webnovel

1

Tit...tit...tit....!!!!!!!

Bunyi hon ialah bunyi terakhir yang dia sempat dengar sebelum pandangan matanya gelap gelita.

Dia dapat rasa dengan jelas yang badan dia seperti terbang diudara dan menghempap sesuatu.

Dia mahu menangis tapi rasanya tak sempat.

"Tak guna punya batu!!!!!"

Jeritnya namun hanya dalam kepalanya sebab dia mana lagi dapat menjerit?.

Ah...!!!

Dia tak sangka kerana hanya tersadung dengan batu ditepi jalan dah boleh mengundang kematiannya!.

Batu! Lori?!

Disaat dia sedang dalam perjalanan menerima anugerah penulis terbaik nyawa dia dah melayang.

Patutkah dia rasa gembira?

Heck no!!!

Setelah bersusah payah. Bertungkus-lumus menulis beribu novel yang mendapat kecaman sehinggalah sekarang dan akhirnya kerja keras dia mendapat penghargaan semua orang dan ajal pula terlebih dahulu datang sebelum pingat penghargaan dia?

Kalau iyapun bagilah aku pegang sikit penghargaan aku tu. Mati kat pentas pun aku tak kisah. Glamour sikit!.

"Arrggggghhhhhh!!!!!"

Dia yang sedang menyumpah seranah dalam kepala itu terbangun mengejut ketika mendengar suara jeritan nyaring sehingga nak keluar anak tekak di dekatnya.

Ketika dia membuka mata dia dikejutkan pula dengan muka bukan main hodoh milik seorang wanita? Mukanya bergiuk? Werkkk!!!!..

"Xielan! Cepat selamatkan diri kamu!"

Tak perlu kau bagitahu pun aku memang dah nak buka langkah seribu dah!!!.

Baaammm!!!!

Kakinya ringan sahaja menendang perut wanita yang mrnjerit dengan liur busuk terpercik itu jauh darinya. Terpelayang jauh terus wanita itu.

Okey....dia walaupun intorvert tahap nak mampus namun oleh sebabkan dia terlalu berkurung di mansion, ibubapanya yang terlalu risau akan kesihatannya akan terjejas telah mengupah guru pertahanan diri untuknya. Jadi dia memang ada tali pinggang hitam untuk beberapa seni pertahanan diri.

Dia bangun cepat-cepat dari tempat dia terbaring. Dan mencuba melihat keadaan sekelilingnya.

Keruh terus wajahnya.

Apa ni?!!!

Bukan aku dah matikah ?!!!

Takkan aku dihantar terus ke neraka?!!

Wei!

Sebelum sempat dia nak menyoal tangan dia ditarik kuat dari belakang oleh seseorang.

"Kita kena pergi dari sini cepat! Kalau tidak Tuan Muda akan diburu oleh pihak tentera kerana sabotaj General mereka sehingga cedera!"

What?! Are you sure aku yang baik hati ini ada cederakan orang? Sabotaj lagi tu?!

Terbesar matanya. Namun dia tidak menarik tangannya. Membiarkan sahaja lelaki separuh umur itu membawanya lari entah ke mana. Asal bukan kat manusia berwajah reput itu!.

Siak....apasal aku macam kenal saja setting ini? Ini zombie kan?

Kalau aku tahu batu boleh menyebabkan aku dilanggar lori dan dihantar terus ke sini. Dia lagi rela berkurung dirumah daripada menerima penghargaan berharga Dua Ratus itu!. Duit belanja yang Mama dan Papa bagi dia setiap bulan berjuta lagi kot!!!.

"Tuan Muda kena pergi dari sini juga!"

Xielan memandang lelaki tua itu dengan mulut mahu senget. Apasal serius sangat ni? Buat aku rasa kau sengaja nak usir aku pula. Tengok mata itu bersinar seperti tak sabar aku blah dari hidup kau!.

"Saya tak tahu nak ke mana...."

Untuk pengetahuan engkau! Aku bukan setakat tak tahu aku nak ke mana! Aku juga tak tahu aku sekarang di mana dan engkau tu siapa?!.

"Pergi kat mana-mana sajalah!..... Uhuk...uhuk..."

Pasti kau batuk sebab kau tak sangka terlepas perasaan kau yang sebenarkan?. Muka tegang macam kau ni memang aku yang sebagai seorang penulis yang dikecam ini tahu sangat kau tak tahu nak menipu!.

Dasar!

Cakap sajalah aku ini menyusahkan! Biarpun aku tak tahu aku dah buat salah apa sebenarnya.....muka kuyuh terus dia.

Berpeluh terus lelaki tua itu. Tak tua sebenarnya. Tapi tua jugalah. Sebab Papa yang dah nak 60 itupun masih muda dan kacak. Lelaki ni pula dah seperti tak mandi 2 tahun...!

Busuk dia pun aku dah terhidu bagai bau lombong sampah!.

Belum lagi dicampur dengan kebusukan zombie kat jauh-jauh tu.

"Hanya disini tempat saya mampu tolong Tuan Muda. Saya pergi dulu"

Dan kali ini lelaki itu tidak lagi mahu berdolak-dalih dengannya dan terus berlalu pergi. Malah melarikan diri seperti dikejar zombie.

Xielan mengetap gigi terus. Dia mahu menangis arh...

Tempat apakah ini?!!.

Di mana dia sekarang?!

"Heaven? Hell ? Where are you?"

Grrr...

Grrr..

Grrrr...

"Sorry...aku tak panggil korang!"

Tak sangka zombie ini pula yang menyahut panggilannya!.

Next chapter