PUAN Laila agak tergamam dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang di hadapan pintu pagar. Kehadiran tetamu itu, terpaksa dibenarkan masuk walaupun hatinya berat untuk menjemput mereka ke dalam rumah. Tambahan pula, dengan keadaan Aisyah yang masih memerlukan masa untuk berada dalam lingkup sosial.
Walaupun, ada masanya Aisyah lebih mudah dikawal, dan adakalanya agak agresif dengan orang-orang yang agak asing dengannya.
"Aisyah...??"
Aisyah senyum memandang Puan Laila. Seperti orang yang sihat akal. Dan pertama kali di mata Puan Laila, kehadiran tetamu mereka kali ini memperlihatkan tingkah laku Aisyah yang kelihatan seperti orang sihat akal. Selalunya, dia akan mengamuk dan meracau-racau hingga memerlukan bantuan dari doktor peribadi mereka. Tatkala anak angkatnya itu terpandangkan wanita yang persis seorang yang pernah dikenalinya itu, perwatakkan Aisyah berubah ketara.
Wajah itu mengingatkannya semula zaman sewaktu dia berlajar di pondok dahulu. Malah, bukan seorang. Tapi, dua orang yang memiliki wajah sama. Wajah Kak Zahra....
"Aisyah..."
Aisyah yang memaling ke arah Puan Laila. "Inilah ros hitam dan ros putih." unjuknya pada dua kembar yang berada di sofa. Manakala, ada seorang kelibat lelaki yang lebih senang berada di luar rumah bersama seorang wanita berbangsa India. Mereka seperti berbincang sesuatu perkara yang penting.
"Maafkan saya makcik, saya Ainaa. Kawan sekerja dengan Aisyah." ujar gadis yang kelihatan lebih matang dari yang sosok seorang lagi, yang agak kekok apabila bersalaman dengannya. Malah, kadang-kadang kembar yang seorang lagi hanya melihat-lihat sekeliling tanpa banyak berbual.
"Yang seorang lagi, namanya?" soal Laila, pada Sofea yang banyak mendiamkan diri.
"Sofea, mak cik." jawab Sofea, apabila dia disoal. Dia kurang selesa, apabila ibu kepada kawan sekerja kakaknya, asyik merenung wajah mereka.
"Aku tahu, kau sedang susah sekarang." ucap Aisyah, menepuk belakang tangan Ainaa sebelum memeluk tubuh rakannya. Ainaa hanya membiarkan sahaja.
Puan Laila, hanya melihat dengan riaksi yang aneh. Wajah seiras mereka, masih menganggunya dengan pelbagai soalan. Miripnya dengan kakak seniornya, seperti di tiru sebijik-sebijik. Tak tahulah dia, kalau kakak seniornya itu mempunyai anak kembar seiras.
"Mana kau tahu..." lambat-lambat Ainaa bertanya, sambil merengangkan pelukan mereka. Dia merenung Aisyah yang mengalihkan pandangan ke arah lain. Aisyah hanya sengih sahaja.
Ainaa melirik ke arah Puan Laila yang mula memberinya isyarat. Menyatakan Aisyah, bukan seperti orang normal. Ainaa angguk. Dia lekas faham dengan isyarat Puan Laila.
"Mak cik, bila Aisyah jadi macam ini?" soal Ainaa, memperlahankan suara. Dari awal, dia datang berkunjung di rumah Aisyah. Dia tahu, ada sesuatu yang agak ganjil dengan perwatakkan Aisyah. Malah, pernampilan Aisyah berbeza dengan dahulu. Sekarang, dia nampak wanita muda yang tidak terurus.
"Sejak anak mak cik meninggal." balas Puan Laila. Lembut ujarannya.
"Oh..saya minta maaf. Saya tak tahu. Aisyah tak cerita pada saya yang, dia ada abang." balas Ainaa, serba salah. Dia tak tahu sangat tentang latar belakang hidup Aisyah.
