Song Shuhang membawa Mahaguru Ubat berjalan-jalan sekitar Kawasan Jalan Bertuah dan mereka telah meihat beberapa dozen apartmen sewaan. Malangnya, Mahaguru Ubat tidak puas hati dengan mana-mana tempat—Shuhang tidak tahu rumah jenis apa yang Mahaguru Ubat sedang cari.

'Kalau kita betul-betul tak menjumpai apa-apa, kita patut pergi ke kawasan lain untuk tengok-tengok.' Song Shuhang berfikir.

Pada masa itu, Mahaguru Ubat menjumpai rumah yang dia berpuas hati. Ia merupakan rumah tidak berteres baru lima tingkat untuk satu keluarga, dan ia juga mempunyai taman yang bertutup. Bukan itu sahaja, terdapat taan di depan dan belakang rumah. Susun atur keseluruhannya sangat indah dan seseorang itu boleh nampak pemiliknya telah menghabiskan banyak masa dan usaha untuk menjadikan bangunan ini begitu.

Apartmen yang sangat cantik!

Tetapi, apartmen ini tidak kelihatan seperti ia untuk disewa!

"Apartmen ini sangat sesuai, jom sewa yang ini!" Mahaguru Ubat ketawa berdekah-dekah.

"Tunggu sekejap, Senior, apartmen ini bukan untuk disewa. Ini harta benda persendirian orang lain!" Song Shuhang menjelaskan.

Namun, Mahaguru Ubat tidak mempedulikan penjelasannya dan ketawa berdekah-dekah sambil menarik Song Shuhang ke pintu depan itu, dan menghulurkan tangan untuk menekan loceng pintu.

"Tunggu sekejap!" Satu suara yang kasar dan dalam berbunyi.

Dengan cepat, pintu depan terbuka, dan seorang lelaki pertengahan umur yang sedikit gempal dan berambut pendek memandang Song Shuhang dan Mahaguru Ubat dari sebelah pintu yang lain.

Dia merenung rambut 'meletup' Mahaguru Ubat untuk masa yang lama sebelum bertanya dengan bingung, "Penghantaran ekspres?"

"Bukan, kami ingin menyewa bangunan ini." Mahaguru Ubat berterus-terang dengan segera.

Lelaki pertengahan umur itu menjadi sedikit kaku dan bibirnya menggerenyet dan dia menjawab. "Minta maaf, apartmen ini hanya untuk kediaman keluarga saya dan kami tidak suka tinggal dengan orang asing. Oleh itu, saya tidak bercadang untuk menyewanya."

"Awak tidak suka tinggal dengan orang asing? Baguslah tu!" Mahaguru Ubat menjawab dengan gembira. "Saya juga tak suka tinggal bersama orang asing di bawah satu bumbung. Oleh itu, apa kata awak pindah keluar dan menyewa seluruh apartmen ini kepada saya? Beritahu saja harga yang awak nak dan saya tak akan tawar-menawar!"

Kata-kata Mahaguru Ubat sangat memberangkan, secara terus-terang. Song Shuhang menutup mukanya— 'Membuat pemilik asal pindah keluar dan menyewa apartmen mereka kepada kami? Mereka perlu tidur di jalan bukan?' Cara yang begitu memberangkan untuk meminta sewa… macam mana kami hendak menyewa apartmen?

Seperti yang dijangkakan, urat mengembang di dahi pemilik pertengahan umur itu. Dia pun menunjukkan wajah yang tidak suka diganggu. "Minta maaf, saya tidak memerlukan duit kecil, oleh itu saya tidak akan menyewakan apartmen saya. Sila cari tempat lain, selamat jalan."

Untuk bertahan sehingga kini… ini menunjukkan pemilik apartmen ini memang lelaki yang berbudi bahasa. Jika Shuhang ialah dia, dia berasa dia tidak dapat mengawal diri—sekurang-kurangnya dia akan memarahi pihak lain itu dengan 'awak gilakah' atau sebagainya!

"Aish, tolong fikir sekali lagi! Duit bukan masalah!" Mahaguru Ubat tidak mahu menyerah kalah.

