webnovel

Mahaguru Istana Azimat Tujuh Nyawa

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Shuhang beredar, bayangan Limpahan Kabus Ungu muncul pada bumbung Studio Gambar Perkahwinan.

Dia membuat panggilan kepada Mahaguru Ubat dan berkata dengan malas, "Mahaguru Ubat, Shuhang sudah balik dengan selamat. Dan juga, Mahaguru Ubat, saya nak beritahu awak, saya tak akan berputus asa. Jangan asyik bagi saya kerja suruhan, tak berguna langsung." Dengan itu, dia meletakkan gagang tanpa menunggu jawapan Mahaguru Ubat.

"Apa yang saya nak, saya akan dapat." Limpahan Kabus Ungu bergumam.

Dia melompat dari bumbung, dan mendarat di tempat Song Shuhang menguraikan mayat lelaki berlengan panjang. Dia menghasilkan formula sihir, dan melaksanakan sihir yang menghapuskan sisa-sisa dengan sepenuhnya.

Song Shuhang menguruskannya dengan baik, tetapi ia masih ada sisa-sisa yang boleh digunakan oleh pertapa yang pandai memburu. Limpahan Kabus Ungu menghapuskan sisa-sisa itu.

Song Shuhang boleh menguasai pengalaman seperti ini sedikit demi sedikit dengan peningkatan tahap pertapaannya; ia bukan masalah yang besar.

Shuhang menemani Zhao Yaya balik dengan selamat, dan membeli makanan dan minuman untuk rakan sebiliknya dalam perjalanan balik.

Setelah kembali ke asrama, dia berbaring di katil. 'Diri Yang Sebenar' tersebar dan pengalaman membunuh lelaki berlengan panjang itu berulang dalam mindanya.

Terdapat sedikit perasaan takut, dan ketidakselesaan, tetapi juga perasaan teruja... seperti perasaan yang timbul apabila dia menolong orang lain.

Ketiga-tiga rakan sebiliknya masih sedang mempermainkan orang lain dengan kecoh.

Song Shuhang berehat untuk seketika, dan mengeluarkan Medalion Kepala Binatang Bercakaran Tiga itu. Seterusnya, dia mengeluarkan telefonnya, mengambil gambar medalion kepala binatang itu, dan menghantarnya kepada Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah.

Selepas itu, dia bertanya dalam sembang grup, "Senior sekalian, ada tak sesiapa yang tau medalion ini kepunyaan organisasi pertapaan yang mana?"

Tidak lama selepas itu, seorang senior menjawab.

Orang yang pertama menjawab, seperti yang dijangkakan, merupakan Pertapa Bebas Sungai Utara yang "sentiasa dalam talian". "Tak pernah tengok, atau terdengar tentang benda yang hampir sama. Rasanya sebuah organisasi kecil yang tak dikenali dari tempat yang terpencil?"

Selepas membacanya, Song Shuhang berasa lega—Pertapa Bebas Sungai Utara merupakan orang yang serba tahu dalam grup ini. Dia tahu situasi semua ahli seperti tapak tangannya. Kalau dia pun tidak pernah mendengar tentangnya, maksudnya organisasi Medalion Kepala Binatang Bercakaran Tiga bukan angkatan Senior dalam grup ini.

Sebelum ini Song Shuhang sangat bimbang jika medalion kepala binatang merupakan angkatan di bawah salah satu senior dalam grup, sebab ini akan mengakibatkan masalah yang sukar diselesaikan.

"Senior Song, adakah organisasi medalion itu sangat penting?" Tidak dijangkakan, Bulu Lembut masih dalam talian pada masa ini. Sejak dia kembali ke Pulau Roh Kupu-kupu, dia perlu bermeditasi dan berlatih pada waktu malam setiap hari, tidak kira apa yang berlaku.

"Ia agak penting bagi saya." Song Shuhang menjawab.

"Kalau macam tu, biar saya tanya ayah saya bagi pihak awak." Bulu Lembut menjawab dengan teruja, dan cepat keluar dari talian untuk mencari Roh Kupu-kupu Yang Mulia.

Pertapa Bebas Sungai Utara bertanya lagi, "Kawan atau musuh?"

"Musuh." Song Shuhang menjawab dengan pendek.

Pertapa Bebas Sungai Utara, "Awak boleh menanganinya? Perlu pertolongan tak?"

Song Shuhang menjawab, "Sekarang sedang menjejaki mereka, saya mempunyai beberapa petunjuk. Kalau saya betul-betul tak boleh menanganinya, saya akan minta pertolongan senior sekalian."

