53 Shuhang Si Lelaki Budiman

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sambil membuka matanya dengan perlahan, Song Shuhang tiba-tiba merasakan bahawa dia tidak dapat mengekalkan postur duduk bersilang itu lagi. Dengan "dong," seperti sebatang pensel yang lurus, dia jatuh ke lantai.

"Eh? Tuan Mahaguru Ubatan, apa yang berlaku? Saya dapat rasa yang badan saya menjadi lemah dan saya tidak boleh menggunakan sebarang kekuatan. Mengapa jadi begitu?" Song Shuhang bertanya dengan rasa ganjil. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menggerakkan jari-jarinya.

Mahaguru Ubatan berlutut di sebelah Shuhang dan mencucuk badannya. "Ini normal. Kerana ini kali pertama kamu mengamalkan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯. Kamu menjadi terlalu tamak dan tidak dapat mengawal kekuatan qi dan darah yang badan kamu alirkan sehingga qi dan darah itu mengalir terlalu banyak ke dalam Bukaan Jantung. Ini menyebabkan badan kamu menjadi lemah buat sementara waktu. Tetapi tidak apa, kamu akan sembuh dalam beberapa minit. Kamu perlu ingat, pada masa akan datang semasa kamu membaca ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯, tinggalkan sedikit kesan qi dan darah untuk mengelakkan tubuh kamu menjadi lemah secara tiba-tiba. Dengan cara ini, ia juga akan memberi manfaat kepada badan kamu."

"Oh, itu sebabnya, haha." Song Shuhang baring di atas balkoni panas dan dalam mood yang sangat gembira.

'Akhirnya... Aku telah selesaikan langkah pertama untuk menjadi seorang pertapa.'

Dengan bantuan Cecair Penguat Badan, walaupun dengan kebolehannya yang biasa-biasa saja, mungkinkah dia akan dapat menyelesaikan Penubuhan Asasi Seratus Hari?

Setelah menamatkan Penubuhan Asasnya, apakah kuasa yang dia akan miliki?

Azimat? Jampi? Teknik ajaib? Teknik melepaskan diri? Halimunan? Kebolehan meramal?

"Maknanya, Tuan, 'diri saya yang sebenar' adalah diri saya yang biasa dengan wajah tersenyum sambil duduk di sana. Adakah itu bermakna saya masih seorang manusia biasa?" Song Shuhang bertanya.

"Secara umumnya, diri kita yang sebenar berkait dengan identiti dan pengalaman kita. Tidak kira apapun, memandangkan kamu mempunyai hubungan dengan seorang pertapa, diri kamu yang sebenar tidak boleh menjadi manusia biasa... melainkan, dalam hati kamu, kamu masih tidak mempercayai kewujudan 'pertapaan'. Atau, mungkin... ya, senyuman kamu yang tulus itu adalah senyuman yang membuat orang lain berasa tenang selepas melihatnya?" Mahaguru Ubatan merenung dan bertanya.

"Walaupun saya agak malu untuk mengakuinya, senyuman saya sememangnya membuat orang berasa selesa ketika melihatnya." Song Shuhang menjawab. 'Lagipun, 'diri saya yang sebenar' dianggap sebagai sebahagian daripada saya, jadi bila senyuman saya dipuji, saya masih terasa agak malu. '

Mahaguru Ubatan mendesah dan bercakap. "Seperti yang disangka. Shuhang, kamu seorang lelaki yang budiman."

"Eh? Tuan, tak perlu cakap begitu kepada orang lain secara tiba-tiba!" Song Shuhang menjawab. Dia tidak kisah sekiranya dia dipanggil lelaki budiman, tetapi apabila seseorang itu telah mendengarnya beberapa kali, mereka tidak akan berjaya mendapatkan teman wanita selepas ini.

"Tidak, maksud saya, 'diri yang sebenar' untuk kamu bermaksud kamu seorang lelaki budiman Shuhang!" Mahaguru Ubatan menjawab. 

"..." Hujung mulut Song Shuhang berkerut.

