webnovel

Lihat Perkara dari Sudut Berbeza!

Editor: EndlessFantasy Translation

Kenyataannya, kita perlu menggunakan sudut berbeza untuk memerhati dan memahami beberapa perkara – Yang Mulia Roh Kupu-kupu.

❄️❄️❄️

"Mustahil!" lelaki gemuk itu terperanjat besar – dia adalah pertapa daripada Alam Sejadi Tahap Empat berketurunan raksasa. Tambahan pula, tenaga mental dan gerak hatinya jauh lebih tepat berbanding mana-mana pertapa manusia yang berada pada alam yang sama.

Namun, ketika dia memeriksa di belakangnya, memang dia berasa tiada sesiapa di belakangnya... tiada jejak atau aura langsung.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba ada suara seorang lelaki kedengaran dari tempat itu!

Ada seseorang yang boleh mengelakkan pengesanan deria dan tenaga mentalnya, diam-diam berdiri di belakangnya?

Ini sangat menakutkan. Kuat sangat ke lelaki ini hingga mampu melakukan perkara seperti itu?

Lelaki gemuk itu secara tidak sedar berguling di satu sisi... dia mahu lari daripada lelaki di belakangnya secepat mungkin!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com