webnovel
#ACTION
#ROMANCE
#FAMILY
#FANTASI
#PERSAHABATAN
#KELUARGA
#PERCINTAAN
#AKSI

The Lost Heir of Avalor

Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mempunyai kuasa elemen kecuali dua abiliti. Dia tidak pernah tahu akan asal-usulnya serta keluarga kandungnya. Selama ini, dia tinggal bersama sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak gadis yang setahun muda darinya. Pada suatu hari, dia disuruh untuk melangkah masuk ke sebuah bilik simpanan yang seringkali dihalang oleh keluarga susuannya. Terdapat sebuah skrol yang mempunyai namanya. Tidak dia sangka bahawa skrol itu mengenai sejarah keluarganya yang sebenar. Ibu bapa kandungnya sempat memberi skrol tersebut kepada keluarga susuannya melalui seseorang. Mulai hari itu, Hazirah berjanji untuk mencari maklumat tentang asal-usulnya. Huzair Asyraf, seorang remaja berumur 22 tahun. Dia seorang yang pendiam dan ceria walaupun tidak mempunyai ramai kawan. Huzair mempunyai seorang kawan rapat, Muaz Aisy. Mereka mengenali satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun. Muaz telah banyak menolongnya dari segi memberinya keluarga, tempat lindung, makan minum dan pakaian. Susah senang, mereka lalui bersama. Kebanyakan rahsia Huzair, Muaz ketahui dan menyimpannya dengan rapi. Walaupun hidupnya sudah lengkap, Huzair merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa seseorang. Dia mencari orang itu. Akan tetapi, dia tidak tahu di mana hendak mencarinya. "Aku akan selalu ada dengan kau susah senang." – Muaz Aisy "Sebelum ini, kau keseorangan tanpa kawan. Namun, keseorangan kau telah berakhir. Kau masih ada aku, Muaz dan Syahmi. Kita tidak akan berpisah melainkan ajal maut pisahkan kita." – Khaulah Rusydi "Aku tidak akan putus asa selagi aku tidak tahu apa yang terjadi dengan keluarga kandung aku." – Hazirah Aisyah "Akak gila ke? Nak selamatkan dunia seorang diri? Selagi Batrisya hidup, Batrisya tidak akan benarkan akak pergi perang seorang diri." – Batrisya Rania "Kita akan melakukan ini bersama." – Syahmi Ilyas Namun, dapatkah Huzair mencari orang itu meskipun sudah sekian lama tidak berjumpa? Siapakah orang yang dicari oleh Huzair selama ini? Dapatkah Hazirah meneruskan kehidupannya yang penuh dengan dugaan itu? Dapatkah Hazirah cari maklumat yang dicarinya selama ini? Yang penting, adakah mereka semua berjaya memenangi peperangan yang bakal berlaku?

_zilazri_ · Fantasy
Not enough ratings
29 Chs
#ACTION
#ROMANCE
#FAMILY
#FANTASI
#PERSAHABATAN
#KELUARGA
#PERCINTAAN
#AKSI

Bab 24

"Insya'Allah." Itu sahaja yang mampu Hazirah dan Syahmi ucapkan kerana masing-masing tahu bahawa ajal maut berada di tangan Tuhan dan siapalah mereka untuk menentukan kematian mereka. Hazirah dan Syahmi melangkah keluar dari bilik pejabat Huzair. Mereka menuju ke sebuah bilik rekaan Aiman, bilik latihan visual [BLV], untuk latihan seterusnya bersama spirit beast mereka. Muaz, Khaulah, Batrisya dan Huzair menghantar mereka dengan pandangan mata. Mereka hanya mampu berdoa untuk keselamatan Hazirah dan Syahmi untuk peperangan nanti.

**********************************************

Hazirah melangkah ke Forest of Ruins bersama Muaz, Syahmi, Khaulah dan Batrisya. Hutan itu dipenuhi dengan beberapa runtuhan yang cantik dan aman untuk tenangkan diri. Tidak kelihatan seorang manusia yang duduk mahupun tinggal di runtuhan-runtuhan itu. Sekadar haiwan liar yang tinggal di sana.

"Kenapa kita harus ke sini?" soal Batrisya sambil memandang sekeliling runtuhan-runtuhan tersebut.

