PANGGILAN terputus. Berderau darah Meor, menyerbu naik ke tengkuknya hingga ke wajahnya. Meremang bulu tengkuknya.
Apabila dia cuba menghubungi ibunya, panggilan sibuk. Hati Meor, mula bergumam tidak enak. Sejak pesan Puan Zahra untuk membawa ibunya ke rawatan syifa', menganggu fikirannya. Mungkin, ini asbabnya yang dia tidak tahu.
Pedal minyak, di tekan laju memecut kelajuan maksima supaya dia sampai tepat waktu di rumah. Hatinya risau dengan keadaan ibunya yang terus senyap apabila mengungkapkan kata-kata Allah.
...
AINAA memandang Sofea. "Adik...akak tak sedar ada nama Aisyah dalam blog ini??" Paparan skrin yang bercahaya, tertera nama Aisyah. Rakan sekerjanya.
Bukan sahaja nama Meor, malah kes kehilangan anak Meor juga telah ditulis di dalam blog adiknya itu. Memang tampak pelik dan mengelirukan. Kenapa nama Aisyah yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka, tertera namanya juga.
Sofea mengeleng. Masih buntu. Semenjak dia berada di perkampungan kecil Danish, dia tidak berani mempamerkan dirinya. Segala kejadian yang berlaku di luar, hanya didengari dari cerita Danish.
Dia seperti katak di bawah tempurung. Buta akan isu-isu semasa.
Baginya, selagi dia berada berhampiran dengan kembarnya. Selagi itu, dia merasakan pemburu itu sentiasa memerhati mereka. Kadang-kadang, dia akui bahawa dia masih terbawa-bawa trauma lalu.
Bagaimana dia boleh terpisah dengan saudara kembarnya, sewaktu dia dan kakaknya yang terjerumus jatuh di lereng bukit, selepas lari menyelamatkan diri dari pemburu mereka.
Kerana kakaknya itu, memeluknya saat mereka jatuh. Kakaknya, cedera teruk dan tidak sedarkan diri.
Demi mengelakkan lelaki itu mengejar dan menangkap mereka berdua. Dia tinggalkan kakaknya di sebalik akar besar dengan ditutupi daun dan kain selendang yang di pakainya.Dia cuba menarik perhatian pemburu dengan melarikan diri dengan arah yang bertentangan.
Di situ, dia berjanji pada nama kakaknya akan bertemu setelah sumpahan itu berakhir. Selagi sumpahan itu masih utuh.
Dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak bertemu, kerana sumpahan akan berlaku apabila salah seorang mereka akan mati bila mereka bertemu. Lembaga itu, akan mengikut setiap gerak geri mereka. Kecuali mereka memilih untuk hidup berasingan.
Dan syaratnya, mereka perlu menukar identiti masing-masing. Selama dia berpisah dengan kakaknya, mereka menukar pengenalan diri antara satu sama lain. Dahulu, dia yang mengenakan hijab. Melepaskan hijabnya agar dia tampak sama seperti kakaknya. Dan tempat yang sesuai, agar dia masih melindungi orang-orang melihat dirinya. Dia memilih di tempat terpencil yang jauh ke pendalaman kampung.
Percubaan dia, menyembunyikan diri adalah kerana kerja-kerja suaminya mula tertumpu pada kes kehilangan anak Meor. Jadi, dia sudah dapat mengangak. Jadi, dia mulai mempersiapkan beberapa persiapan kecil yang dirancang bersama kakak kembarnya. Tetapi, pemburu itu mengetahuinya terlebih dahulu rancangan mereka.
Disebabkan Sofea sudah tahu, suaminya akan menahannya di penjara. Dia sudah bersiap sedia, mencari helah untuk melarikan diri.
Sofea agak beruntung ketika itu, kerana ada salah seorang anggota polis yang membantunya untuk menyelinap keluar tanpa pengetahuan suaminya. Jika di ingat semula, nama anggota yang menolongnya adalah pengawai polis Mihrab.
"Dik, aku nak pergi jumpa dengan Aisyah." ujar Ainaa memberikan gajet yang memaparkan cerita mereka hingga, ke arah mereka ingin mencari rumah Rafael ada tertulis seperti kronologi yang dirancang.
Jika pemburu mereka itu, sengaja merancang. Biar dia pincangkan.
"Kak!! bagaimana dengan jalan cerita. Nanti, mereka akan naik marah." tutur Sofea. Kali ini, wajahnya menampakkan roman kerisauan. Bukan pertama kali, kakaknya itu sengaja menukarkan jalan cerita secara tiba-tiba. Dia masih ingat, waktu kakaknya dan dia yang sepatutnya balik penggunakan bas dari Kuala Lumpur ke Perak, dengan tiba-tiba kakaknya tukar tiket dan menggunakan perkhidmatan Kereta api, balik ke Perak.
Waktu itu, berlaku tragedi bas terjunam ke dalam gaung dan mengorbankan banyak penumpang. Memang pelik, tapi sebab kakaknya beli tiket tergesa-gesa menukar tiket tiba-tiba.
