah adalah orang yang paling di percayai dekat dunia ni. Tapi nampaknya Sarah tak anggap dirinya begitu seperti mana dia anggap Sarah.

"Maafkan aku..."minta Sarah. "Bukan aku saja nak rahsiakan semua ni dari kau Zara..aku tahu aku patut beritahu kau semua ni dari awal...Cuma aku tak tahu nak cakap macam mana dengan kau..." jelas Sarah yang tak masuk akal bila Zara dengar.

Zara ketawa mengejek dengan air mata mengalir di pipi.

"Tak tahu nak cakap macam mana?Apa yang kau merepekkan ni?Susah sangat ke nak cakap yang kau tak percaya dekat aku...kau takut kalau kau beritahu aku siapa diri kau yang sebenarnya dari awal...aku akan sukakan kau dan kawan dengan kau sebab latar belakang kau?Kau tak percaya dekat aku yang aku akan kawan dengan kau bukan sebab harta...macam tu?"tanya Zara dengan sedih. Kecewa sangat dia. Sampai hati Sarah buat dia macam ni.

Sarah menggeleng kepala, dia cuba dekati Zara dan mahu memegang tangan Zara, tetapi Zara mengundur ke belakang dan sembunyikan tangan ke belakang.

"Zara..."cebik Sarah mahu menangis. "Maafkan aku...."nangis Sarah. "Damon yang suruh. Dia yang suruh aku rahsiakan semua dari kau sebab tak nak orang tahu siapa aku sebenarnya...Damon cakap kalau orang tahu siapa aku...dia orang hanya akan kesempatan ke atas aku...tapi aku tahu kau bukan macam tu...aku cuba nak beritahu..tapi tak tahu macam mana nak cakap...takut kau akan marah aku macam ni...please maafkan aku.."

Zara memejam mata lalu dia menekup muka sebelah tangan sebelum kembali memandang Sarah dengan sedih. Bergegar bahu kerana esaknya menjadi-jadi. Dia jarang menangis jadi sekali bila dia menangis....