"Gua Lelabah!?"
Suara Lola terus meningkat satu oktaf.
Sebagai seorang perempuan yang berani untuk mengembara ke selatan seorang diri, hanya terdapat beberapa benda yang mampu menakutkan dirinya!
Lelabah adalah salah satu di antaranya.
Malangnya, Marvin telah mengabaikan dia dan terus masuk ke dalam dahulu.
Lola menghentak kaki kerana bengang tetapi dia hanya mampu untuk terus ikut sahaja.
Udara di dalam agak bagus kerana masih boleh rasa sedikit hembusan yang segar di dalam.
Terowong crypt ini agak luas kerana telah dikorek oleh manusia. Tetapi disebabkan beberapa alasan, ia telah ditinggalkan.
Terdapat rumput di tanah crypt ini yang tersebar sehingga ke dalam gua.
"Pshh." Marvin mengeluarkan obor dan menggunakan batu api untuk menyalakan ia. Selepas itu dia terus memberi kepada Lola.
"Eh?" Lola seperti bingung kerana pasti apa yang perlu dilakukan oleh obor api itu.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com