Perkahwinan yang bahagia memang menjadi impian semua orang. Ditambah dengan kehadiran cahaya mata menjadikan perkahwinan itu kepada sebuah keluarga yang bahagia. Begitu juga dengan kehidupan Tengku Ryan Shah dan isterinya yang tercinta, Hazhirah. 5 tahun melalui alam perkahwinan, tidak sedikit pun kesetiaannya pada wanita itu rapuh. Tapi tidak dia duga, masa silam datang menerjah kehidupannya kembali.Jannah, wanita yang pernah dikahwininya dulu,kembali menuntut hak sebagai isteri pertama. Ryan tersepit antara rahsia dan cinta. " You lupa apa janji you pada I? You say you'll be with me. Now, show me the love as you did on that night." - Jannah "Are you mad?! I have a family. I can't leave my wife!" - Ryan "Well, in that case you have played the wrong game darling." - Jannah "You lie to me?! So she was in your room before me?! You disgust me, Ryan." -Hazhirah "Sayang, listen to me." - Ryan Dia merayu sesungguh hati supaya Hazhirah tidak meninggalkannya. "I want you untuk lafazkan cerai. Now! I dan Dania takkan tinggal dengan orang jijik macam you." - Hazhirah Mampukah Ryan menyimpan rahsia yang selama ini disimpan dari pengetahuan Hazhirah? Mampukah cinta untuk utuh selamanya?
Seorang wanita berjalan dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke bilik pengarah atasan. Pintu diketuk lalu salam diberi kepada lelaki di hadapannya. "Assalamualaikum, Tengku Ryan." Lelaki itu tidak membalas salam, sebaliknya melihat ke arah jam tangan Rolexnya lalu melihat kembali ke arah wanita di hadapannya dengan pandangan yang tajam sebelum berkata."You're 15 minutes late, Azrina." kata lelaki itu dengan nada yang dingin. Wanita itu diam dan tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya tunduk. Setelah hampir 5 minit, Azrina mengangkat mukanya yang pucat dan ingin memohon maaf kepada lelaki itu, tetapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, lelaki itu bersuara.
"Save it. No more excuses. Now, just tell me my schedule for today and get lost from my sight." kata lelaki itu dengan nada dengan serius. Setelah memberitahu jadual bosnya, Azrina pun balik ke tempatnya dan menyelesaikan kerjanya yang tertangguh akibat kesesakan jalan raya yang teruk pagi tadi dan menyebabkan lambat ke pejabat. Tak pasal-pasal dia kena tadi. Nasib tak dimaki hamun. Azrina tak lama lagi akan berhenti kerja kerana dia merancang untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. "Haish, macam manalah nak cari PA baru untuk mamat ni." telah Azrina dalam hati sendirian.
Ketukan di pintu bilik Azrina mengejutkannya dari lamunan. Rupanya Khalil. Rakan sepejabat atau lebih dikenali sebagai "Makcik Bawang and Sotong Lembut Version 5.0." Bukannya apa, Khalil ni lebih sikit dari makcik bawang. Facebook pun kalah dengannya kalau bab menyampaikan berita."Kau nak apa nyah?." tanya Azrina. Lelaki itu duduk di hadapannya sambil tersenyum. Habis menampakkan giginya yang putih. Lebih putih dari mutiara. Maklumlah, dia ni jenis pentingkan kebersihan dan kecantikan.Dia kan acah-acah lelaki melayu terakhir versi lembut!.
"Actually, aku ni nak bagitahu kau. Tengku Ryan panggil kau ke bilik dia. Ada benda nak bincang agaknya. By the way, apa yang mat salleh versi Malaysia tu bebel kat kau tadi pagi?." Dari satu sisi, Khalil ni nampak macam penyibuk. Dasar sotong! Sabar jelah. "Tak ada apalah. Dahla, aku nak ke bilik dia. Nanti bising pula." kata Azrina lalu berjalan keluar dari biliknya. Khalil hanya melihat kelibat Azrina hilang tanpa berkata apa-apa. Begitulah Azrina bila tak ada mood. Khalil keluar dari bilik Azrina dan menyambung kembali tugasnya. Bukan untuk menyambung kerja, apa lagi membawanglah!.
Ryan memandang ke arah komputer sambil memetik jarinya menyuruh Azrina masuk. "Azrina, did Mr Benamou confirm anything regarding our meeting today?." Azrina menggeleng. Ryan membuat isyarat menyuruh Azrina keluar dari biliknya. Belum sempat wanita itu melangkah keluar, lelaki itu memanggilnya kembali. Azrina berpaling. "Sorry for my behaviour just now. I know I'm rude." kata Ryan dengan suara yang lembut. Azrina memberi senyuman lebar kepada lelaki itu sebelum keluar dari bilik Tengku Ryan.