Song Shuhang boleh membayangkan senario di mana pemilik apartmen akan menghalau mereka keluar. Dia cuba menarik Mahaguru Ubat dengan segera dan bersedia untuk mengheret senior ini keluar secara paksa.

❄️❄️❄️

Tidakdi sangka-sangka, Mahaguru Ubat dan Song Shuhang akhirnya berpindah ke dalam apartmen ini.

"Aiyaya, seperti dijangkakan, rumah satu keluarga yang tidak berteres seperti ini paling bagus, saiz pun sesuai. Selepas membuang semua dinding pada satu tingkat, ia boleh diguna sebagai bilik penapisan pil!" Mahaguru Ubat melawat setiap tingkat dan mengangguk dengan penuh puas hati sambil tengok-tengok.

"Sebenarnya, menyewa satu bilik pun dah cukup." Song Shuhang merungut.

Semua benda di dunia sekular ini mempunyai tanda harga. Alasan kenapa barang yang tertentu tidak dapat dibeli bukan sebab barang itu bukan untuk dijual, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencukupi.

Apartmen ini pun sama.

Meskipun pemilik itu telah mengembangkan semua saluran darah dalam hatinya untuk membina apartmen ini hanya untuk kediaman dia dan keluarganya, selepas Mahaguru Ubat menawarkan harga yang tidak dapat ditolak… pak cik pertengahan umur yang mukanya mengembang dengan urat biru dan kelihatan hampir hendak memukul seseorang tiba-tiba bertukar wajah seperti dalam Opera Beijing, bagai cuaca buruk tiba-tiba menjadi cerah.

Berikutan itu, dengan gembira pak cik tersebut menyerahkan apartmen ini dan kontrak untuk penggunaan tanah bersama dengan kunci untuk seluruh apartmen di samping mengaturkan masa untuk menyelesaikan prosedur pemindahan pemilik dengan Mahaguru Ubat.

Selepas itu, pak cik itu dan keluarganya memindah keluar dari rumah itu dalam masa dua jam. Kecekapan jenis ini amat hebat!

Ya, apartmen itu dibeli—Mahaguru Ubat terus membeli seluruh apartmen ini.

Orang kaya memang tidak terkawal.

"Awak tak perlu peduli butiran remeh, lebih penting untuk mendapatkan bilik penapisan pil yang sesuai. Sekarang, kita boleh mula untuk menapis Cecair Penguat Badan." Mahaguru Ubat ketawa dengan gembira. Dia pun mengeluarkan botol porselin daripada dadanya dan mengeluarkan satu pil daripadanya sebelum melontarnya ke arah Song Shuhang.

Song Shuhang menangkap pil itu dengan muka yang bingung.

"Inilah pil puasa, sesuatu yang boleh digunakan untuk mengganti makanan, pil yang diperlukan untuk kegunaan setiap hari seorang pertapa. Apabila pertapaan awak semakin mendalam pada masa depan, pertapaan bertutup awak akan berjalan selama berdozen bulan ataupun tahun. Malah ia mungkin mencecah berdozen dekad, dan pertapa juga memerlukan makanan. Inilah di mana pil puasa digunakan. Dengan menghisapnya dalam mulut, kesan ubatan akan melarut ke dalam saluran dengan berterusan. Inilah pil yang mempunyai kualiti yang rendah, tetapi ia boleh digunakan sebagai pengganti makanan awak selama satu bulan." Mahaguru Ubat menjelaskan dengan senyuman.

"Terima kasih, Senior." Hati Song Shuhang menjadi lembut. Rupanya Mahaguru Ubat masih ingat yang dia belum makan tengah hari lagi. Mahaguru Ubat yang kelihatan kasar dan gila rupanya begitu baik hati.

Mahaguru Ubat menambah, "Awak tak perlu bersopan sangat dengan saya. Hisapkannya selama seketika, dan apabila sudah kenyang, kita akan menapis Cecair Penguat Badan."

Song Shuhang memasukkan pil puasa ke dalam mulutnya dan dengan segera, wangian menyelubungi mulutnya sementara rasa lapar dalam perutnya hilang. Selepas itu, dia berasa begitu kenyang sampai dia ingin menyendawa.

