25 Bab 25

Ahli Blaze of the Light, Huzair dan Guardians memandang Hazirah dan Syahmi bersilih-ganti dengan pandangan keliru. Mereka semua menunggu penerangan Hazirah mahupun Syahmi yang seterusnya. Syahmi dan Hazirah mengukirkan sebuah senyuman yang kelihatan amat mengerikan bagi yang lain.

"Aku akan nantikan perkara-perkara yang kau katakan itu. Nak juga tengok perlawanan antara kau berdua dengan raja tak guna itu," balas Huzair dengan selamba.

"Abang dengan adik, dua kali lima sahaja. Sama-sama mengerikan," tegur Khaulah dengan menggulungkan matanya.

Yang lain ketawa apabila mendengar teguran Khaulah itu. Huzair dan Hazirah saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala mereka. Saat mereka keluar dari bilik tersebut, mereka mula membuat persiapan terakhir sebelum ke Astrad Island untuk berkhemah di sana bersama askar-askar yang ada, kecuali Arshad, Naseefa, Blaze of the Light dan The Alpha. Raja Rizal, Raja kepada Kerajaan Uwazia dan Raja kepada Kerajaan Busan turut berkhemah di sana kerana Astrad Island merupakan sebuah pulau yang agak jauh dari kerajaan mereka.

**********************************

Keesokan hari

Semua askar-askar yang diketuai Guardians, Jeneral Iris, Jeneral Mikhail, Jeneral Zyra, Raja Rizal dan Huzair sudah bersiap sedia. Beberapa drones, yang disediakan oleh Fakhrul, akan dikawal oleh Fakhrul untuk mengawasi penggerakan pihak kejahatan. Blaze of the Light, The Alpha, Arshad dan Naseefa tidak kelihatan. Para isteri, terutamanya Permaisuri Khadija, amat risau akan keselamatan suami dan anak-anak mereka. Mereka sekadar mampu berdoa kepada Ilahi.

"Huz, mereka tidak jauh dari tempat kita. Dalam 1.5 km lagi," tegur Fakhrul sebaik sahaja dia melihat kelibat pihak musuh lalui salah satu dronenya. Huzair mengangguk sebelum suara seseorang bergemar di telinga mereka. Huzair tersenyum apabila mendengar suara Syahmi yang bergemar di telinga mereka itu.

"Peperangan yang bakal berlaku ini adalah perjuangan kita untuk keesokan hari. Peperangan ini akan menentukan keselamatan negara kita dan keamanan yang ada di dalam negara kita. Saya berharap semua yang ada di sini teruskan perjuangan untuk anak-anak muda kita yang akan datang. MARI KITA BERJUANG DEMI MASA HADAPAN NEGARA KITA!"

"DEMI MASA HADAPAN KITA!" jerit askar-askar dan Guardians sebelum berlari ke arah musuh untuk berlawan dengan mereka. Huzair, Aiman, Aira, Fakhrul, Suhaila dan Alisa turut berlari ke arah musuh dan membantu sesiapa yang memerlukan bantuan.

"Alisa, kau bantu sembuh sesiapa yang perlukan. Suhaila, kau back-up Alisa jika perlu. Aira, Aiman dan Fakhrul. Kau bertiga ikut aku," arah Huzair.

Alisa dan Suhaila sekadar menurutkan arahan Huzair dan membantu sesiapa yang perlukan sebarang bantuan. Aira, Aiman dan Fakhrul mengikut Huzair. Huzair berperang bersama Fakhrul manakala Aiman berperang bersama Aira. Tanpa disedarinya, Huzair berada berdekatan dengan tempat di mana Raja Rizal sedang berperang. Kelibat Fayyad dan Hamdan berada di sisi Raja Rizal untuk membantunya jika perlu. Fauzi dan Aqeela pula menyerang pihak musuh bersama askar-askar yang ada.

"Mana Blaze of the Light, The Alpha dan lagi dua Guardians itu?" soal Raja Rizal kepada Huzair apabila mereka bersandar di belakang satu sama lain. [faham-fahamkan sahaja lah]

"Huz tidak tahu. Sejak pagi tadi, Huz tak nampak batang hidung mereka tetapi Huz dapat rasakan di mana mereka berada," balas Huzair.

Pelbagai senjata tajam diperbuat daripada kuasa ais Huzair dan telah dicampak ke arah musuh. Raja Rizal mengangguk dan mengelakkan diri daripada terkena serangan pihak musuh. Huzair memandang ke langit apabila pihak musuh semakin berkurang di sekelilingnya. Firasatnya kuat mengatakan bahawa Blaze of the Light, Arshad, Naseefa dan the Alpha berada di sana, menaiki pesawat udara.

"Rasanya mereka tunggu raja tak guna itu keluar, ayahanda," tegur Huzair secara tiba-tiba.

"Jangan lama sudah. Makin kita bunuh mereka, makin banyak yang keluar," kata Raja Rizal. Huzair mengangguk setuju. Blaze of the Light, The Alpha, Arshad dan Naseefa, yang sedang melihat peperangan itu berlaku dari pesawat udara, memandang satu sama lain.