"Mahaguru Ubat masih bersama awak?" Pertapa Bebas Sungai Utara sedikit bimbang, bagaimanpun Song Shuhang baru mula bertapa dua hari lepas dan masih lemah.

"Senior Mahaguru Ubat masih dekat sini, dan dia mungkin akan tinggal untuk beberapa hari lagi."

"Baiklah." Pertapa Bebas Sungai Utara berasa lega sedikit.

Pada masa ini, Bulu Lembut telah kembali dalam talian, "Senior Song, ayah saya juga tidak tahu tentangnya, ia patut merupakan organisasi yang berkualiti rendah. Tunggu sampai esok selepas saya menguruskan pendinding kontrak roh hantu, saya akan menolong Senior Song menghancurkan organisasi kecil itu. Saya juga boleh mencuba kekuatan roh hantu yang baru dibentuk kontrak saya!"

Dengan penyataan riang Bulu Lembut, angin Song Shuhang menjadi lebih baik, "Terima kasih."

"Selepas kami menumbangkan organisasi kecil tu, kami boleh pergi dekat Laut Timur untuk mencari pulau misteri itu. Saya terdengar seseorang telah menjumpai 'pulau terapung misteri' ajaib itu, dan orang itu ternampak burung yang berkicauan dan bunga harum. Terdapat qi rohani yang amat banyak, dan banyak jenis organisme yang sudah kepupusan. Sangat mengujakan!" Bulu Lembut sudah mula berkhayal, entah apa yang sedang difikirkan.

Pendekar Berang Melulu Tiga telah log masuk, melihat situasi ini, dan kerana tabiatnya dia mengejek Bulu Lembut, "Tetapi, Cik Bulu Lembut, awak masih perlu menyelesaikan kontrak roh hantu dulu ya!"

Kapal perang Bulu Lembut ditenggelamkan oleh tembakan meriam.

"Saya akan cuba sedaya upaya malam ni dalam pendinding kontrak roh hantu!" Gadis berkaki panjang itu berteriak.

Dengan itu, dia log keluar dengan cepat; dia agaknya pergi bertarung dengan roh hantu untuk pendinding kontrak.

Pertapa Bebas Sungai Utara menghantar satu wajah senyuman, dan berkata, "Menyebut tentang ini, ada tak rakan Dao yang ingin membentuk kumpulan untuk mencari pulau misteri dekat dengan Laut Timur yang disebut oleh Cik Bulu Lembut tadi?"

Selepas kata-kata Pertapa Bebas Sungai Utara dihantar, banyak daripada senior yang sedang bersembunyi dalam grup telah muncul satu demi satu, dan mula membincang tentang membentuk kumpulan untuk pergi menerokai pulau misteri.

Grup mula menjadi meriah.

Song Shuhang menyeret skrin telefonnya, dan bersenyum tanpa disedari.

"Bip bip bip."

Pada masa ini, seseorang telah menghantar mesej peribadi kepada Shuhang.

Shuhang mengklik untuk membukanya, dan rupanya Bulu Lembut yang log keluar tadi.

"Senior Song, adakah sesuatu telah berlaku kepada awak hari ini? Saya berasa awak sedikit pelik hari ini." Bulu Lembut bertanya dengan risau.

Sedikit pelik? Song Shuhang menatal balik log mesejnya dari mula hingga akhir, tetapi tidak perasaan apa-apa aspek yang pelik dalam mesejnya.

Dia menggaru kepala. Untuk perasan keadaannya berbeza hari ini dengan itu sahaja, adakah ini intuisi ajaib seorang wanita legenda itu?

"Kalau merujuk kepada sesuatu yang telah berlaku, hari ini saya telah membunuh seseorang." Song Shuhang berfikir tentangnya sekejap, dan menaip perkataan ini dengan lembut, "Saya memotong kepalanya dengan menggunakan tangan sendiri dengan satu tetakan, melihat kepalanya terbang. Mengingatkannya sekarang... ia seperti satu mimpi, dan tak realistik."

Oleh sebab yang tidak diketahui, Song Shuhang berasa lega selepas menaipkan perkataan tersebut, seperti batu yang menekankan hatinya telah dibuang.

"Ini kali pertama Senior Song mengambil nyawa seseorang ke? Awak menyesal tak?" Bulu Lembut menjawab dengan pantas. Dalam mindanya, dia mengenang kembali senario ayahnya, Roh Kupu-kupu Yang Mulia, memujuknya selepas membunuh untuk kali yang pertama.

