webnovel

Destiny 00.

Autor: Zlavizrap
Fantasie
Laufend · 9K Ansichten
  • 13 Kaps
    Inhalt
  • Bewertungen
  • NO.200+
    UNTERSTÜTZEN
Zusammenfassung

"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromeda, Aiwass. Entiti tersebut telah menghidupkan dan menghantar Z ke sebuah dunia fantasi dan magik. Sebagai salah seorang Lord Avatar, proksinya dengan misi bagi melindungi dunia tersebut serta umat-umatnya daripada ancaman yang sangat dasyat berasal dari alam lain. Namun, bukan Z saja. Terdapat banyak lagi Hero terpilih seperti Z yang juga telah dihantar oleh Aiwass ke atas alam dunia itu. Dengan misi yang serupa. Setiap dari Lord Avatar ini mempunyai kuasa yang luar biasa dan kelas mereka yang tersendiri. Kini, takdir dunia itu berada di bahu Z. Tatkala Z perlu berkerjasa dengan rakan-rakan baru dan juga yang lama. Sambil merungkap takdir hidup barunya yang menanti di dunia baru ini. Sebagai Lord Archmagus.

Chapter 1The Song of Arrival, Part 1.

(Leeya's P.o.V)

Inderapura, Empayar Agung Mahawangsa.

Sabtu, 13 Julai 1557, Kalendar Imperial.

Ini adalah kota Inderapura. Ibu kota dan permata mahkota bagi empayar kami, iaitu Empayar Agung Mahawangsa. Di ibu kota inilah tempat aku dilahirkan dan menetap. Oh ya, sebelum itu, semua orang panggil aku Leeya sahaja.

Seperti pada malam minggu yang biasa. Setelah selesai makan malam awal bersama keluargaku. Aku telah memutuskan untuk keluar pergi berjalan-jalan di sekitar bandar dengan ditemani oleh seorang pembantu lelaki.

Dapat aku lihat, walaupun sudah masuk waktu malam hari. Kawasan jalanan bandar aku ini masih tetap hidup dipenuhi dengan cahaya dari kenderaan-kenderaan berkuda yang lalu-lalang. Dan juga para penduduk yang masih giat menjalankan aktiviti-aktiviti mereka di malam hari ini. Semuanya ada dan menunggu untuk dinikmati di pelusuk ibu kota yang sentiasa hidup dan sibuk ini.

Semasa berjalan-jalan, aku telah singgah di sebuah kedai barangan kemas kegemaran aku yang terletak di tengah bandar. Kedai Barangan Kemas Baron Coway. Sebagai pelangan setia, tuan kedai ini, iaitu Baron Coway sendiri telah menyambut kedatangan aku. Sambil aku asyik melihat-lihat koleksi terbaru barangan kemas yang telah dipersembahkan oleh Baron Coway. Tiba-tiba, kami dikejutkan dengan suara riuh-rendah oleh orang ramai yang jelas kedengaran sehingga ke dalam kedai ini.

"Um, apa yang kecoh-kecoh di luar sana itu?", tanya aku kepada Baron Coway dan juga pembantuku, Encik Stefan.

"Entahlah Lady Leeya, mungkin berlaku kemalangan agaknya?", jawab Baron Coway pula. Dengan perasaan yang ingin tahu, kami bergegas keluar untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Mana tidaknya, suasana di halaman hadapan kedai menghadap jalan raya yang tenang barusan tadi. Kini telah menjadi riuh-rendah dengan kehadiran orang ramai.

"Tumpang tanya ya tuan. Apa yang sedang terjadi sebenarnya ini?", tanya seorang ibu yang sedang mendukung bayinya kepada seorang pengawal yang bertugas menjaga kedai ini.

"Hei semua orang, tengok atas langit itu!", aku mendengar suara jeritan seorang lelaki tua. Aku dan semua orang yang lain segera mendongak ke atas langit malam.

"Whoa, cantiknya. Cahaya apakah itu!?", kami semua tertanya-tanya.

Sebuah fenomena tarian cahaya yang indah lagikan berwarna-warni sedang menghiasi segenap pelusuk langit malam itu (Aurora).

"Tengok atas itu. Sesuatu sedang bergerak di langit sekarang!", kata seorang pengawal sambil menghalakan lembingnya ke atas langit.

