webnovel

Rekod Dungeon yang Pantas

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Tongkat Kristal Ais itu membuatkan Cold Night kebingungan, tetapi ini bukan kerana dia tidak mahu menyerahkan senjata tersebut. Walaupun senjata itu senjata tahap 25, ia tetap akan ditenggelami oleh senjata-senjata lain yang lebih kuat di kemudian hari. Para pemain yang berpengalaman seharusnya tidak terlalu menyayangi sesebuah senjata, kerana mereka bakal menemui lebih banyak senjata lain lagi sepanjang permainan. Oleh itu, Cold Night memandang hina terhadap Endless Night. Salib Kristal miliknya hanyalah senjata kelas Oren tahap 20 sahaja, tetapi dia menganggapnya sebagai harta kesayangan yang tidak boleh dipisahkan. Dia mengatakan yang senjata itu kelihatan sungguh hebat dan cantik, jadi dia tidak mahu kehilangannya.

"Ia hanya akan digunakan sebagai cagaran sahaja. Bukannya kamu takkan dapat balik senjata itu!" kata Cold Night kepada Endless Night.

"Jangan tipu saya. Kamu ingat perkara ini semudah itu? Lord Grim mahukan Tongkat Kristal Ais tak kira apa pun. Tahu tak berapa banyak kali kita perlu membunuh White Witch untuk mendapatkan senjata itu?" kata Endless Night. Untuk mendapatkan senjata kelas Oren, seseorang pemain perlu bergantung kepada nasib semata-mata!

"Kalau kita tak jumpa senjata itu, kita beli. Pasti akan ada caranya," kata Cold Night.

"Kamu nak cuba sekarang? Cubalah kamu jual Salib Kristal milik kamu!" kata Endless Night.

Cold Night tidak gembira. Sekarang ini server permainan masih baru, jadi sebagai pemain veteran, dia hanya pernah menjual senjata tetapi tidak pernah membeli. Pada ketika ini, kelengkapan senjata bertahap rendah memang boleh dijual, lebih-lebih lagi pada pemain baru. Tetapi sebaik sahaja para pemain sampai ke Heavenly Domain, kelengkapan bertahap rendah boleh dijumpai dengan mudah sekali. Pada ketika itu, harga senjata kelas Ungu tahap 25 akan bersamaan dengan harga sehelai Bulu Keras Serigala Putih sahaja. Jika seseorang pemain membeli senjata kelas Oren tahap 25 sekarang, ia tindakan bodoh!

"Jual lah! Jual!" jerit Endless Night. Dia tahu yang senjata tahap 20 miliknya ini tidak akan kekal selama-lamanya, jadi dia hanya boleh memendam kemarahan terhadap Lord Grim. Cold Night juga tidak berasa gembira. Dia ingin sahaja menggadaikan semua yang dimilikinya asalkan dapat menaikkan nama persatuannya.

Di dalam server baru, reputasi persatuan adalah segala-galanya! Ini satu pelaburan yang menguntungkan. Akhirnya, kedua-dua pemain ini terpaksa mengalah. Mereka sangat memerlukan bantuan Lord Grim. Walaupun ganjaran yang dimintanya agak sukar untuk didapatkan, mereka masih mampu untuk memenuhinya. Sekurang-kurangnya Lord Grim tidak mengenakan bayaran yang terlalu melampau.

Tetapi masalahnya sekarang, Cold Night risau memikirkan tentang ketiga-tiga Persatuan Utama berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat Lord Grim. Tidak mungkin mereka semua akan dapat melakukannya dalam jangka masa panjang. Setelah menyelesaikan urusan dengan Lord Grim, Cold Night log keluar dari akaunnya untuk meminta nasihat ketua persatuannya melalui akaun utama miliknya. Bukannya dia tidak mahu turut serta dalam mencipta rekod baru Hutan Fros, tetapi dia pemain kelas Knight, watak yang memainkan peranan 'Tank' dalam kumpulan. Sama seperti Endless Night, dia tidak diperlukan. 

Pada asalnya, kumpulan utama mereka di dalam server kesepuluh dianggotai oleh seorang Knight, seorang Cleric dan dua orang Priest. Tetapi sekarang mereka ibarat sampah sahaja. Apabila Lord Grim muncul di Hutan Fros, Cold Night segera memanggil 4 orang pemain tahap 25 yang mempunyai kuasa serangan tinggi untuk membantu Lord Grim. Sewaktu Lord Grim menerangkan tentang strategi yang ingin digunakan untuk menyelesaikan 'dungeon', Endless Night hanya mampu mengetap bibir dan menggenggam penumbuk kerana kecewa.

"Inilah cadangan saya. Semua orang faham?" Setelah Ye Xiu selesai memberikan penerangan, dia yakin yang mereka tidak akan berhadapan sebarang masalah untuk memecahkan rekod dengan bantuan kumpulan yang mempunyai kuasa serangan tinggi ini. Dia cuma tidak dapat menjangka sebesar mana tempoh masa yang bakal mereka catatkan dalam memecahkan rekod.

Keempat-empat pemain yang mempunyai kuasa serangan tinggi itu kebingungan mendengarkan strategi Ye Xiu. Sama seperti Blue River, mereka tidak pernah mendengar tentang 'Penyelesaian Satu Gelombang', dan tidak percaya yang ia boleh dilakukan.

"Kalau tak ada apa-apa masalah, mari kita pergi!" umum Ye Xiu. Dia mengarahkan Lord Grim untuk bergerak masuk ke 'dungeon'.

