webnovel

Apa Masalah Tubuh Kebal Cendekiawan Buddha Ini?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ucapan Pendeta?" mata Raja Agung Api Abadi terus bersinar. 

Jika dia boloeh mendengar ucapan pendeta itu, ada peluang yang dia mungkin akan menembusi dan meningkatkan kekuatannya, melepasi Tahap Enam ke alam hebat.

Raja Agung Luruh dan Si Mabuk Rembulan Yang Arif mengangguk. Walaupun mereka tidak dapat mewarisi Pendeta, mendengar ucapannya bukanlah sesuatu yang susah pun dan akan membawa kebaikan yang sangat banyak kepada mereka. Tambahan pula, mereka boleh belajar tetang teknik rahsia. Kali ini, mereka memang tidak akan rugi. 

"Teknik rahsia jenis apa yang kita boleh pelajari?" Song Shuhang bertanya kerana ingin tahu. 

Putih Yang Mulia berhenti dan memandang Kolam Tenang Kebijaksanaan. Dia kelihatan seperti agak berkonflik kali ini... adakah lebih baik untuk mempelajari Kolam Tenang Kebijaksanaan atau menyelesaikan ucapan Pendeta dan teknik rahsia itu...? 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com