"Guna niat pedang lengkung saya sendiri untuk mencabut niat pedang...?" Song Shuang menyentuh luka di dahinya. Masalah utamanya ialah lokasi luka tersebut. Bagaimana kalau dia cuai dan akhirnya mencederakan otaknya ketika mencabut niat pedang itu? Dia tidak akan berubah menjadi si bodoh, bukan?
Bukanka ini agak berisiko?
Ye Si menutup mulutnya dan ketawa. "Awak tidak perlulah menjadi sebimbang ini. Niat pedang telah meninggalkan luka kecil di dahi awak dan ia tidak mencederakan tengkorak awak pun. Semasa menggunakan niat pedang lengkung awak untuk mencabutnya, awak hanya boleh menyentuh kawasan luka itu sahaja. Oleh itu, otak awak tidak akan cedera."
Song Shuhang ketawa. "Ahahahaha."
Setelah itu, dia mengeluarkan bilah Rumput Pengental Niat Pedang Lengkung.
Dia perlu mengambil peluang ini untuk menyambung uji kajinya sebelum ini.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com