webnovel

Chapter 68

MEMBELOK stereng ke selekoh jalan, memandu keluar dari kawasan penghentian Rehat dan Rawat Menora sebelum dia memasuki lorong kanan dan perlahan-lahan memasuki lebuh raya. Pecutannya laju meredah laluan lebuh raya yang sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan berat sehinggalah yang mengenderai motorsikal.

Dia yang seberapa seketika, memberi isyarat lampu kiri sebelum dia mengubah kenderaannya ke jalan di sebelah kiri, dan memandu dengan berhati-hati ketika dia masuk ke lorong kiri. Dia membiarkan beberapa kenderaan lain memotongnya. Cuaca gelap, dengan lingkungan gunung ganang yang berbatuan keras itu nyata indah dipandang apabila cahaya lampu dari tiang tinggi itu di pacak berhampiran di lorong jalan berbahaya.

Meor yang baru pulang dari kunjungannya dari rumah Puan Zahrah di Perak, sempat juga dia singgah ke kedai membeli sedikit makanan dan buah tangan untuk di bawa balik ke rumah. Alang-alang, ibu dan ayahnya duduk sementara dengannya, apa salahnya dia membawa sedikit ole-ole dari Perak untuk ibubapanya. Tambahan sekarang, musim durian luruh. Nak datang selalu, susah. Kerana jarak dan masanya terhad. Jika nak pergi ke Perak dari Kuala Lumpur, mengambil masa dalam dua ke tiga jam lebih. Pergi balik, campur semuanya lebih kurang enam jam.

Nak tempah hotel, renyah. Lagipula, pesanan Puan Zahrah tadi, benar-benar menganggunya.

Bukan sekali, dia tersentak dengan kenyataan ibu kepada dua kembar itu. Tapi, banyak kali hingga dia terpaksa berpura-pura dengan anggukkannya. Kunjungan dia ke rumah Puan Zahrah, tak pernah dia perkenalkan dirinya sebagai anak kawan ibunya. Tetapi, Puan Zahrah kenal dia dengan sekali pandang sahaja dan sempat berpesan pada dia, untuk bawa ibunya pergi berubat.

Kalau kata, yang dia mudah di cam mukanya sebab selalu berkunjung waktu dia kecil-kecil. Agak mustahil, kerana dia agak gemuk dan obesiti masa kanak-kanak, malah gelap kerana berjemur matahari sebelum badannya yang sekarang lebih `fit` dan cerah. Rata-rata, orang yang dekat dengannya tak mengenali dirinya. Jarak, tempoh ibunya memutuskan hubungan dengan Puan Zahrah sudah hampir 13 tahun. Bukan waktu yang singkat.

Gambar di dinding yang tergantung di rumah Puan Zahrah juga, agak pelik. Dahulu, dia memang perasan, gambar itu tergantung bersama dengan gambar Ainaa dan Sofea. Dia pernah tanya, tapi reaksi dua kembar itu sama. Tak tahu dan anggap itu adalah gambar ayah mereka. Dia sendiri tahu, perbezaan muka ayah kembar dengan kembar. Seolah-olah...ada budak lain selain dari dua kembar.

Muka mereka terlalu mirip.

...

PUAN Najihah mengengam jari-jemarinya, berjalan ke hulu dan kehilir tak tentu arah. Jam di tangannya di pandang, sesekali dia mengerling pada jam yang tergantung di dinding rumah. Semuanya, dirasakan tika kena apabila kelibat anaknya masih tak muncul-muncul walau anaknya itu, ada memberitahunya bahawa akan pulang lewat ke rumah.

Hari malam, sudah menunjukkan pada pukul satu, lima puluh dua minit malam. Suaminya yang duduk mengunjur di atas katil, sudah lena dalam keadaannya yang masih duduk bersandar di kepala katil. Mungkin, kerana penat menyelesaikan kebun mininya di belakang rumah. Walau tak sebesar mana, banyak juga tanaman yang berjaya menghasilkan tuaian.

Janji anaknya, selewat-lewat pukul dua belas. Mungkin jalan sesak sebab cuti perayaan cina hampir tiba. Ramai yang mengambil cuti awal seminggu kerana risau sesak, waktu musim cuti perayaan. Lewat sangatkah anaknya bertolak dari Perak ke Kuala Lumpur?

Lagipula, perkara yang dia risaukan adalah khabar dari kampung yang mengatakan Danish di culik dan dibawa lari. Bahkan, budak kampung sekawan dengan Danish juga, hampir kena langgar sewaktu nak selamatkan Danish. Disebabkan, itu. Hatinya, rasa tak senang sehingga dia nampak sendiri anaknya muncul di depan mata. Baru, hatinya lega.

Nak tidur berdengkur macam suaminya. Memang, tak mungkin. Hati ibu, hanya Allah sahaja yang tahu.

Tepat pukul dua, bunyi kenderaan anaknya sudah memasuki perkarangan rumah. Berderau darahnya, dan tersingkap juga rasa lega. Hilang rasa tak sedap hati, yang menganggunya. Dia melangkah ke luar bilik, melihat dari atas tingkat.