"The Alpha akan turun dahulu. Arshad dan Naseefa. Kau berdua turun kemudian bersama Muaz, Khaulah dan Batrisya. Kita jumpa di bawah nanti," arah Syahmi dengan serius.

Yang lain sekadar mengangguk dan satu per satu melompat turun dari pesawat udara tersebut. Syahmi dan Hazirah mengangguk sebelum melompat bersama-sama. Kelibat Muaz, Khaulah dan Batrisya di bawah mereka. Tiba sahaja di tanah, mereka semua menyerang musuh-musuh yang ada di hadapan mereka. Muaz, Arshad dan Naseefa membantu di bahagian Shahrul. Khaulah dan Batrisya membantu di bahagian Alisa manakala The Alpha membantu di bahagian timur. Kelibat Raja Drake Jones tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Syahmi menutup matanya dan menumpukan perhatiannya kepada sekelilingnya melalui kuasa tanahnya. Dia cuba mengesan kelibat raja tidak guna itu dengan kuasanya. Hazirah pula menyerang balas setiap musuh yang mendekati mereka.

"Arrows of ice."

Hazirah memandang Huzair yang sedang bertarung dengan Jeneral Hafiz. Perasaan risau untuk abangnya tidak dapat ditepiskan, namun, apa dayanya? Dia sekadar mendoakan keselamatan abangnya dan meneruskan serangannya untuk melindunginya dan Syahmi. Secara tiba-tiba, beberapa bebola api mengeliling mereka berdua dan menyerang askar-askar Raja Drake Jones. Hazirah terkejut dan tergamam sebelum memandang Syahmi dengan tajam.

"Maaf. Nak cepat punya pasal," terang Syahmi dengan selamba. Dengan kuasa petir, mereka berlari ke tempat Raja Drake Jones. Mereka tidak mahu membuang masa terlalu lama lagi.

*************************************

Huzair's POV

Aku ternampak kelibat Hazirah dan Syahmi yang sedang berlari ke suatu tempat dengan kuasa petir mereka. Sebuah senyuman terukir di bibir sementara aku membelasah Jeneral Hafiz di kerajaan Raja Drake Jones.

"Tidak mahu membantu adik kau?" soal jeneral tidak guna itu.

Aku memandang sinis kepada jeneral itu dan berkata, "Buat apa aku nak risau? Dia adik aku dan dia mempunyai sahabat-sahabatnya untuk membantunya. Kuasanya bukannya sebarang kuasa dan dia juga bukan dari calang-calang orang biasa."

Tanganku menumbuk Jeneral Hafiz dengan kuat dan tumbukkan itu telah mencampak jeneral itu sedikit jauh dari tempat kami bertarung. Jeneral Hafiz bangun dari terbaring dan tubuhnya kelihatan mempunyai sedikit luka dari pertarunganku dan dia. Aku tetapkan senyuman sinisku dan melangkah ke arahnya. Mataku tidak lepas pandang akan jeneral tak guna itu dan sebuah pisau tajam diperbuat daripada ais muncul di tanganku. Jeneral Hafiz menghalakan senjatanya ke arahku dan matanya tidak lepas merenungku.

"Untuk pengetahuan kau, kami akan menang peperangan ini," kata Jeneral Hafiz dengan penuh angkuh dan yakin.

"Oh really? Jangan angkuh dan yakin sangat. Nanti keangkuhan dan keyakinan itu makan diri sendiri," balas Huzair dengan tenang dan sinis.

Kemarahan Jeneral Hafiz membara sebaik sahaja Huzair berkata sebegitu. Jeneral Hafiz segera mengeluarkan kuasa kegelapannya dan cuba menikam Huzair tetapi Huzair sempat mengelak setiap serangan-serangannya.

"Kalau kau cuba membunuh aku, itu pasti tidak akan terjadi. Kau pasti tidak akan berjaya untuk membunuh aku kerana aku mempunyai kuasa manipulasi masa. Aku boleh melihat bila serangan kau akan tiba di waktu ini," bisik Huzair dengan nada seram.

Kelihatan tubuh Jeneral Hafiz sedikit menggigil akibat ketakutan dengan nada seram dan wajah tegang Huzair.

"Kenapa tubuh aku menggigil? Kenapa aku boleh menjadi selemah ini?" soal Jeneral Hafiz dengan marah.

Sedang Jeneral Hafiz dalam keadaan marah, Huzair segera menikamnya di saat Jeneral Hafiz tidak memandangnya. Jeneral Hafiz menunduk dan wajahnya perlahan-lahan memandang Huzair. Matanya sedikit berair. Huzair menunduk ke lantai tanda hormat untuk arwah. Dia memandang sekelilingnya dan berlari ke suatu arah sambil menyerang balas pihak musuh yang menghalang laluannya.

End of POV

TBC

avataravatar
Next chapter