Ryan ni, walaupun nampak garang tapi berhati lembut. Untungu siapa dapat dia ni. Kalau Azrina ni tak berkahwin, rasanya dah lama Azrina kahwin dengan dia. Telefon berdering. Ryan mengangkat telefon itu dan mukanya terus bertukar pucat. Dia menutup komputernya lalu bergegas keluar dari pejabatnya. Azrina yang melihat kelibat lelaki itu bangun ingin bertanya tetapi Ryan hanya keluar tanpa memandang ke arah sesiapapun.
Khalil berlari menuju ke arah Azrina. "Where is he going?" Azrina mengangkat kedua-dua bahunya tanda tak tahu. Khalil mencebikkan bibir. Bila nak ambil tahu cerita baru, tapi tak ada orang sudi jawab, memang Khalil akan membuat reaksi begitu. Comel juga. Dengan pipinya yang tembam dan rambut yang disikat ke tepi, nampak sungguh gendut.
Dua buah kereta jip memecut laju di bandaraya Kuala Lumpur mengiringi ambulans di hadapannya. Kereta di hadapan memberi ruang untuk ambulans itu. Ryan yang masih lagi tersekat di kesesakan jalan raya akibat kemalangan di hadapan menekan hon. Ryan tidak boleh bersabar lagi. Dia cuba memotong kereta di hadapannya tetapi kereta yang datang dari arah tepi melanggar kereta Ryan sehingga pecah lampu kereta hadapan.
Ini memang meminta! Ryan keluar dari kereta lalu mengetuk cermin kereta dengan kuat. "Woi! Kau keluar sekarang!." Seorang wanita membuka cermin kereta dengan riak wajah yang takut. "Maaf... maaf cik. I'm.... I'm...." kata wanita itu dengan nada tergagap-gagap. "You're what?!. Give me compensation now!." jerit Ryan. Tak pasal-pasal dia naik angin.
Wanita itu segera membuka jam apple watch miliknya dan menghulurkan kepada Ryan. "Ini ja yang saya asa buat masa sekarang." kata wanita lemah. "Bak fon kau." kata Ryan. Wanita itu mengeluarkan telefon miliknya. Ryan menyimpan nombor telefonnya di dalam telefon wanita itu.
"Aku tak habis lagi dengan kau. Aku nak kau telefon aku sampai kereta aku siap baiki. Faham?." kata Ryan mengugut. Wanita di hadapannya hanya mengangguk laju. Tahu takut!.
Belum sempat wanita itu menekan pedal minyak, Ryan memanggil wanita itu. "Wait, apa nama kau?." Wanita itu membuat riak wajah pelik. "Kenapa cik, nombor saya tak cukup ke?" tanya wanita itu. "Habistu, takkan aku nak panggil kau perempuan?." jawab Ryan tidak puas hati. Wanita itu menulis namanya di atas kertas dan menghulurkan kertas tersebut kepada Ryan. 'Jannah. Not a bad name for a stupid driver.' telah Ryan dalam hati sambil melihat nama yang tertulis di atas kertas tersebut.
Setelah mengingat kembali kerja yang perlu dia selesaikan, Ryan meneruskan perjalanannya. Ryan mendial nombor seseorang. "Hello, aku nak kau ikut perempuan ni. Nanti aku hantar nama dia. Cari kat mana dia tinggal dan..." belum sempat Ryan menghabiskan, suara di hujung talian menyambung, "Her background. Consider this is settle bos." Ryan menamatkan panggilan. Puas hati!.
"What is this?!" kata Ryan lalu membaling fail di tangannya ke atas meja wanita di hadapannya."You are being rude now, Shah." kata wanita di hadapannya. "I'm being rude or you?! How dare you ambil contract company I dari Dubai?!" Explain this to me, Rina!" Wanita itu membuat isyarat menyuruh Ryan duduk. "Shah, I took that deal not because I nak rampas contract tu dari company you, but as you know, company I bids higher than yours. Accept it. Tak payah nak marah tak tentu pasal." jawab Syazrina lembut tapi pedas.
