webnovel

Song Shuhang, Pari-pari Abadi Bie Xue dan Shi akhirnya telah tiba di mana Biarawan Dao mendatar sedang menginap, iaitu di tokong dao kawasan Jiangnan. 

Sebaik sahaja mereka mendarat di tokong dao itu dan bersedia untuk turun daripada bot abadi, mereka terdengar beberapa biarawan dao di dalam tokong dao itu sedang berbisik dalam suara yang rendah.

"Hehehehe, awak semua pernah lihat dao tinggi yang dikenali sebagai 'Mendatar' yang datang ke tokong dao kita beberapa hari lalu, bawa balik gadis muda hari ini? Saya dengar abang-abang senior kata gadis muda itu bersusah-payah dalam hidupnya. Hehehehe," kata seorang baiarawan dao gemuk dengan suara berbisik.

Seorang lagi biarawan dao yang juga agak gempal dan agak rendah menunjukkan riak wajah 'faham' di mukanya. "Hehehe, dao-dao tinggi memang lebih lapar dah dahaga berbanding kita. Gadis muda yang ditangkapnya itu cantik ke?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com