"Huzair menyuruh kita ke sini kerana di sini, Aila dapat mengesan kuasa yang luar biasa dari arah ini. Ianya seakan-akan seseorang mengaktifkan kuasa tersebut di runtuhan-runtuhan ini. Menurut Huzair, kuasa yang dikesan oleh Aila itu dalam bentuk permata yang mempunyai kuasa yang berbeza. Seingat dia, di sini mempunyai enam biji permata dengan kuasa yang berbeza," terang Hazirah.

"Jadi, sekarang tugas kita adalah untuk mencari permata itu?" soal Khaulah sambil memandang Hazirah.

Hazirah mengangguk sebaik sahaja Syahmi dan Muaz turut memandangnya. Batrisya pula sudah hilang, entah ke mana. Hazirah dan Syahmi menutup mata masing-masing. Mereka berdua cuba mencari permata-permata yang dikatakan Hazirah dengan menggunakan kuasa dan pancaindera mereka. Khaulah dan Muaz sekadar mendiamkan diri untuk memberi sang Kembar Lagenda waktu untuk mencari. Sementara itu, mereka berdua mencari Batrisya. Kelibat Batrisya yang sedang berdiri di hadapan sebuah gua gelap.

"Apa ini?" soal Muaz.

"Gua. Gua yang membawa kita entah ke mana. Nak kena bagitahu kak ngah dan abang Syahmi," balas Batrisya.

Khaulah segera memberitahu Hazirah untuk ke lokasi mereka melalui telepati. Hazirah dan Syahmi segera ke lokasi mereka. Gua itu dipandang dan mereka mula melangkah masuk ke dalam gua tersebut. Selepas hampir tiga puluh minit berjalan dalam gua tersebut, mereka berlima nampak cahaya dan melangkah ke arah itu. Suasana di sebalik cahaya itu amat menarik dan cantik di pandangan mereka. Kelihatan sebuah air terjun yang cantik.

"Kak," panggil Batrisya sambil menunjuk ke arah sesuatu.

Hazirah melangkah ke arah Batrisya dan matanya tidak lepas memandang ke arah yang ditunjukkan oleh adik susuannya itu. Dua orang yang berlainan jantina sedang berkelah di tepi air terjun itu.

"Siapa mereka? Kenapa mereka berada di sini?" soal Khaulah dengan keliru. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan dan mengangguk sebelum berjalan ke arah dua orang itu. Muaz ingin menghalang mereka berdua ke hadapan tetapi tidak berkesempatan.

"Saya tidak menyangka bahawa kami akan mengadakan tetamu di sini," tegur si gadis. Blaze of the Light, kecuali Hazirah dan Syahmi, kelihatan terkejut sebaik sahaja sang gadis dan sang jejaka berpusing memandang mereka.

"Oh tidak sangka bahawa keturunan kami datang ke mari," tutur sang jejaka pula.

"Ashley dan Simon, Kembar Lagenda yang pertama," kata Hazirah dan Syahmi dengan serentak.

Aila dan Pyro, yang berada di dalam badan Hazirah dan Syahmi, sekadar memerhati sang Kembar Lagenda yang pertama. Tiada tanda-tanda bahawa mereka berdua ingin berbual dengan Ashley dan Simon. Khaulah, Muaz dan Batrisya pula memandang Kembar Lagenda yang pertama dengan Kembar Lagenda sekarang bersilih-ganti.

"Kembar Lagenda yang pertama? Rupa mereka sama seperti Hazirah dan Syahmi," bisik Khaulah kepada Muaz.

"Sudah nama pun Kembar Lagenda yang pertama. Hazirah dan Syahmi adalah keturunan mereka," balas Muaz dengan nada bisik.

Ashley dan Simon tertawa apabila mendengar bisikan-bisikan mereka berdua. Ashley dan Simon melangkah ke Hazirah dan Syahmi untuk berjabat tangan.

"Tidak sangka kamu berdua adalah keturunan kami. Kami dengar bahawa peperangan bakal berlaku. Adakah itu benar?" soal Simon.

"Ya, itu benar. Tujuan kami ke sini adalah untuk mencari permata-permata yang ada di sini. Jika permata-permata itu jatuh ke tangan Raja Drake Jones, dunia ini akan hapus dengan sekelip mata," balas Syahmi dengan tenang.

Ashley dan Simon saling berpandangan. Ashley melanngkah ke tempat mereka berkelah dan mengeluarkan sebuah beg kecil. Dia memberi beg itu kepada Hazirah dan berkata, "Letaklah permata-permata ini di tempat yang selamat. Menang peperangan ini dan menghapuskan pihak musuh. Raja Drake Jones, anak kepada Raja Gabriel Jones, harus dihentikan. Jika tidak, peperangan ini akan berterusan."