"Apabila awak dah kenyang, keluarkan pil tersebut supaya tak terlebih kenyang sampai tahap meledak. Sebelum pil puasa dihabiskan sepenuhnya, ia boleh digunakan untuk beberapa kali. Simpankannya sebab awak mungkin perlu menggunanya pada masa depan." Mahaguru Ubat berterusan. Tarikh luput barang yang ditapisnya dikira dalam beratus-ratus tahun dan tidak perlu risau jika ia rosak.

Song Shuhang mengikut nasihatnya dan mengeluarkan pil puasa daripada mulut, dan menyimpannya. Nasib baik dia tidak menelannya. Dia masih berfikir tentangnya sebelum ini—sama ada pil puasa ini akan sama seperti dalam plot wayang, di mana dia tidak akan perlu makanan atau minuman selama satu bulan selepas menelan pil.

Namun, berfikir balik, dia mungkin akan kenyang sampai mati jika dia menelannya.

❄️❄️❄️ 

Dapur elektrik, ada. Periuk makanan panas, ada.

Empat puluh lima bahan ubatan Cecair Penguat Badan Mudah juga diletak di tepi Song Shuhang mengikut berat dan susunan resipi.

"Ulangi seluruh proses mengikut kali pertama awak menapisnya dan mula," Mahaguru Ubat suruh. "Jangan tertekan atau risau tentang kegagalan. Saya ada banyak bahan Cecair Penguat Badan."

Song Shuhang tersenyum gembira. Dia menutup mata dan mengenang kembali proses penapisan Cecair Penguat Badan pertamanya. Disebabkan ia baru berlaku semalam dan merupakan kali pertama dia menapis cecair itu, dia boleh ingat semua langkah dengan jelas.

"Pertama, tambah air." Dia menuang satu senduk air ke dalam periuk.

Selepas itu, dia menambah hirisan Ginseng dan mendidihnya selama lima minit.

Selepas itu, tambah goji, sambung mendidih selama lima minit.

Semasa sampai ke bahan ketiga, 'Rumput Misteri Embun Pagi', Shuhang tidak mengikut masa lagi. Dia mula memerhati perubahan kecil bahan ubatan dalam periuk sebelum mula meningkatkan suhu dapur elektrik.

Mahaguru Ubat mengurut dagunya dan merenung setiap tindakan Song Shuhang dengan penuh perhatian. Dia terus senyap tanpa berkata apa-apa.

'Walaupun saya telah bersedia secara mental, saya tidak boleh menyambung tindakan kawan kecil Shuhang dengan penapisan pil.' Mahaguru Ubat mengeluh dengan sedih dalam hati.

Nasib baik, dia merupakan Mahaguru Penapisan Pil yang tidak ketinggalan zaman.

Kalau Mahaguru Penapisan Pil yang ketinggalan zaman itu mengetahui Song Shuhang menggunakan periuk makanan panas dan dapur elektrik untuk menapis pil, mereka mungkin akan marah sampai hati mereka pecah.

'Lagipun... memodenkan penapisan pil perlu dibuat pada masa depan. Sekurang-kurangnya dalam penapisan pil yang tidak memerlukan api pil atau apa-apa api istimewa, fasiliti yang moden menyenangkan pengawalan api dan suhu.' Mahaguru Ubat terfikir.

Sebagai contoh, tengoklah Song Shuhang, dia hanya perlu menekan beberapa butang dan boleh mengawal suhu dengan sempurna. Inilah sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh relau pil yang ketinggalan zaman; walaupun dengan khazanah kawalan api, ia tidak akan begitu senang.

Sekarang, di bawah bantuan manik ais, Song Shuhang sekali lagi memasuki keadaan penumpuan perhatian yang tinggi. Dalam matanya, tiada benda lain selain daripada Cecair Penguat Badan yang dia sedang tapis.

Wajah Mahaguru Ubat membayangkan pandangan penuh sanjungan.

Walaupun dia mungkin sedikit tua, tetapi Song Shuhang kelihatan seperti berbakat dalam penapisan pil.

avataravatar
Next chapter