"Tiket tu, laluan nak ke Jalan Genting. Tak ada kena mengena kejadian itu dengan kita. Mustahil, dia nak korbankan kita dengan tragedi kemalangan bas. Lagipun, kalau akak tak jual tiket itu, kita mungkin terpaksa beli tiket lain nak balik Perak. Dua kerja." ujarnya panjang.
"Bukan akak sengaja tukar kronologi." soal Sofea. Danish yang sedari tadi berdiam, mendengar celoteh dua kembar berborak panjang sementara dia cuba mendial nombor Suhail, masih gagal dihubungi.
Ainaa mengeleng, menidakkan pertanyaan adiknya yang meminta kepastian. "Aku perlu jumpa Aisyah." utaranya, sebagai penamat dengan keputusannya. Jika mahu tahu jawapan, perlu selesaikan masalah satu persatu. Dia tidak tahu, mengapa nama Aisyah naik dalam halaman blog adiknya.
"Alamat Rafael, aku dah tahu di mana. Jadi, sekarang kita pergi ke?" tanya Danish. Dalam masa dia cuba menghubungi Suhail, dia mencari alamat Rafael dari kenalan yang mengenali mereka. Sudah hampir tiga hari, dia mencari alamat baru Rafael yang gemar berpindah-pindah. Cari dalam facebook. Alamat yang di letaknya adalah alamat rumah lama. Rumah yang mereka pergi, rumah kosong.
"Rumah Aisyah."
Danish pandang Sofea. Sofea yang faham, mengangguk dengan jawapan kakaknya. Dia masih galau dengan keputusan kakaknya. Jika mereka lari dari jalan cerita yang berada di dalam halaman blog. Takut, akan ada tragedi yang mengikut.
"Jika kita tak dapat alamat rumah Rafael, kita tukar subjek." balas Ainaa pendek.
"Pasti!" Soal Avienna, melirik pada Ainaa. Ainaa mengangguk. Alamat rumah Aisyah, sudah ditaip pada papan kekunci telefon pintar. Peranti Waze, dipasang.
Avienna menukar, gear. Lalu menekan pedal minyak, memecut kenderaan tinggi beroda empat.
...
PUAN Zahra merenung potret gambar yang dilakarnya sendiri. Bakat yang tidak diasah itu, masih menghasilkan karya yang indah. Roman wajah lelaki persis Ainaa dan Sofea, seakan serupa dengan wajah lelaki yang menghianati sewaktu tika dulu. Hanya kerana cemburu, dia dinodai tanpa rela.
"Ibu.." Ammar Waziff yang sedari melihat ibunya termenung, menegur dari arah dapur. Ibu mentuanya itu, selalu sahaja ralit meihat bingkisan potret lelaki yang dilukis sendiri.
Dia akui, bakat ibu mentuanya itu hebat sama seperti bakat isterinya. Kadang-kadang, Sofea suka melakar lakaran bunga ros di ruang dinding rumah. Katanya, seni.
Ammar Waziff senyum sambil memandang ibunya yang memanggilnya agar datang menghampiri. Ammar Waziff menurut sahaja, panggilan ibu mentuanya itu.
Puan Zahrah mengunjuk gambar lelaki yang tergantung di dinding utama, berhadapan dengan tempat duduk tamu. Jika tetamu datang bertandang, mereka akan melihat gambar yang tergantung di dinding. Gambar Ainaa, gambar Sofea dan gambar potret lelaki.
"Kanapa bu?" soalnya, dalam pada itu. Dia memandang potret lelaki.
Puan Zahrah tersenyum, lalu di capai potret yang tergantung di dinding. Di bawa potret lelaki itu turun dan di tunjukkan pada menantunya. Jika, dia tidak sempat menceritakan pada anak-anaknya, biar menantunya menyampakikan ceritanya.
Bukan sengaja dia sembunyikan kisah lama itu. Dia tidak mahu membuka rahsia yang sengaja dia diamkan. Jika ada yang tahu, hanyalah Zafran dan lelaki itu. Sahabat baiknya, Nabila pun tidak pernah tahu akan kewujudan lelaki di potret yang dilukisnya.
"Ini, adalah abang ipar kamu. Anak ibu." senyum Puan Zahrah, mencuri lihat riaksi menantunya.
Ammar Waziff membalas renungan ibu mentuanya. "Ini??"
Puan Zahrah mengangguk. "Masa ibu scan. Nampak dua orang sahaja. Lelaki dan perempuan. Tapi, masa ibu nak bersalin. Doktor sahkan ada kembar tiga."
Ammar Waziff mengangguk. Mengiyakan kata-kata Puan Zahrah. "Tetapi, yang ketiga itu Sofea ya.."
Puan Zahrah mengangguk. "Tapi...masa ibu nak bawa keluar anak-anak ibu dari Hospital. Anak lelaki ibu hilang."
Roman muka Ammar Waziff, terkejut. "Ibu tak report?"
Puan Zahrah mengeleng. "Tak.." Ada sedih di hujung suaranya. Ada sebak dalam bicaranya. Ada yang disimpan lama.
"Tak apa, bu. Ibu ambil masa. Ammar dengar."
Bersambung....