webnovel

3 Pendekar Penyelamat Negara

Fantasy
Laufend · 17.3K Ansichten
  • 6 Kaps
    Inhalt
  • Bewertungen
  • N/A
    UNTERSTÜTZEN
Zusammenfassung

Di sebuah Negara terdapat 3 pendekar yang hebat, mereka telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dengan berjumpa dengan beberapa orang mahaguru untuk menambah ilmu mempertahankan diri mereka. Di Setiap pengembaraan mereka terjadi peristiwa-peristiwa yang menarik dan menakutkan. Pengembaraan mereka terlalu panjang sehingga mereka kembali berbakti di negara mereka sendiri. Mereka di angkat menjadi Benteng utama Negara.

Tags
3 tags
Chapter 1Episode 1: Permulaan

Di sebuah kampung yang bernama kampung pantai bercahaya terdapat beberapa rumah yang didiami sekitar 30 buah keluarga. Kampung ini diberi nama kampung pantai bercahaya disebabkan oleh kerana kampung yang terletak dipersisiran pantai dan bercahaya kerana kilauan cahaya matahari. Ekonomi penduduk setempat adalah dengan menjadi nelayan dan menjual kelapa.

Kisahnya bermula apabila 3 orang kanak-kanak yang berumur sekitar 8 tahun yang sudah pandai berenang kerana telah diajar oleh bapa-bapa mereka masing-masing seorang nelayan. bukan itu sahaja, kanak-kanak ini telah pun mahir memanjat pohon kelapa yang tinggi. kanak-kanak itu yang bernama Ali, Hussin dan Hassan. Mereka bukanlah adik beradik namun adalah sahabat sepermainan sejak dari kecil.

Di suatu petang berjumpalah 3 sahabat itu, "Assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku", Ali memberi salam. "Waalaikumussalam sahabat", Jawab kedua-dua mereka. Ali bertanya, " Wahai sahabat, apa yang kita mahu bermain kali ini?". Mereka bertiga masing membisu dengan mencari idea. "Apa kata kalau kita main lawan pedang?" Kata Hussin dengan tiba-tiba. "Aku rasa itu idea yang bagus" Hassan mencelah. " baiklah kalau begitu aku bersetuju" balas Ali.

Mereka pun mencari batang kayu masing-masing untuk dijadikan senjata sebagai pedang. Setelah mereka mendapat sebatang kayu masing-masing, mereka pun membuat peraturan. Ali berkata " permainan ini perlu ada peraturan", "Ya aku pun bersependapat dengan kau Ali." Hussin menjampuk"." kalau begitu apakah peraturannya" kata Hassan pula.

" Salah seorang perlu jadi pengadil, peraturannya pula adalah setiap kali pedang (kayu) terkena anggota badan dikira satu mata, siapa yang dapat 5 mata terlebih dahulu dikira pemenang. Satu lagi tidak boleh memukul dibahagian muka dan alat sulit". Ali menerangkan peraturan dengan panjang lebar". Setelah mereka semua bersetuju, maka bertarunglah sesama mereka dengan Ali sebagai pengadil.

Bulatan besar telah dibina untuk tempat pertarungan mereka. Pertarungan pun bermula. pak Puk pak puk! adalah bunyi kayu memukul kayu. Hassan melibas kayu dibahagian bahu kiri Hussin. Dengan pantas Hussin menangkis serangan. Hassan dengan pantas membalas serangan yang terkena pula bahu kiri Hussin. Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-kedua mereka berbalas serangan. Hussin berjaya mencuri mata apabila libasan kayunya terkena bahu kiri dan pehe kiri.

Namun, Hassan lebih tangkas dengan berjaya memukul dibahagian bahu kiri dua kali dan bahu kanan satu kali dan juga dipeha satu kali. Dengan begitu, Hassan telah berjaya memenangi perlawanan. Walaupun permainan agak lasak dan menyakitkan tapi mereka tidak mudah menangis walaupun masing-masing lebam dibahagian terkena pukulan.

Perlawanan kedua pun bermula dengan Ali melawan Hussin. Hussin agak membara untuk menang kerana telah pun tewas ditangan Hassan. Perlawanan pun bermula dengan sengit. selepas 5 minit menangkis serangan Ali berjaya mencuri 2 mata dan Hussin kosong mata. Namun perlawanan terpakasa Hassan hentikan apabila terlihat Hussin kesakitan terkena libasan kuat dari Ali. Hussin terpaksa akur dengan kekalahan keduanya.

Perlawanan ketiga dimulakan dengan Ali melawan Hassan. Pak puk pak puk bunyi kayu memukul kayu. "Berhenti!! "terdengar suara orang dewas dengan tiba-tiba. Mereka bertiga pun menoleh ke arah suara yang datang itu.

"Apa yang kamu bertiga lakukan? kamu bergaduhkah?" Tanya Pak Jamal bertalu dengan nada yang agak marah. "Kami hanya bermain satu permainan sahaja Pak Jamal" Balas Ali. "Permainan apa yang menyakitkan badan sendiri" Pak Jamal menambah.

"Kami hanya suka akan permainan pertahankan diri sebab nanti kami mahu jadi orang yang hebat" Kata Hassan pula. Pak Jamal yang sebentar tadi marah mukanya berubah menjadi tenang semula lalu tersenyum mungkin kagum dengan apa yang didengarinya. Pak Jamal pun berkata " Jadi begitu, mahukah kalau Pak Jamal jadi guru silat kamu?" "Nak!!! " Mereka bertiga dengan serentak berteriak.

Das könnte Ihnen auch gefallen

M.A.G.I.X [ MALAY ]

Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.

Ezakiel02 · Fantasy
Zu wenig Bewertungen
17 Chs