"Apakah itu? Tahi bintang ke?", kata Baron Coway. Bukan saja fenomena tarian cahaya berwarna-warni. Namun, kami juga jelas menyaksikan kelibat enam objek yang terbang dengan sangat laju melintasi langit malam itu. Setiap daripada objek itu mempunyai ekor bersinar yang sangat panjang yang berwarna hijau, merah, kuning, biru, ungu dan putih.

Dan, pada masa yang sama juga. Sesuatu yang sejuk seperti salji mula turun laksana hujan yang lebat daripada langit.

"Salji?", kata aku. Kami semua dibuat semakin keliru. Sebab musim sejuk masih jauh lagi. Jadi kami semua bingung. Kenapa secara tiba-tiba salji boleh turun malam ini.

Tidak begitu lama, kami pun telah perasan. Bahawa ini bukanlah hujan salji yang biasa. Ini adalah hujan salji yang terdiri daripada enam jenis warna. Hijau, merah, kuning, biru, ungu dan putih. Sama seperti objek bersinar yang baru terbang melintas sebentar tadi.

Sedar saja, salji berwarna-warni telah pun mula menyelimuti jalan, tanah dan juga bumbung bangunan.

"Milady. Adalah lebih baik jika kita segera....", kata pembantuku. Namun, sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya itu. Sesuatu yang ganjil turut berlaku terhadap diriku.

"Lady Leeya!?", kata Baron Coway.

"Milady, cincin di rantai leher milady itu!?", kata pembantuku juga.

"Huh!?", aku terkejut. Betul itu, pada detik ini. Untuk kali kedua di dalam hidup aku. Lima bentuk cincin yang disimpul dengan rantai emas aku ini juga mula bersinar sekali lagi. Setiap cincin ini, masing-masing secara sendirinya telah pun aktif dan terus bersinar putih dan semakin terang.

Apabila aku menyentuh cincin-cincin ini, aku dapat merasakan dengan jelas kehangatan aura suci yang dipancarkan oleh cincin-cincin ini.

"Lady Leeya. Rantai leher milady itu sedang terbakar ke!? Cepat tanggalkannya!", arah Baron Coway kepadaku.

Namun, sebelum kami sempat berbuat apa-apapun. Dengan serentak, setiap cincin ini lantas memancarkan pula ke atas langit tinggi itu sebuah sinaran cahaya putih yang terang-benderang yang kekal selama 15 saat.

Ianya serta-merta telah pun menarik semua perhatian ke arah aku dan cincin-cincinku ini.

Tidak berhenti di situ, satu lagi sinaran cahaya kuning yang terang-benderang juga sedang giat terpancar tinggi ke atas langit jelas kelihatan. Aku agak pasti yang ianya berasal daripada rumahku sendiri.

"Oh Tuhan, apakah yang sedang terjadi sebenarnya ini?", kata mereka semua sesama sendiri dengan riak wajah kebingungan.

Aku juga jelas dapat mendengarkannya. Lima bentuk cincin ini, setiap daripada mereka berbisik kepadaku tentang sesuatu.

"Berbahagia. Berbahagialah wahai Sang Penjaga Kami. Penantian kami hampir tiba ke penamatnya. Enam buah gerbang langit telah pun dibuka. Semangat Dunia Yang Agung telah pun bersuara. Tuan kami akan turun ke dunia ini.", bisik setiap cincin ini kepadaku.

Hati aku berasa amat gembira yang tak dapat digambarkan.

"Syukurlah, akhirnya Lord.....", jawab aku. Perlahan-lahan, aku mula hilang kesedaran. Dan aku mula jatuh tersungkur di atas lantai. Lantas, semuanya bertukar menjadi gelap-gelita.

Dengan panik dan pantas, Baron Coway dan juga pembantuku segera membawa aku yang pingsan ini pulang semula ke rumahku.

Aku rasa bahawa aku lupa untuk memberitahu apa sebenarnya lima bentuk cincin ini dan macam mana aku mendapatkannya.

Lima bentuk cincin platinum, setiap satunya bertatahkan sejenis permata suci dan bentuk setiap cincin ini adalah tersangat mirip antara satu sama lain. Ini bukanlah cincin-cincin magik biasa yang boleh dijual-beli di mana-mana sekali pun. Lima bentuk cincin ini tiada bandingannya dan tersangatlah tidak ternilai harganya.