"Whatever, Rina. Apa yang I tahu, I want that contract back. Or else...you'll be in trouble." kata Rya mengugut. Syazrina ketawa. "Relax, Shah. Did you remember the last time, you took away that 100 milion contract from me? And that is by.....A night stand with the CEO?" Ryan terdiam. Memang betul apa yang dikatakan wanita itu. "But I.... take it the clean way. So, accept it, Shah." sambung wanita itu lagi. Ryan terus berdiam sebelum bersuara. "Well, do you forget that you used to be one of them?" balas Ryan dengan nada yang yakin. Kali ini Syazrina pula terdiam.
Semasa di universiti dulu, memang Syazrina pernah menjalinkan hubungan dengan Ryan. Tapi, tidaklah "serius" katanya. Mereka menggunakan istilah "when we feel it, we do it" Pelik tapi benar. Hakikatnya, mereka berdua sepupu tetapi hubungan mereka melebihi dari itu. Membesar di luar negara, semestinya mereka akan mengikuti budaya di sana.
Setelah lama berdiam, Ryan bersuara. "Fine, I let you go this time. Sorry for being rude. I nak ajak you teman I pergi hospital." Riak wajah Syazrina berubah. "Kenapa, Hazhirah sakit ke?" tanya Syazrina dengan nada risau. "Ikut saja boleh tak?" balas Ryan dengan riak wajah meluat. Syazrina menggaru kepala yang tidak gatal lalu berjalan mengikuti belakang lelaki itu. Nak bertanya lebih, nanti naik angin pula lelaki itu. Malas nak bergaduh.
Kereta Mini Cooper berwarna biru tua berhenti di pintu masuk hospital. Setelah bertanya kepada jururawat di kaunter pertanyaan, mereka berjalan menuju ke wad bersalin. Syazrina yang masih lagi keliru menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Kenapa pula dengan Shah ni? Bawa aku datang sini macam aku yang nak bersalin. Nak kata aku ni mengandung, tak juga.' telah Syazrina dalam hati.
Syazrina melihat Hazhirah yang sedang tidur. Ryan memandang ke arah Syazrina. "She have a miscarriage. The doctor told me this morning. I don't know how to tell her. That's why I.." belum habis Ryan bercakap, Syazrina menyampuk. "That's why you masuk office I, mengamuk and bawa I datang sini supaya nak I simpati kat you?" perli Syazrina.
Ryan membulatkan matanya. " I bawa you datang sini supaya you boleh bagi semangat dekat dia. You know... women talk." kata Ryan dengan nada perlahan. 'Patutlah beria- ia buat drama dekat office aku. rupanya nak aku bagi moral support kat isteri dia. Ingat aku ni counselor?' telah Syazrina dalam hati.
Setelah beberapa lama, Hazhirah terjaga dari lena melihat suaminya di sisi. Dia menitiskan air mata. Ryan yang melihat isterinya begitu mencium tangan isterinya. "Don't cry sayang. The pain is over." kata Ryan sambil mengelap air mata isterinya.
"B, did our baby survive?" tanya Hazhirah. Ryan terdiam sebelum menggeleng perlahan lalu memeluk isterinya. Hazhirah menangis sekuat-kuatnya. Syazrina yang baru kembali dari cafe hampir tersembur air kopi yang diminumnya mendengar tangisan Hazhirah.
Syazrina masuk lalu memberi salam.
"Assalamualaikum." Hazhirah meleraikan pelukan suaminya dan kedua-duanya menjawab salam. Syazrina memeluk Hazhirah lembut. Melihat riak wajah Hazhirah, Syazrina memandang ke arah Ryan dan berkata "Let me talk to her." Ryan mengangguk dan berjalan keluar.
"I'm sure he is dissapointed in me. He really want a boy." kata Hazhirah dengan nada yang perlahan dan kesal. Air mata mula membasahi pipi. Syazrina mengelap air mata Hazhirah. "You're still young. I'm sure you will give birth to so many babies. Tell you what, if you give birth again later on, I'll handle the bottle part and Shah will handle the pooping part." Mereka ketawa.
Ryan masuk ke dalam bilik dan memberikan bunga kepada isterinya. Bunga ros kuning kegemaran isterinya. Syazrina melihat waktu di jam tangannya. "I'll leave you two love birds alone. I have to go. Get well soon Haz." kata Syazrina lalu berjalan keluar.
Ryan mengiringi Syazrina. "Thank you for comforting her." kata Ryan sambil mengeyitkan mata kepada Syazrina. 'Eh, perangai miang lelaki ni tak habis lagi rupanya.' telah Syazrina dalam hati. Sabar ajalah! Kalau lelaki tu memang ada juga perangai miangnya!