Chu Tie mengalami kekalahan teruk. Walaupun dia kehilangan satu lengan, sekurang-kurangnya dia masih hidup. Tangannya tiada harapan untuk disambung semula. Wajahnya pucat lesi semasa dia mengangkat tangan kanannya berserta pedang lalu dengan terhuyung-hayang dia melompat turun dari platform.
Para pertapa perubatan Keluarga Chu segera bergegas ke arah Chu Tie. Mereka menghentikan pendarahannya dan membalut tangan kanan dia untuk mengelakkannya menjadi buruk.
Ketua Keluarga Chu berkata dengan nada yang serius, "Cepat bawa Chu Tie balik ke puak dan cuba sambungkan semula tangannya yang dah terputus."
Pegawai pakar yang berdekatan telah bersiap-sedia; mereka meletakkan Chu Tie ke dalam sebuah kenderaan dan dipandu laju ke arah puak. Mereka merancang untuk menyambung semula tangannya yang terputus melalui pembedahan.
Selepas melihat Chu Tie pergi, Chu Yong mendesah dan memegang pedang panjangnya, dia bersedia untuk naik ke pentas.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com