"Bodohlah kamu! Itu bukan abang akulah. Itu anak mak aku." marah Aisyah, menolak Ainaa kasar. Pelukkan mereka, dileraikan. Aisyah marah. Dia membuat muka cemberut.
Kaget juga Ainaa dibuatnya, dengan tindakkan spontan Aisyah.
Puan Laila mengeleng dengan ulah Aisyah. Dia membetulkan keterangan Aisyah yang hanya betul separuh. "Aisyah sebenarnya, kekasih anak mak cik. Tapi, jodoh mereka tak kuat. Anak mak cik meninggal kemalangan."
Ainaa angguk dan faham.
Patutlah Aisyah jadi seperti ini. Seakan hilang kewarasan sedangkan dahulu, dia adalah rakan yang paling kecoh dan ceria. Seperti semalam, dia mengenali wanita di hadapannya ini.
"Tak apalah...kamu berdua sembang-sembang dahulu. Harap-haraplah bersabar dengan anak mak cik. Lagipun, Aisyah masih tak sihat. Mak cik ke dapur dahulu." Ulah Puan Laila, sebelum beredar ke dapur.
"Biar saya tolong mak cik." balas Sofea. Tidak mahu berlama-lama apabila Aisyah memandangnya tajam. Walaupun, dia tidak selesa dengan renungan Puan Laila, tetapi renungan tajam Aisyah yang memandangnya seperti mahu ditikam hidup-hidup. Dia lebih rela berada dengan Puan Laila.
Ainaa hanya mengangguk. Puan Laila tak pula membantah. Adat orang Melayu, masih tak lupa. Itulah adat, yang ibu ajarkan. Jangan berlengang jika bertamu ke rumah orang.
"Aisyah..macam mana??" tanya Ainaa. Dia tak dapat nak cari sebab apa nama Aisyah terselit dalam blog mereka. Apabila Aisyah jadi seperti ini. Dia hanya bersimpati.
"Macam mana apa. Kau dah dengar mak aku cakap tadi. Aku tak sihat lagi. Mak aku tu, asyik nak minta aku makan ubat. Aku tak sembuh, kecuali ros hitam mati." sungut Aisyah. Dia merenung ke arah dapur. Dia julurkan lidahnya keluar. Menjelir ke arah dapur.
Ainaa anggukkan sahaja, walau masih memproses kata-kata Aisyah. Ros hitam mati..
Tangan Aisyah diusap. Selalunya, kuku Aisyah tak pernah, tak berinai. Baru kalini, dia nampak kuku asli Aisyah. "Kalau kau dah sihat nanti. Kau nak pergi mana?"
Aisyah mengeleng. Matanya, pula tiba-tiba bergenang. "Aku akan datang jumpa kau selalu." jawabnya, merangkul semula tubuh Ainaa. Namun, kalini seketika sahaja. Seketika kemudian, dia ketawa sambil menepuk bahu Ainaa.
Ainaa hanya tersenyum. Dia memang kasihan melihat Aisyah. Jika terlalu mencintai juga, mampu menghilangkan kewarasan. "Anak mak, eksiden sebab apa?" sengaja disoal tentang anak Puan Laila.
"Eksiden bas." balas Aisyah pendek.
"Ouhh...dekat mana?" tanya Ainaa lagi.
"Kau lupa ke tiket yang kau jualkan. Tiket itu, aku bagi suami aku. Dia mati sebab tiket itu." tunjal Aisyah, masih marah. Tangannya, memeluk tubuh dengan memalingkan tubuhnya ke arah berlawanan.
Ainaa tercengang. Terkedip-kedip matanya. "Apa?? tiket apa yang kau cakap?"
"Tiket bas, jalan nak ke genting."
...
MEOR memarkingkan keretanya di luar pagar rumah, dengan langkah yang kelam kabut. Pintu pagar rumah yang berkunci, telah memaksa dia membukanya dengan kasar. Dia terus meluru masuk ke dalam rumah yang gelap gelita.
