webnovel

The Male Lead Lover Is The Villain Big Boss

Dunia akhir zaman Penuh dengan onak duri Pengkhianatan berada dimana-mana tidak kira kepada siapa dan siapa yang melakukannya. Cinta yang diagungkan turut punah disebabkannya.... Jing Xielan ialah seorang introvret yang berada ditahap teruk iaitu tidak bergaul dan hanya berkurung di dalam biliknya dan mempunyai cita-cita menjadi penulis yang dikenali. Dia bermula dengan menjadi penulis yang dikecam oleh pembacanya dan hinggalah ketika usia 20 tahun dia berjaya mendapat tempat dalam pertandingan menulis. Semasa dalam perjalanan menerima anugerahnya sebagai penulis terbaik dia telah tersadung dengan batu ditepi jalan dan terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh Mr Lori. Apabila dia sedar dari pengsan dia telah transmigration di dunia apocalypse. Zombie. Tidak mewarisi ingatan tubuh yang didiaminya kini buat dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dan juga identitinya. Apalagi dia kononnya telah mencederakan seorang general yang telah menyebabkan dia menjadi pelarian? Dan bersembunyi dari pihak tentera.... Kehidupan introvretnya terpaksa dihentikan juga apabila semasa dalam usaha menyelamatkan diri dia telah diselamatkan oleh pasukan 'pelarian'. Mereka yang diselamatkan itu langsung tidak menyangka yang mereka telah mengikut sebuah organisasi yang berbahaya di dunia apocalypse itu. Disebabkan tidak mewarisi ingatan pemilik tubuh asal 'Xielan', dia tidak tahu yang dia sekarang berada di dalam dunia novel.... * Note: 1. This is BL.

Ghost_Sinker · Action
Not enough ratings
7 Chs

2

Xielan sekarang sedang bersembunyi di dalam sebuah lori bersama sekumpulan manusia yang sama sepertinya bersembunyi dari serangan zombie di luar sana.

Dia memegang dahinya yang berdarah kerana terhentuk di tiang tadi semasa dalam usaha menyelamatkan diri dari dibaham zombie.

Mujur zombie itu semua masih berjalan kaku seperti robot rosak kalau tak memang dah arwah dia sekarang.

Dia mendapat tahu dari perbualan orang-orang di dalam lori ini yang virus zombie tersebar sejak 6 bulan yang lalu. Dan hampir 2/4 populasi manusia sudah terjangkit dengan virus ini 3 bulan yang lalu.

Dan sekarang banyak ekspedisi menyelamatkan manusia yang terselamat dari virus zombie sejak 5 bulan yang lalu oleh pihak ketenteraan.

Orang-orang di dalam lori ini ialah pelarian yang terselamat dari virus zombie dan serangan zombie.

Mereka juga dengar kata pengganas semasa virus zombie belum tersebar.

Xielan tidak tahu apa yang dia harus rasa sekarang. Sama ada bersyukur kerana berada di kelompok ini tidak lagi perlu risau diburu oleh pihak ketenteraan sebab orang-orang ini pun tidak ingin bertemu dengan tentera.

Atau berasa takut jika mereka tahu identitinya sebagai orang yang pernah berada di pangkalan ketenteraan. Apa mereka akan membuang dia dari dalam lori ini?. Pengganas kot diorang ni....

Xielan sebanyak sedikit mula mengetahui situasi apa yang sedang menimpanya.

Pertama, dia telah transmigration di dunia lain setelah meninggal di dunia asalnya.

Kedua, ini ialah dunia akhir zaman. Dunia apocalypse di mana virus zombie melanda dan menyerang semua hidupan bumi.

Ketiga, dia masih bersyukur ini masih di planet bumi. Sebab dia tak perlu risau dikemudian hari tiba-tiba ada alien siap dengan UFO muncul di depan dia.

Keempat, dia sekarang berada di badan orang lain. Bukan badan asal dia sebab dia sekarang di dunia lain. Dan selepas itu badan asal dia pun dah dilanggar oleh lori jadi mana mungkin dia dapat balik ke dunia asalnya.

Kelima, kalau dalam novel lain mereka akan warisi ingatan tubuh yang tempat mereka diami dia pula malang terlampau malang. Dia tak waris apa-apa pun ingatan pemilik tubuh ini!!!. Dia bagai bayi baru lahir sahaja. Langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kenapa dia jadi pelarian dan kenapa dia harus bersembunyi dari pihak tentera....

Malah....nama dia sendiri pun dia tak tahu. Cuma...dia yakin 100% pemilik tubuh ini memiliki nama yang sama sepertinya sebab semasa dia baru sedar hari itu lelaki tua itu ada sebut nama dia 'Xielan', nama yang mama dan papa bagi dia pun 'Xielan' juga.

"Pst...pst..."

Xielan yang wajahnya berlumuran dengan debu, tanah...tu semua kerana dia jatuh tersembam di dalam lopak semasa melarikan diri dari diserang oleh zombie. Dia tahu pasti mukanya sekarang dah seperti hantu. Selama hidupnya dia tak pernah sekotor ini...

Selalunya dalam sehari dia akan mandi setiap kali dia merasakan dia berpeluh! Dia ada ODC sikit tahu dimana dia akan berasa tubuhnya gatal apabila kotor, alergik dengan debu. Tapi mujur dia sekarang dalam situasi di mana dia tak boleh nak amalkan sangat ODC nya itu. Dan dia juga merasa lega tubuh yang dia diami ini tidak punya alergik dengan debu dan kotoran.

Mengangkat kepalanya memandang ke arah suara yang seperti memanggilnya.

Dia terkejut ketika melihat gigi putih sedang ditayangkan ke arahnya. 5 inci dari wajahnya!.

Mak kau! Gigi putih siapakah ini?!

"Siapa nama kamu?" Soal pemilik gigi putih itu. Bayangkan sahajalah mereka sekarang berhimpit dalam lori besar dan gelap sehinggakan ruang udara masuk pun ngam-ngam untuk oksigen keluar masuk. Jadi keadaan sekeliling mereka sekarang gelap seperti tengah malam dan tiba-tiba ada yang senyum kat kau dengan mesra sekali, wajah dia kau tak nampak sebab gelap, atau muka dia pun pasti dah sebijik seperti Xielan yang berlumuran tanah parit, gigi putih dia saja yang jelas kelihatan! Nampak macam gigi palsu sedang terbang-terbang di udara pula....

Terbayang dia terus kat anime titan. Nasib gigi yang muncul 5 inci di depannya ini kecik! Kalau tidak tercabut jantung dia! Humph!.

"Sayakah?" Soalnya. Sudah terang lagi bersuluh dia yang disoalkan? Hehehe...

"Ya. Kamulah. Siapa lagi?"

"Saya Jing Xielan. Panggil Xielan saja"

"Jing Xielan? Kamu perempuan?!"

Senget terus mata Xielan. Dah kenapa dengan budak perempuan ni?! Dah dengar suara dia ini pure milik lelaki kenapa persoalkan jantina dia lagi?!.

"Saya lelaki...."

"Owrh! Nama kamu sungguh comel. Macam nama kawan perempuan saya!"

"Oh...."

"Saya Wei Weixin. Selamat berkenalan!"

"Shhhssss! Diamlah! Nanti zombie dengar!"

Ditegur terus budak perempuan itu kerana suara terujanya yang kuat.

Pasti gembira kerana akhirnya dia bertemu juga dengan orang yang hampir sebaya dengannya.