"Ibu, tak tidur lagi?" soal Meor, sebaik menangkap kelibat ibunya yang menunggunya di anak tangga di tingkat atas rumah. Barang yang dibeli di Perak, dijinjit masuk ke dalam rumah. Barang-barang basah, di bawa masuk ke dapur sebelum kembali, mengambil barang-barang yang ditinggalnya sementara di tepi pintu masuk.

Puan Najihah mengeleng. "Tak, tunggu kamu balik."

Meor mengangguk. "Ibu, tidur dulu. Angah nak mandi sekejap." Ujarnya pada Puan Najihah yang masih memerhatinya. Puan Najihah senyum, dengan anggukan perlahan. Dia yang mulai disapa mengantuk, bergerak masuk ke dalam bilik tidur. Suaminya yang tidur bersandar tadi awal, sudah membetulkan posisinya sehingga betul-betul tidur di atas katil. Puan Najihah senyum cuma.

Anaknya masih letih. Biar, esok sahaja dia beritahu anaknya tentang Danish.

Bunyi ketukkan di pintu biliknya, membuatkan Puan Najihah yang baru sahaja ingin naik ke atas katil, terbantut. Dia menoleh ke arah pintu yang di tutupinya sebelum menghampiri ke arah katil. Dia pandang suaminya yang sudah lena di atas katil. Dahinya berkerut, apabila ketukan pintu semakin kuat dan tak berhenti. Risau pula menganggu suaminya yang sedang nyenyak tidur. Pasti, letih membuat meja mini yang dimintanya. Suaminya, bukanlah orang tukang. Namun, pandai juga suaminya itu membuat kerja-kerja kayu.

Meor yang mengentuk pintu berkali-kali, terus membuka pintu ibu bapanya tanpa menunggu ibunya membuka terlebih dahuku. Dia tersengih saat menjenguk kepalanya di balik pintu, dengan riak yang tak bersalah. Mengintai ibunya, dengan separuh badannya berada di luar bilik.

"Ada apa?" tanya Puan Najihah.

Kring!!! Kringgg!!!

Tiba-tiba telefon Puan Najihah berdering.

Dia bergerak ke meja solek. Risau, panggilan yang diterimanya itu, adalah panggilan kecemasan.

"Ibu..!" panggil anaknya. Meor, yang memandangnya dengan mata yang tajam memanggil ibunya di bingkai pintu bilik. Nadanya keras!

"Sekejap!!" ujar Puan Najihah. Risau panggilan itu mati. Sempat pula dia memarahi anaknya, agar bersabar untuk seketika.

"Ibu!!!" panggil Meor. Suaranya keras dan kasar. Oktaf suaranya tinggi, hampir memekakkan telinga. Nyaring dan memilukan gegendang telinga. Tangannya, segera mencapai lengan ibunya yang enggan mendengar panggilannya..

"Angah!!" Puan Najihah, menaikkan suaranya dengan isyarat jari telunjuk di bibirnya. Dia mulai dihambat rasa marah. Anaknya, seakan mendesak dirinya pula. Direntap lengannya dari pengangan anaknya dengan kasar. Panggilan diangkat. Puan Najihah memaling ke arah anaknya.

"Hello, Ibu. Angah balik lewat. Ada jammed dekat lebuh raya. Ada sekatan polis. Ibu tidurlah dulu." Suara Meor, di corong sebelah.

Puan Najihah terdiam. Perlahan-lahan dibawa telefon pintarnya itu di hadapan muka. Tangannya bergetar. Dia melihat papan skrin telefon. Tertera nama pemanggil, nama anaknya. Degup nadinya, seakan terhenti seketika. Bulu rumanya menegak. Belakang badannya berkeringat. Dengan perasaan yang separa percaya. Dia memberanikan diri, memandang kelibat yang menyerupai anaknya, di bingkai pintu bilik mereka. Mahkluk itu senyum lebar dengan tangan panjang menjangkau lengannya. Dua pasang matanya merah darah.

"Allah.."

Mata Puan Najihah tertutup rapat. Langsung tegak dia berdiri, tidak berganjak. Anaknya yang berada di corong panggilan kedengaran sayup-sayup memanggilnya berkali-kali namun, dia tidak bersuara sama sekali atau bergerak dari tempatnya berdiri. Seperti tunggul batu, dia berdiri kaku.

Takut!!!

Dahi dan belakang badannya berkeringat.

"Saya...dah panggil ibu tadi. Ibu...tak nak dengar.." suara itu berbisik di belakang telinganya. Sangat dekat dan jelas. Seolah-olah, lembaga halus itu berada di belakangnya. Puan Najihah, hanya kaku. Tidak berkutik walau sedetik.

Entah benar atau tidak, dia tidak mampu mengambarkan situasinya. Dia perlu tenang, setenangnya. Mukanya pucat. Bibirnya membiru. Nafasnya, terasa perlahan.

"Saya dah panggil ibu!!!!!" ngilaian suara wanita menjerit, hampir memekakkan telinga membuatkan Puan Najihah lemah. Badannya memberat. Kepalanya berdenyut.

Ada satu baris ayat, yang Ustaz Yusof pernah pesan. Baca dan amalkan. InsyaAllah, jauh dari segala petaka dari alam makhluk halus.

Dalam nafasnya yang menipis. "Bimillahi, Ala Na`tullah!!"

Bersambung...