Bagaimana 'diri yang sebenar' aku dapat mencerminkan kualiti sebegitu?

"Baiklah, Shuhang, kini kamu telah memahami secara menyeluruh ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ dan ❮Teknik Tumbukan Asas Buddha❯. Terutama yang terakhir itu, kamu telah melaksanakannya dengan baik dan tumbukan kamu hampir membuat saya merasa bahawa kamu telah mengamalkan teknik penumbuk ini selama beberapa tahun. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diajar pada kamu, kita akan akhiri sesi kita di sini untuk hari ini." Mahaguru Ubatan bercakap sambil tersenyum.

"Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan." Song Shuhang membalas dengan nada yang bersyukur.

Mahaguru Ubatan menjawab, "Kamu tidak perlu bersikap sopan dengan saya. Memandangkan saya masih berada di Daerah Jiangnan, datanglah dan cari saya jika ada apa-apa soalan mengenai pertapaan yang kamu ingin tahu. Tuan Sungai Utara sepatutnya sudah beritahu kamu sebelum ini. Kamu tidak perlu bersusah payah untuk berfikir tentang masalah dalam pertapaan hingga menghentakkan kepala ke dinding. Tanya dahulu sebelum mula berfikir."

Dia memberi peringatan kepada Shuhang sekali lagi. "Satu lagi perkara yang berkaitan dengan pertapaan ❮Teknik Asas Tumbukan Buddha❯, kamu harus menyelesaikan masalah untuk mengendalikan kekuatan diri kamu dan apabila tubuh kamu terasa penat sehingga anda tidak dapat mengumpulkan apa-apa kekuatan, jangan teruskan dengan ❮Teknik Asas Tumbukan Buddha❯. Contohnya dengan keadaan diri kamu sekarang ini. Walaupun kamu sudah sembuh, jangan teruskan berlatih teknik penumbuk. Lagipun, Teknik Penubuhan Penumbuk itu bukan latihan untuk mengekalkan kesihatan kamu, tetapi hayunan untuk kuatkan kuasa tumbukan kamu. Terdapat had untuk 'qi dan darah' seseorang dan ada batas tempoh pemulihan yang kamu perlu jaga juga. Sekiranya kamu memaksa diri, badan kamu akan rosak.

"Saya faham. Lagipun, dengan keadaan saya sekarang ini, saya tidak boleh bergerak lagi walaupun saya masih mahu teruskan." Song Shuhang ketawa dengan kuat. Dia tidak dapat mengangkat jari-jarinya pun sekarang ini.

"Haha, saya tidak akan bercakap apa-apa lagi kerana kamu masih dapat mengawal diri." Mahaguru Ubatan tersenyum lembut. "Sekarang, kamu perlu berbaring di sini dan ingat perasaan apabila kamu sedang melaksanakan Teknik Tumbukan dan Teknik Meditasi. Mengingat semula juga adalah merupakan bahagian penting dalam pertapaan.

"Baiklah, Mahaguru Ubatan," jawab Song Shuhang.

Mahaguru Ubatan sangat puas dan selepas itu, dia melambai tangannya kepada Song Shuhang. "Baiklah, saya pergi dahulu!"

Sebaik sahaja dia habis bercakap, tubuhnya berubah menjadi sinaran cahaya berbentuk pedang dan dengan bunyi "sou", ia menghilang di depan Song Shuhang. Inikah Cahaya Bilah yang legenda itu?

"Tunggu sekejap Tuan!" Song Shuhang bergelut untuk menghulurkan tangannya dan bercakap dalam kesakitan. "Tuan, sekurang-kurangnya... hantarlah saya balik ke asrama saya."

Dia masih berbaring di atas bumbung panas itu.

Masa sekarang adalah sekitar 5:30 petang pada bulan Jun. Matahari di langit masih memancarkan cahaya dan habanya.

Matahari itu seolah-olah bertanya pada Song Shuhang, "teppanyaki daging manusia bernama Song Shuhang yang berbaring di atas bumbung, adakah kamu mahu separuh masak? Atau hampir terlebih masak? Atau terlebih masak?"