Ini kerana lima bentuk cincin ini adalah salah satu daripada beberapa buah Artifak yang telah pun berada dibawah penjagaan Empayar Mahawangsa sehingga hari ini. Koleksi lima bentuk cincin yang sangat penting ini dikenali sebagai The Miracle Rings (Cecincin Mukjizat). Ianya adalah Artifak Mulia milik seorang Lord Avatar yang sangat terkenal di seantero dunia kami. Tidak lain dan tidak bukan adalah Shitenshi Yang Agung, Lord Raphael The Archmagus.

Ianya bermula 10 tahun yang lalu. Pada masa itu, aku dan juga 3 ribu lebih nama dari seluruh pelusuk Empayar telah tersenarai untuk mengikuti Imperial Holy Selection Ritual. Ia bertujuan untuk menentukan siapakah individu yang akan menjadi Lady Apostle untuk Lord Archmagus.

2767 orang calon yang terawal cuba meletakkan tangan mereka dan sedaya keringat mencurahkan tenaga magik mereka pada Miracle Rings ini. Namun, tidak kira berapa banyak kali mereka mencuba pun, tetap masih tiada apa-apa pun yang berlaku.

Tidak sehingga percubaan pertama aku, dan untuk pertama kalinya di dalam sejarah, kesemua cincin itu secara serentak memberikan reaksi yang serupa seperti apa yang telah pun berlaku pada waktu tadi itu. Ini adalah petanda mutlak daripada Great Spirit Aiwass dan juga Miracle Rings sendiri. Bahawa mereka telah memilih aku.

Sejak hari yang bersejarah itu, aku telah pun dianugerahi gelaran kehormat sebagai salah seorang Lady Apostle untuk Empayar Agung Mahawangsa. Ianya satu penghormatan yang sangat berprestij dibawah Yang Teramat Mulia Baginda Kaisar sendiri. Dan juga, Archbishop kami sendiri telah mempercayakan kepada aku bagi menjaga kelima-lima bentuk Miracle Rings ini. Itulah kisah antara aku dengan lima bentuk Miracle Rings ini.

Keesokkan harinya pula. Aku telah pergi ke kuil Saint Rafael untuk bertemu dengan Archbishop dan juga mentor aku untuk berkongsikan berita gembira ini. Menurut sumber dari Ahli Falak Diraja dan juga penjelasan Tuan Archbishop sendiri. Mereka mengatakan bahawa kesemua 10 Petanda Suci, yang jelas terungkap di dalam sebuah puisi kuno, Song of The Arrival telah pun terjadi pada malam semalam di seluruh dunia ini. Bahawa perwira-perwira agung, Lord Avatar akan turun semula ke atas dunia ini tidak lama lagi.

Setelah urusanku selesai, aku mengambil masa terluang untuk bermunajat di ruangan dewan utama kuil ini. Tanpa disedari aku, jam di dinding telah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Pada waktu ini, semua orang telah pun pulang ke rumah memasing.

"Wahai Tuhanku.", bisik aku.

Dengan memakai jubah labuh berwarna putih, aku sedang duduk berseorang di atas bangku sambil menghadap ke arah sebuah tugu agung Saint Rafael. Iaitu sebuah tugu dari marmar setinggi 12 meter yang berbentuk seorang lelaki yang mempunyai sepasang sayap, memakai sebuah mahkota sambil memegang sebatang tongkat sihir.

Sambil memegang erat Miracle Rings ini, aku terus duduk bertafakur membacakan doa kepada The Lord of The Light. Tidak seperti semalam, cincin-cincin ini tak lagi bersinar terang. Akan tetapi, aku masih dapat merasakan aura suci hangatnya yang dipancarkan oleh cincin-cincin ini. Aura inilah yang membuatkan hati dan fikiran aku tenang. Mengetahui bahawa tidak lama lagi, aku akhirnya dapat bertemu dengan wira perkasa. Dia lelaki yang ditakdirkan untuk bersama aku bagi membantuku menyelamatkan seluruh dunia kami ini.

Tanpa aku sedari, seseorang telah menghampiri aku dari belakang lalu menepuk bahu kiri aku dengan lembutnya.

"Lady Leeya. Milady masih belum pulang ke?", kata suara lelaki yang menepuk bahu kiri aku itu memberikan aku sekuntum senyuman. Aku segera berhenti membaca doa, lalu berdiri dan menghadapnya. Lelaki ini segak memakai jubah labuh berwarna biru keemasan.

