webnovel

Bab 6

"Zahra, bangun Zahra! Dah pagi ni… nanti lambat kita nak jumpa dengan Miss Daniela sebelum majlis nanti!" Suara kecil Fatin memenuhi ruang pendengaranku sambil beberapa kali aku berasa seperti digoncangkan; mataku kubuka malas selari terlihat akan wajah molek rakan ku itu dengan reaksi panik.

"Hah?!? Ah… ya… aku dah bangun dah…" Walaupun masih berasa agak mamai ketika itu; ku gagahkan untuk menjawab sebelum Fatin terus mengoncangkan bahuku lagi. Aku memegang kepalaku yang masih berasa berat sebelum cuba mengingati apa yang berlaku sejak semalam.

'Semalam… ya… aku terdengar suara pelik tu semalam… aku yakin; aku bukan bermimpi mahupun berhalusinasi…tapi…'

"Zahra!"

"Ah, ya! Ada apa?" baru saja aku ingin mengimbas kembali apa yang berlaku semalam, Fatin mengejutkan aku dari lamunan.

"Tanya pula! Cepatlah pergi mandi dan bersiap; hero tu dah tunggu di bawah tu… nanti membebel pula dia…"

"Ya… okay, aku siap sekarang; kalau kau dah tak sabar sangat nak jumpa dengan abang sayang kau tu, kau turunlah dulu! Tak payah tunggu aku pun tak apa…"

"Abang sayang? Siapa ?" Phoebe yang sejak tadi sibuk berdandan dihadapan cermin solek; bagaikan tersedar, menoleh dengan reaksi ingin tahu. Ternyata dia sendiri tak perasan akan perubahan sikap Fatin pada Qhalif sebelum ini.

"Zahra!"

"Betulkah, Fatin? Kenapa saya tak pernah tahu? Siapa? Beritahulah!" Aku terkekeh selari berlari kearah pintu bilik air; membiarkan Fatin mula di hujani berbagai soalan dari amoi itu dibelakangku.

Apabila kami keluar dari ruangan itu; Qhalif telah pun tersandar disisi kereta sambil membelakangi kami.

"Kau rasa okaykah, aku pakai macam ni? Tak nampak pelik? Kalau aku pakai baju yang aku bawak tu boleh juga, kot…"

"Jangan nak mengada-ngada… kau pakai saja baju aku ni. Kan aku suruh kau bawa baju formal.. yang kau bawak baju dengan seluar tu, dah kenapa?"

"Okaylah tu.. itu kan baju Punjabi… memang pakai seluar…" rungutku selari masih berasa kurang selesa dengan baju kebaya Fatin yang dipinjamkan kepadaku itu.

"Tak payah! Kau pakai baju kebaya ni; sekali-sekala nampaklah kau ni ayu sikit…"

"Tuan puteri dah siap? Lama patik bertapa disini; kalau lama lagi, silap-silap boleh level up terus jadi penunggu chalet ni." Walau lelaki itu masih membelakangi kami, nada tak puas hati dalam suaranya dapat ku rasakan; ternyata dia bengang kerana kami agak lambat bersiap.

"Haha… kelakar sangat… kalau kau dah tak sabar sangat, kau pergilah dulu; naik bas…"

"Kalau ikutkan hati aku dah lama dah aku blah dar…?!?!? " dengan tak semena-mena Qhalif terdiam apabila ternampak akan kelibat Zahra yang mengenakan baju kebaya buat pertama kalinya berdiri dihadapannya.

"Dah tu, buat apa lagi disini? Pergilah!" Balas Zahra dengan nada berang; bengang pula dia pada sikap Qhalif yang sering mencari pasal dengannya itu.

"Zahra! Dah lah tu…"

"Iyalah Zahra… kita dah lambat dah ni… mari kita bertolak sekarang! Qhalif? Hello, Qhalif?" Phoebe melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah Qhalif yang kelihatan terpinga-pinga sejak tadi buat beberapa kali sebelum mengikuti ekor matanya. Gadis cina itu terdiam apabila sedar akan Qhalif sedang memerhatikan Zahra dari tadi. Ternyata Qhalif terpaku dengan rakannya itu; yang sebelum ini terkenal dengan gaya 'boyish' dan sporty, kontra dengan gayanya sekarang.

"…Qhalif?" Phoebe yang kelihatan agak bimbang dengan keadaan itu mengejutkan Qhalif dengan menyentuh lengannya; lantas menyedarkan lelaki itu dari lamunan.

"Ah… ya… J..jom! nanti lambat, tak sempat pula nak jumpa dengan Miss…"

"Aku ingat kita kena tunggu sampai esok tadi…"

"Zahra!" sekali lagi Fatin memarahi Zahra selari menolak rakannya itu ke arah kereta.

"..haha.." Qhalif tersengih sebelum menundukkan kepalanya; cuba menyembunyikan wajah selari sesekali curi-curi pandang ke arah Zahra yang kini telah menuju ke arah tempat duduk hadapan kereta.

"Kau nampak lain hari ni…" Walaupun agak perlahan, suara yang dilontarkan Qhalif sambil menghidupkan enjin kereta Fatin masih dapatku dengar dengan jelas.

"Itulah… aku pun rasa macam kekok sikit. Aku dah cakap dengan Fatin, baju ni tak sesuai dengan aku…" Aku mula mengomel dengan nada perlahan selari menarik lengan baju kebaya berwarna merah jambu lembut itu sambil mengeluh; khuatir kalau keluhan ku itu akan membuatkan Fatin yang duduk di tempat duduk belakang terkilan dengan reaksiku.

"Kau nampak cantik."

