webnovel

Mengasah Kemahiran Pura-pura Mati

Editor: EndlessFantasy Translation

Kepala lamia mulia itu dipenggal dengan satu libasan. Boneka logam tersebut telah membunuh bunga cantik ini dengan kejam. 

"Hehehe." Boneka logam itu ketawa dengan angkuh.

Namun tepat pada masa ini... kepala lamia mulia itu tiba-tiba membuka matanya dan tangannya pula memegang ke atas apa yang tertinggal di lehernya. Kemudian, dia menunjukkan riak wajah menyakitkan dan kelihatan sedang menanggung kesakitan, lalu menjerit, "Aaaaaah~"

Boneka logam itu terkena serangan jantung.

Selepas menjerit, lamia itu menutup matanya dan tubuhnya berhenti bergerak.

Boneka logam itu menggunakan bilah yang tajam di tangannya untuk menyentuh kepala lamia mulia itu. Selepas melihat yang dia tidak membalas, ia menghela nafas lega.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com