"Ibu!!" Panggilnya, melaung dari tingkat bawah. Kepalanya, menjenguk ke tingkat atas yang gelap. "ibu!!!" nama ibunya, dilaung lagi, berkali-kali. Melihat, tiada sahutan. Hatinya semakin cemas. Lantas, dia mendaki anak tangga ke tingkat atas.
Kosong!
Kelibat ibu dan ayahnya tiada. Di dalam bilik yang mereka tumpang sementara, tidak ada. Bagasi pakaian dan barang keperluan ibunya masih berada di dalam bilik. Rambutnya semakin serabut, diramas dengan perasaan risau yang mulai menambahkan rasa tidak sedap hati. Tangannya meraba poket seluar, mencari gajet elektronik di peket seluar dan bajunya. Tidak ada!
Meor merengus, dengan wajahnya yang bengang. Pada waktu sebegini, telefon pintarnya tertinggal di dalam kereta. Meor keluar dari bilik orang tuanya, berjalan menuruni anak tangga lalu melangkah semula ke arah kereta. Dia perlu menghubungi ibunya, atau setidak ayahnya. Masing-masing seperti menghilang tanpa jejak. Jika di kawasan kampung, dia tidak terlalu risau kerana banyak saudara mara boleh membantu sekiranya ada apa-apa berlaku. Tetapi, di bandar orang. Hanya dia, atau along yang duduk di kawasan Selayang yang boleh di harapkan oleh ibu bapanya. Dia mengambil telefon bimbitnya. Hatinya, dihambat kerisauan. Dia merasa tidak tenteram selagi suara ibu ayahnya tidak kedengaran.
Di waktu tengah malam, sebegini nak ke mana? Walaupun kawasan bandar, tapi mustahil ibu dan ayahnya keluar makan-makan. Tengah malam, buta?!! Bukan tabiat orang berumur seperti ibu ayahnya untuk mencari makan.
Nombor telefon ayahnya, di dail lalu ditekan tombol memanggil. Deringan di corong panggilan, di tunggu. Lama juga, dia menanti.
"Hello.." suara ayahnya menyapa.
"Ayah, mana?" ajunya, bernada tinggi. Ada gumaman kelegaan di hujung halkumnya. Tetapi, ianya masih belum menghilangkan perasaan risau yang masih bersisa di dadanya.
"Ouh, maaf. Ayah lupa nak pesan pada along untuk bagi tahu angah. Ayah ada dekat hospital. Ibu pengsan." balas ayahnya.
"Hospital?! hospital mana?" menyirap darah Meor. Kata-kata Puan Zahra, seakan menyelinap masuk ke dalam akal fikirannya. Adakah, petanda ini yang membuatkan Puan Zahra memberitahu dia, sehingga meminta dia untuk membawa ibunya pergi rawatan Syifa`?
"Ayah sibuk ni. Nanti, ayah minta along wasapkan alamat." balas ayahnya, apabila nama ibunya dipanggil, kedengaran di corong panggilan sebelum panggilan dimatikan. Seberapa ketika, notifikasi telefon berbunyi menandakan mesej dari aplikasi `Whatsapp` sudah masuk.
.....
Imbas kisah lalu-
Ainaa mengigit kukunya, dengan riaksi wajah yang risau. Rambut yang dilepaskan ke bawah kelihatan kusut masai tidak terurus. Kedua kakinya yang tak berkasut dibawa ke atas dan dirapatkan pada dadanya. Dipeluk kakinya sambil duduk di atas kerusi. Sesekali, dipusing-pusingkan kerusinya tak tentu arah. Dia memandang ke arah dua slip tiket bas ke Genting.
Pesanan ringkas adiknya, membuatkan dia gelisah.
Apakah yang harus dia lakukan?? Selagi 'sesuatu' memerhati, selagi itu langkahnya bejat!
Bersambung...