"?!?!" Ayat yang keluar dari mulut Qhalif tadi kedengaran bersahaja tanpa sebarang nada sinis mahupun memerli membuatkan aku kini terdiam sambil memandang ke arahnya; aku lihat, sebaris senyuman terbit dibibir nipisnya sambil matanya masih menumpukan perhatian ke hadapan.

'Kenapa dengan dia ni? Macam pelik saja perangai dia…'

Kami akhirnya tiba diperkarangan rumah Miss Daniela pada lewat pagi itu dengan bantuan aplikasi telefon yang digunakan untuk mencari jalan sejak tadi.

"Sampai pun! Naik kematu aku duduk dalam kereta ni, tahu?"

"Itulah… tak sangka rumah Miss Daniela ni kawasan pendalaman juga, kan?"

"Nasib baik kita pakai waze…"

"Dahlah… mari kita pergi cari Miss Daniela di dalam; nampak macam dah ramai orang di dalam tu." Fatin menjawab selari mula menarik tanganku dan Phoebe menuju ke pintu masuk utama rumah kayu bercirikan kampung itu; meninggalkan Qhalif berdiri sendirian di kereta mereka.

"Kau tak pergi?" sempat lagi aku melontarkan suara kepada rakanku itu yang kelihatannya tak terkejut dengan tindakan Fatin tadi sambil keluar dari pintu pemandu.

"Tak apa.,. kau pergilah dulu; aku lepak diluar saja…"

"Okay…" jawabku perlahan; selari mula mengikuti langkah Fatin.

'Menyesal pula aku ikut si Fatin ni…' aku bermonolog dalam hati selari duduk di kawasan yang dipenuhi golongan wanita dan mak cik-mak cik yang sibuk menyiapkan hiasan dan menyusun hantaran selari menunggu rombongan pengantin lelaki. Dari tadi, kami masih tak berkesempatan untuk bertemu dengan Miss Daniela keran terlalu ramai tetamu.

Sekali lagi aku melepaskan keluhan yang terasa berat sambil mula membelek telefon bimbit untuk berbual dengan Qhalif melalui aplikasi watapp.

"Kau kat mana tu?"

"Ada diluar ni… kau dapat tak jumpa Miss?"

"Tak…

diorang suruh kami tunggu dengan mak cik-mak cik ni di ruang tamu dulu.

Miss tengah sibuk bersiap tu."

"Kesian…

tak nak lepak dengan aku di luar ni?

Boleh teman aku cuci mata…

banyak awek kampung yang cun-cun ni…"

"Kau tak habis-habis dengan buaya kau, kan?

ni kampung Miss tahu? Silap-silap yang kau nak try tu pun sepupu dia…"

"Bagus juga tu.. boleh balik kampung sama-sama dengan Miss…hahaha"

"Kau jangan buat hal, Qhal! Menangis pula si Fatin tu nanti…"

"??"

"Takkan kau tak perasan lagi?"

"…"

"Kau dah tahu, kan?"

"Aku tak nak cakap pasal benda ni lah…"

"Tapi kenapa?

Dah lama aku nak cakap dengan kau, tapi kau selalu nak tukar topic.

sekurang-kurangnya bagilah sebab…

tak adalah aku fikir yang bukan-bukan pasal kau."

"Aku bukan calon yang baik untuk Fatin; dia baik sangat."

"Kau pun baik…

Atau…

kau ada orang yang kau minat?"

"Kau nak keluar tak ni? Kalau kau nak, aku call kau sekarang…"

"Tengok… tukar topic lagi…"

"…."

"Okay, aku tahu kau tak nak cakapa pasal hal ni; aku takkan paksa kau."

"Sebab inilah aku sayang kat kau!"

"Banyak kau punya sayang…"

"So?"

"??"

"Kau nak keluar tak dari situ?"

"Boleh juga… aku pun dah makin lemas ni… banyak sangat mak cik yang pakai perfume 'mahal'; naik pening kepala aku…"

"Okay, kau tunggus sekejap… nanti aku roger kau…"

"Thanks bro."

"No biggy…"

dengan itu, aku tersengih sambil menggenggam erat telefon bimbitku semula; menunggu panggilan dari 'penyelamat' ku itu. Kulihat kedua Phoebe dan Fatin masih sibuk lagi mengintai-intai sambil membelek-belek barangan hantaran yang tersusun rapi disitu.

'Macamlah kau orang yang nak nikah…' tercuit hatiku melihat gelagat dua orang rakanku itu yang kelihatannya teruja sejak tadi.

"KKRRRIIINNGGGG!!!!" tanganku bergetar perlahan tatkala telefonku mulai bordering dengan nyaringnya di ruangan itu.

'Right on time!' aku tersengih selari meminta diri dari situ dengan alasan ingin menjawab telefon; sebelum menghilangkan diri ke pintu hadapan.

"Fatin, Zahra?" Phoebe mengisyaratkan kepada rakannya itu apabila Zahra memberitahu dia perlu menjawab panggilan telefonnya.

"Biarkan sahajalah dia tu… bukannya boleh halang pun.." Fatin yang dari tadi hanya memandang Zahra dengan pandangan tak puas hati cuba untuk tidak mengendahkannya kerana dia telah terlalu masak dengan perangai Zahra yang tak suka duduk di majlis keramaian.

"Tapi, dia kemana?" ada nada bimbang dalamm suara gadis cina itu.

"Lepak dengan bestfriend dialah tu.. tak payahlah nak risaukan pasal Zahra tu… kita tunggu saja Miss disini, kejap lagi keluarlah tu."

"Hmm… okay." Phoebe hanya terdiam selari sekali lagi melemparkan pandangan kepada rakannya itu yang telah pun tidak kelihatan.

Next chapter