Syaitan hamster berkata, "Saya tidak ada duit langsung."
"Ah? Awak tidak bawa duit semasa awak tinggalkan rumah? Awak tak tahu ke ayat 'tanpa duit, seseorang tidak boleh melangkah setapak pun ke depan'?" Ye Si berkata dengan riak wajah yang serius.
"... Sebenarnya, saya boleh berikan awak batu rohani untuk menggantikan duit yang digunakan oleh orang biasa," kata syaitan hamster itu.
"Saya pun ada batu rohani! Tapi kalau saya mahu pergi membeli-bela dan beli sesuatu, saya tidak boleh gunakan batu rohani!" kata Ye Si.
Selepas diam seketika, syaitan hamster itu berkata, "Kalau begitu, boleh saya bayar lain kali?"
"..." Ye Si.
"Lupakanlah, saya akan belanja awak secara percuma kali ini. Tapi, lain kalau kalau awak keluar rumah, pastikan bawa duit tunai bersama. Duit sangat berguna dalam dunia utama," kata Ye Si dengan ikhlas kepada syaitan hamster itu.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com