"Ish Father Kyle ini. Buat terkejut Leeya sajalah.", aku menjawab kepadanya. Lelaki umur pertengahan ini ialah Father Kyle. Dia adalah seorang Warrior Priest, penjaga kuil ini dan juga mentor aku. Senang kata, aku sudah kenal dia sejak kecil lagi.

"Maaf sebab mengganggu.", kata Father Kyle pula. Lalu dia duduk disebelah aku.

"Tapi seingat saya lah. Bukankah Milady ada misi untuk dijalakan pagi esok. Milady perlukan rehat yang secukupnya. Betul tak?", kata dia lagi bagi mengingatkan aku.

"Oh, Leeya baik-baik saja. Lagipula, hati Leeya berasa aman setiap kali dapat berdoa di sini.", jawab aku pula dengan satu senyuman.

"Saya faham. Itu salah satu aspek terbaik tentang Lady Leeya. Ya, tidak hairanlah Semangat Agung Andromeda, Aiwass telah memilih milady sebagai Lady Apostle kami.", puji Father Kyle kepadaku. Ianya lantas membuatkan aku tersipu malu.

"Betul itu, milady mempunyai sesuatu yang orang lain langsung tak ada sejak milady masih kecil lagi.", pujinya lagi.

"Yelah itu, Father Kyle terlalu memuji-muji Leeya lah.", balas aku pula.

"Sejujurnya. Seperti juga Apostle yang lain. Leeya bebetul tak sabar untuk bertemu dengan lelaki yang telah Leeya impikan hampir seumur hidup ini. Leeya sangat teruja untuk akhirnya, dapat bertemu juga dengan dia. Leeya selalu tertanya-tanya, bagaimanakah rupa Lord Archmagus itu?", kata aku sambil memandang Miracle Rings yang aku pegang sejak tadi dengan perasaan yang amat gembira di hati.

"Saya juga Lady Leeya. Saya pasti dia lelaki yang sangat handsome, sama macam saya. Dan juga happy go lucky, sama macam saya juga.", kata Father Kyle kepada aku. Aku hanya ketawa kecil mendengar kata-katanya itu.

"Ada-ada sajalah Father Kyle ini.", respon aku pula dengan tertawa kecil.

"Minta maaf tetapi Leeya rasa sudah tiba masanya untuk Leeya pulang ke rumah. Kalau tak kakak sepupu dan auntie Leeya mesti marah sebab lewat pulang. Terima kasih dan selamat malam Father Kyle.", ucapku kepadanya, sebelum beliau menemankan aku keluar melalui pintu utama dewan ini.

Aku juga sempat memasukkan beberapa keping Syiling Emas ke dalam sebuah peti sumbangan yang disediakan dihadapan pintu utama dewan ini.

"Terima kasih atas kemurahan hati milady. Semoga Lord of The Light merahmati dan melindungi milady dan juga seluruh keluarga milady.", ucap Father Kyle.

Sebuah pedati berkuda yang dipandu oleh Encik Stefan telah menunggu aku.

"Selamat malam, jumpa lagi nanti Father Kyle.", ucap aku.

"Selamat malam juga Lady Leeya.", balas Father Kyle sambil tersenyum. Aku segera menyarung kot tebal. Sebelum mempercepatkan langkahku menaiki pedati yang dipacu oleh dua ekor kuda itu dan segera pulang ke rumah. Kelihatan salji tebal berwarna-warni masih lagi menyelimuti tanah.

Sejak peristiwa semalam, seluruh dunia sedang menantikan ketibaan perwira-perwira agung tersebut. Kami semua mempersiapkan diri untuk menjemput kedatangan mereka. Aku sendiri pun tidak tahu berapakah jumlah sebenar mereka itu. Tapi, apa yang aku pasti. Setiap dari mereka itu mempunyai kuasa yang luar biasa. Dan, Lord Avatar aku, Lord Archmagus. Para nenek moyang kami mengatakan bahawa dia ialah seorang Mage (Penyihir) yang paling hebat pernah ada di alam ini suatu ketika dahulu.

Namun alangkahnya, masih tiada seorang pun daripada Lord Avatar yang ditunggu-tunggu itu kunjung tiba. Sehingga beberapa minggu kemudian.

<Jangan lupa untuk VOTE dan tinggalkan jejak COMMENT anda dibawah. Segala sokongan komen yang membina amat dihargai.>

Das könnte Ihnen auch gefallen