Setelah seminggu aku menjalani kehidupan berumah tangga dengan Melisa perempuan keji itu. Lalu tiba-tiba aku harus ke kampung sebab Fikri menjemput aku hadir ke majlis perkahwinannya pada hari sabtu. Harini baru hari Khamis, jadi aku nak balik awal sikit.
*****
"Mel!" Jerit aku memanggil Melisa.
"Apa you ni. Jerit-jerit. Bising tahu tak!" Jawabnya dengan marah.
"Niiiii...esokkk....aku ada hal kat kampung sikit. Nanti kalau mama dengan papa tanya mana aku. Kau cakap aku ada hal kat kampung. FAHAM TAK?" Kata aku.
"Ok." Balasnya pendek.
*****
Keesokan harinya aku bertolak ke kampung dan ingin berjumpa Lyana untuk melepaskan rindu aku padanya.
*****
"Assalamualaikum Ly." Aku beri salam pada dia ketika terserempak dengannya di kedai.
"Waalaikumsalam. Eh Yan. Tak cakap pun nak datang. Sampai hati kau kan. Asal kau dah lama tak contact aku eh?" Tanya Lyana.
"Memang la aku balik. Kan Fikri nak kahwin. Aku minta maaflah sebab dah lama tak contact kau. Aku bukan apa. Aku busy kat sana." Jawab aku.
Aku tak sanggup untuk berterus terang dengannya sebab aku tak nak hatinya hancur sehancur-hancurnya.
"Ouh ye tak ye jugak kan. Lupa lak bos kahwin esok. Hahahahaha." Ketawanya sambil melihat jari aku yang ada cincin. "Ni cincin apa yan?" Tanyanya dengan pelik.
"Hah? Ouh ni. Ni cin...cincin saja-saja aku pakai. Ha camtulah."Jawab aku dengan tergagap-gagap.
"Ouhhh tapi kenapa kau gagap pulak ni. Bukannya kau kahwin pun kan. Hahahahaha." Katanya sambil tertawa.
"Hah? Eh takdelah. Mana ada gagap. Ly! Jom gi makan." Ajak aku menukar topik.
"Ha jom. Kebetulan aku tengah lapar." Katanya.
Agaknya kalau dia tahu yang aku telah berkahwin kan. Apa yang akan dia buat eh. Ya Allah aku tak sanggup nak bagitahu dia sebab aku terlalu sayangkan dia. Haruskah aku merelakan dia? Atau haruskah aku mempertahankan dia? Ya Allah bantu hambamu ini Ya Allah.
*****
Kami memesan makanan dan mula berborak. Aku mengajak Lyana berkahwin dan Lyana bersetuju untuk mengahwini aku.
"Ly! Jom kahwin." Ajak aku.
"Uhuk uhuk! Eh kau ni. Cepatnya ajak aku kahwin." Katanya sambil tersedak.
"Bukan apa Ly. Aku tak boleh la berjauhan dengan kau. Aku kan busy so aku nak kau ada disisi aku. Jom la." Ajak aku lagi.
"Yelah tapi bila?" Tanyanya.
"Minggu depan!" Jawab aku.
"Kau biar betul?" Tanyanya lagi.
"Betullah!" Jawab aku.
*****
Keesokan harinya selesai lah majlis perkahwinan Fikri. Aku melihat balik gambar-gambar yang aku ambil tadi. Mesti gambar akan lebih menarik bila orang yang duduk di atas pelamin tu aku dan Lyana.
"Kau tengok apa tu?" Tanya Lyana.
"Gambar diorang." Jawab aku.
"Ouhh." Balasnya pendek.
"Tapi kan Ly. Gambar ni akan lebih menarik bila kita yang berada di atas pelamin." Kata aku.
"Ye eh. Takpe nanti kita kahwin kita ambil gambar banyak-banyak." Balasnya.
*****
"Hai bang. Fik dah. Abang bila lagi?" Tanyanya menyindir aku.
"Amboi kau fik!" Jawab aku.
"Hahahahahahaha. Nanti abang kahwin gan Lyana jangan lupa jemput fik tau." Katanya.
"Yelah. Ni....sejak bila kau dengan lisa?" Tanya aku.
"Lama dah bang. Sejak fik jadi tuan kedai." Jawabnya.
"Ouh. Fik! Esok aku balik dah. Aku takleh lama-lama kat sini. Nanti makin banyak kerja pulak." Kata aku.
"Ouh. Ok bang." Balasnya.
*****
Keesokan harinya, aku balik ke KL. Aku merancang ingin berkahwin secara senyap-senyap. Aku terfikir jugak nak bagitahu mama yang aku nak kahwin lagi tapi aku takut aku melukakan hati dia.
Aku tiba di rumah tepat jam 9 malam. Lalu aku membersihkan diri dan akan segera tidur. Tiba-tiba Melisa menggodaku.
"You!" Panggilnya dengan berpakaian seksi.
"Apa! Jangan kacau aku. Aku penat. Aku nak tidur." Jawab aku.
"Kenapa you ni tak nak layan I pulak." Katanya.
"JIJIK." Balas aku ringkas.
Aku tahu dengan perkataan jijik tu boleh buat dia terasa tapi nak buat macam mana. Aku rasa marah sangat kat dia. Aku jadi susah nak maafkan dia. Walau apa pun jadi aku tetap akan berkahwin dengan Lyana. Aku cuma berharap dia tak tahu apa yang aku rancang belakang dia.
*****
Aku bangun awal pagi. Aku mengambil sarapan di rumah lalu berangkat ke kerja.
*****
"Ha yan! Camne majlis kat kampung. Okay?" Tanya Jefri iaitu officemate aku.
"Ok je bro." Jawab aku.
"Haihh. Asal kau ni. Muka tu senyum la sikit." Katanya.
"Takde apa lah." Balas aku yang merahsiakan tentang Lyana.
"Ok la bro. Aku buat kerja dulu. Nanti ada apa-apa bagitahu lah aku. Jangan pendam sesorang pulak." Katanya lalu menyambung kerjanya di luar.
*****
Setelah selesai waktu bekerja. Aku pergi ke pejabat kadi untuk mengambil borang pernikahan. Aku bawa balik borang itu dan mengisinya di rumah. Lalu malam itu aku meminta tanda tangan Melisa untuk membenarkan aku berkahwin lagi.
*****
"Mel!" Panggil aku.
"Apa!" Jawabnya sambil main telefon.
"Tandatangan ni kejap. Borang untuk percutian." Perintah aku.
"Meh sini." Katanya lalu menanda tangan tanpa membaca dahulu borang itu.
"Dah. Terima kasih." Kata aku.
"Herm." Balasnya.
*****
Tibalah hari aku ke kampung untuk menguruskan perkahwinan kedua aku dalam hidup. Lalu aku terus berjumpa Lyana untuk mengisi borang.
*****
"Ly! Nah isi ni. Aku dah isi yang maklumat aku." Kata aku.
"Ok tapi ko serius ni? Nak kahwin gan aku?" Tanyanya lagi untuk kepastian.
"Iye sayang!" Jawab aku.
BERSAMBUNG...