Hazirah dan Syahmi mengangguk dan mengambil permata-permata itu.

"Sebelum itu, kuasa Kembar Lagenda bukan sekadar menguasai kuasa elemen. Kembar Lagenda turut mempunyai kuasa-kuasa yang tersimpan. Mungkin kamu berdua sudah tahu dari Aila dan Pyro tetapi saya akan bagitahu sekali lagi. Kuasa yang paling jarang digunakan di dalam dunia ini oleh Kembar Lagenda adalah fusion, keabadian dan penglihatan ultraviolet. Kuasa-kuasa ini mengikut kemampuan dan kuasa asal kamu berdua. Sebagai contoh, kami berdua mempunyai kuasa keabadian mengikut kemampuan kami berdua sendiri dan saya pasti kamu berdua berjaya mendapat kuasa-kuasa jarang ini mengikut kemampuan kamu dan bukan sekadar dari kuasa asal kamu," terang Simon sebelum Blaze of the Light meminta diri.

Hazirah dan Syahmi mengangguk tanda memahami akan penerangan Simon. Mereka berdua sempat mengucapkan terima kasih dan memesan kepada Kembar Lagenda yang pertama untuk menolong menjaga runtuhan-runtuhan tersebut jika apa-apa berlaku sebelum melangkah keluar dari gua itu.

"Kenapa Kembar Lagenda yang pertama membina semula Kerajaan Avalor sedangkan mereka masih hidup?" soal Batrisya dengan curiga.

"Mereka tidak mengundangkan kekecohan," balas Hazirah.

"Kekecohan?"

"Tidak hairankah jika Kembar Lagenda yang pertama, yang telah dianggap sudah lama tiada, masih hidup lagi? Lagi-lagi mereka mempunyai kuasa keabadian," soal Syahmi pula. Muaz, Khaulah dan Batrisya mengangguk dan mereka meneruskan perjalanan mereka pulang ke istana. Permata-permata itu pula telah diletakkan di tempat yang selamat oleh Huzair.

***************************************

Sebulan telah berlalu. Esok merupakan hari peperangan yang sering dikatakan oleh penduduk-penduduk. Huzair, Blaze of the Light, Guardians dan askar-askar bersiap-sedia untuk peperangan yang bakal mereka hadapi. Huzair, Blaze of the Light, Guardians, rakan-rakan Huzair dan beberapa jeneral berada di bilik mesyuarat buat kali terakhir sebelum peperangan berlangsung keesokan hari.

"Kita akan berperang di utara Astrad Island manakala Kerajaan Alantia akan berperang di barat Astrad Island. Kerajaan Uwazia akan berperang di selatan Astrad Island dan Kerajaan Busan akan berperang di timur Astrad Island. Hazirah dan Syahmi, kau berdua tahu apa yang kalian harus lakukan. Blaze of the Light, Arshad dan Naseefa akan bersama kau berdua. Guardians yang lain akan mengetuai peperangan ini secara fizikal," arah Huzair.

Mereka semua meneliti akan arahan yang baru sahaja diberikan oleh Huzair. Semua yang berada di bilik mesyuarat keluar untuk membuat persiapan terakhir kecuali Blaze of the Light, Huzair dan Guardians. Mereka memandang Syahmi dan Hazirah bersilih-ganti. Syahmi dan Hazirah berpandangan sebelum memandang ahli Blaze of the Light serta the Guardians.

"Apa yang kau berdua akan lakukan sepanjang peperangan? Aku pasti Raja Drake Jones ada rancangan liciknya untuk memenangi peperangan ini," soal Muaz.

"Raja Drake Jones sememangnya mempunyai rancangan licik. Dah nama pun raja jahat. Aku dan Syahmi berfikir bahawa kita akan menunggu mereka bertindak," balas Hazirah dengan sedikit sindiran.

"Buat masa ini, kita tidak tahu apa yang difikirkan oleh Raja Drake Jones. Jadi, aku dan Hazirah bercadang untuk berfikir di luar kotak. Aku dan Hazirah akan menyerang raja tak guna itu. Apa yang akan terjadi, kita akan lakukan bersama. Lagi pula, kami berdua ada beberapa perkara yang mungkin boleh menjadi senjata kami untuk mengalahkan raja tak guna itu," kata Syahmi pula.

TBC