Dia tidak tahu macam mana untuk memujuk orang lain, tetapi dia boleh meniru cara ayahnya memujuknya, dan menggunakan apa yang dipelajari dengan baik!

"Saya tak menyesalinya." Song Shuhang menaip tiga perkataan ini dengan tegas. Jika dia kembali pada masa tersebut sekalipun, dia tetap akan mengayunkan pedang tanpa ragu-ragu!

"Saya pernah tengok tekad Senior dan kepercayaan di belakang serangan itu. Senior Song, awak tak perlu berfikir terlalu banyak. Sekarang, awak hanya perlu ingat kenapa awak mengayunkan pedang awak, menguatkan kepercayaan yang awak ada semasa mengayunkan pedang. Selagi kepercayaan awak tegas dan betul, itulah pilihan yang tiada penyesalan. Tak perlu berasa tertekan, saya akan selalu menyokong awak dari belakang." Bulu Lembut berkata dengan lembut.

Selepas menaip perkataan tersebut, wajahnya berseri-seri dengan sinaran seorang dewi.

"Terima kasih." Song Shuhang menunjukkan senyuman yang lembut. Pujukan Bulu Lembut sedikit aneh, Song Shuhang berasa seperti berdepan dengan seorang senior. Tetapi, niat baiknya diterima dengan sepenuh hati Song Shuhang.

"Sama-sama, Senior. Saya pergi bertarung untuk pembentukan kontrak dulu! Apabila selesai pembentukan kontrak, saya akan mencari Senior dan pergi menerokai pulau misteri itu bersama-sama!" dengan itu, Bulu Lembut log keluar dengan puas hati.

Sebab boleh membantu Senior Song, dia sangat gembira.

Pada masa ini, di kawasan lain dalam Pulau Roh Kupu-kupu.

Roh Kupu-kupu Yang Mulia membaca dialog di antara anak perempuannya dengan Song Shuhang, dan menangis sehingga pengsan dalam bilik air.

Roh Kupu-kupu Yang Mulia telah log masuk akaun anak perempuannya secara rahsia lagi~~

Lebih kurang pukul tiga pagi.

Song Shuhang sudah tidur, tetapi tenaga mentalnya masih aktif dari semasa ke semasa. Inilah teknik tenaga mental 'kewaspadaan'. Disebabkan dia mengekalkan teknik 'kewaspadaan' pada waktu siang, badannya telah mula mengamalkan tabiat ini. Oleh itu, walaupun semasa tidur, badannya akan mengaktifkan tenaga mental, dan mengekalkan keadaan kewaspadaan.

Semua ini, dia sendiri pun tidak perasan.

Dalam keadaan separuh sedar, Song Shuhang terdengar telefonnya berdering.

Dia membuka matanya dengan cepat, dan menukarnya ke mod senyap supaya tidak mengganggu rakan sebiliknya yang sedang tidur lena. Selepas itu dia mengangkat telefon dan melihat paparan pada skrin.

Ia merupakan nombor yang tidak dikenali, kod kawasan awalan ialah dari kawasan Huaxi.

'Ini panggilan menipu ke?' Song Shuhang secara biasa menekan butang jawab—berbual-bual dengan penipu merupakan perkara yang disukai oleh Song Shuhang dan rakan sebiliknya.

Terutamanya Li Yangde, budak ini, seperti semua pengatur cara komputer, merupakan jenis orang yang dingin pada luaran tapi hangat pada dalaman yang klasik. Kaedah pengejekan menggunakan suaranya memang tiada batasan. Semasa setiap pertemuan dengan penipu perempuan, kuasa pertarungannya tiga kali lebih dari biasa dan akhirnya penipu perempuan selalu akan menangis, betul?

"Adakah ini rakan Dao Tertekan Dengan Timbunan Buku?" suara lelaki muda kedengaran dari telefon.

Bukan penipu, Tertekan Dengan Timbunan Buku merupakan nama sembangnya, dan tambahan lagi, digelar sebagai rakan Dao, adakah ini seorang senior dari Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah?

Song Shuhang menggosok matanya, dan menyedarkan diri, "Hi, ya saya."

"Kawan kecil, awak sedang tidur ke? Saya akan bercakap pendek." Suara muda itu ketawa dengan lembut, "Saya dari Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, dan mendapatkan nombor awak daripada Mahaguru Ubat. Sebenarnya saya nak tanya awak tentang Medalion Kepala Binatang Bercakaran Tiga yang awak hantar malam tadi."

"Senior, awak ada maklumat tentang organisasi itu?" Song Shuhang sedar dengan sepenuhnya sekarang.

Next chapter