"Malangnya nasib aku!" Song Shuhang mendesah.

Dia mungkin akan mendapat strok haba. Jika dia terus terdedah kepada matahari beberapa saat lagi, dia akan menjadi Shuhang kering yang boleh dipotong untuk dijual mengikut berat badan.

Pada masa ini, Song Shuhang benar-benar berharap orang yang baik boleh datang ke atas bumbung dan membantunya. Dia pastinya akan sangat berterima kasih.

"Oh ya, ada satu lagi perkara penting yang aku lupa. Aku masih belum mendapat peluang untuk bertanya Mahaguru Ubatan jika dia mempunyai kaedah untuk mencari orang yang sedang menyiasat aku secara rahsia." Song Shuhang bercakap dengan dirinya sendiri dalam nada sedih.

Walau bagaimanapun, sekarang, Mahaguru Ubatan telah pergi jauh dan dia hanya boleh menunggu sehingga perjumpaan mereka yang seterusnya. Atau dia masih boleh bertanya melalui telefon sahaja.

Lagipun, dia mempunyai nombor Mahaguru Ubatan dan jika terdapat sebarang kemalangan, dia boleh segera meminta bantuan Mahaguru Ubatan.

Mungkin Tuhan telah mendengar doanya pada masa Song Shuhang sedang termenung. Bunyi tapak kaki kedengaran dari pintu bumbung.

"Eh? Kenapa pintu bumbung dibuka hari ini?" Suara lelaki yang rendah itu boleh didengar.

Song Shuhang berasas gembira dan dia hampir membuka mulutnya untuk meminta pertolongan.

Pada masa itu, satu suara wanita kedengaran, "Bukankah lebih baik seperti ini? Hoo, marilah kita ke bumbung! Kita tidak pernah pergi ke sana sebelum ini dan kemungkinan besar, ia akan menjadi sangat menarik."

"Itulah yang saya fikir, tetapi kita perlu berhati-hati. Jika kita dilihat oleh seseorang, habislah kita." Ketika lelaki itu bercakap, dia membuka pintu ke arah bumbung.

"Jika kita dilihat oleh seseorang, bukankah itu lebih menarik?" Perempuan itu nampaknya seperti sangat berfikiran terbuka.

Song Shuhang menutup mulutnya dan buat keputusan untuk tidak meminta pertolongan. Mereka itulah pasangan bercinta yang membuat dia berasa cemburu, dengki dan benci.

Pasangan yang ghairah bercinta itu sepatutnya dibakar sehingga mati telah pergi ke bahagian bumbung yang di sebelah lagi. Oleh itu, mereka tidak menyedari mayat Song Shuhang di sebelah sini.

Selepas memilih tempat mereka, mereka memulakan pertempuran antara pakar-pakar seni mempertahankan diri.

Song Shuhang mendesah sambil menutup matanya dan secara beransur-ansur memulihkan kekuatannya sendiri. Bunyi dua pakar seni mempertahankan diri itu boleh didengar dengan jelas di telinganya.

Seketika kemudian, perasaan lemah itu akhirnya hilang.

Song Shuhang bergelut dan bangun sementara anggota badannya yang lemah melangkah berjalan ke arah pintu bumbung.

"Oh ya, pelajar itu tadi mengatakan ia akan jadi lebih menarik jika mereka dilihat oleh orang lain, bukan?" Song Shuhang mengetatkan rahangnya dan bergumam.

Dia merasakan bahawa dia harus memenuhi keinginan mereka.

Lagipun, 'diri yang sebenar' sendiri yang memberitahunya bahawa lelaki bernama Song Shuhang adalah seseorang yang bersedia untuk membantu orang lain!

'Memandangkan keinginan itu mudah sahaja, patutkah aku bantu dia untuk memenuhi hasratnya?'

"Tidak ada apa-apa yang perlu dilakukan, lagipun aku seorang lelaki budiman," kata Song Shuhang sambil bersandar pada tembok dan mendedahkan separuh badannya sambil melihat di bahagian sebelah lagi bumbung itu.

avataravatar
Next chapter