Keempat-empat pemain itu merasa ragu-ragu di dalam hati. Tetapi sebaik sahaja memasuki 'dungeon', mereka tidak melayan keraguan itu lagi. Mereka mara ke hadapan. Mereka bakal memecahkan rekod 'dungeon' ini, setiap saat begitu berharga.

Pada ketika ini, Lord Grim sudah pun mula menarik raksasa-raksasa. Jika dibandingkan dengan waktu sebelumnya, Payung Seribu Manifestasi miliknya sudah pun mencecah tahap 15 bagi bentuk asli, Pistol, Pedang dan Tombak. Ye Xiu dapat menarik kesemua raksasa dengan lebih mudah berkat daripada 'damage' lebih tinggi yang dimilikinya. Sementara dia menarik raksasa, dia turut melakukan serangan terhadap mereka.

Keempat-empat pemain Tyrannical Ambition menyerang dengan berhati-hati kerana khuatir akan mencuri tumpuan raksasa tersebut. Tetapi dengan cepatnya mereka menyedari yang kuasa serangan Lord Grim jauh mengatasi mereka semua, jadi tidak mungkin tumpuan para raksasa itu akan dicuri oleh serangan mereka. Nampaknya Ye Xiu jauh lebih memahami tentang kekuatan serangan berbanding mereka.

Sewaktu Lord Grim berjaya menarik lebih daripada 20 ekor raksasa sekaligus dalam satu gelombang, keempat-empat pemain itu ketakutan. Tetapi di bawah pimpinan Ye Xiu, mereka berempat segera mengambil posisi masing-masing. Sama seperti Persatuan Blue Brook juga, keraguan mereka bertukar menjadi kejutan. Kejutan ini pula bertukar menjadi kekaguman dan keterujaan.

Setelah berjaya membunuh gelombang raksasa yang pertama, kesemua pemain melihat pada tempoh masa yang dicatatkan. Mereka membuat kesimpulan, asalkan mereka tidak melakukan sebarang kesilapan, rekod 'dungeon' ini pasti akan dipecahkan.

"Bunuh!" keempat-empat pemain ini begitu bertenaga sekali. Malah, mereka lebih teruja daripada Ye Xiu. Memandangkan rekod ini akan dipegang oleh Tyrannical Ambition dan bukan dirinya sendiri, Ye Xiu tidak begitu kisah tentangnya. Dia hanya menjalankan tugasnya sahaja.

Endless Night dan rakan-rakannya juga sedang menyelesaikan 'dungeon' bersama pemain Tyrannical Ambition yang lain. Tetapi mereka hanya memikirkan sama ada rekod 'dungeon' akan berjaya dipecahkan ataupun tidak.

Dari semasa ke semasa, Endless Night melihat kepada tempoh masa. Dalam sekelip mata, sepuluh minit telah berlalu. Kumpulannya dianggotai oleh pemain bertahap 25 kesemuanya, tetapi mustahil mereka akan dapat memecahkan rekod. Endless Night teringin hendak menghantar mesej kepada rakan-rakannya yang sedang bersama dengan Lord Grim, tetapi dia khuatir akan menganggu konsentrasi mereka.

Sementara itu, rakan-rakan Endless Night sibuk berbual sesama sendiri sewaktu membunuh raksasa. Topik perbualan mereka tentang jaguh misteri, Lord Grim.

Dalam sekelip mata lagi, lima minit telah berlalu. Kumpulan yang bertugas untuk memecahkan rekod telah berada di dalam 'dungeon' selama 15 minit. Endless Night semakin gusar. Dia melihat pada papan pendahulu server kesepuluh. Rekod terkini masih lagi 20:24:11, rekod yang dicatatkan oleh Persatuan Blue Brook. Tetapi, rekod baru boleh tercipta pada bila-bila masa sahaja sekarang kerana kekuatan para pemain telah meningkat dengan banyak.

"Beres!" jerit seseorang di dalam kumpulan mereka.

Endless Night menggigil apabila mendengarkan jeritan itu. Dia membaca pengumuman sistem dan berasa sangat terkejut.

Pengumuman Sistem: Tahniah kepada para pemain Herb Garden Plantago Seed, Giant Taro, Oriental Sweetgum, Rangoon Creeper, Malva Nut kerana berjaya memecahkan rekod masa penyelesaian Hutan Fros. Tempoh masa: 17:48:45.

"Pemain Herb Garden?" mereka berempat tergamam.

"Jangan risau, ia masih belum berakhir lagi", kata Endless Night dengan tenang. Pada ketika ini, kesemua pemain Persatuan Utama sudah mencecah tahap 25, jadi mereka boleh menggunakan seluruh kekuatan untuk mencipta rekod baru. Dengan kekuatan yang dimiliki Herb Garden, rekod ini tidaklah terlalu menakjubkan. Rekod ini masih boleh dipecahkan lagi! Memandangkan kumpulan Lord Grim telah memasuki 'dungeon' selama 15 minit, mereka sepatutnya selesai tidak lama lagi.

Keempat-empat pemain Tyrannical Ambition sangat teruja memikirkan tentang memecahkan rekod. Ye Xiu pula tidak henti-henti melakukan serangan demi serangan.

Tiba-tiba, muncul sebuah lagi pengumuman sistem.

Pengumuman Sistem: Tahniah kepada para pemain Excellent Dynasty: Gray Black, Sea Breeze, Inherit, Nowhere to Run, Purse kerana berjaya memecahkan rekod masa penyelesaian Hutan Fros. Tempoh masa: 13:24:21

Seluruh dunia terkejut!