webnovel

Bab 5

"Pergi!!!!"

"Zahra!?!? Amira Zahra!" Suara Qhalif bergema didalam bilik Fatin mengejutkan gadis itu dan membuatkannya makin keliru.

"Hah?!?!? " Zahra terpinga-pinga apabila terlihat akannya semua rakan-rakannya kini mengerumuninya dengan reaksi bimbang di wajah masing-masing; tangannya masih dipegang erat Qhalif sejak tadi.

"Zahra, kamu okay?" Phoebe yang dari tadi memerhati dari jauh akhirnya mendekati rakannya itu dengan reaksi prihatin. Qhalif bergerak kebelakang selari memberi ruang buat Fatin dan Phoebe untuk menenangkan Zahra pula.

"Zahra, kau okay tak ni?" Giliran Fatin pula mencapai tangan Zahra yang masih tidak bersuara sejak tadi; dia kelihatan pucat dengan tangannya sejuk tiada hangat.

"…" dari menjawab, Zahra hanya terdiam sambil mengangguk beberapa kali dan tunduk.

"Alhamdullillah… risau kami tadi…" kedua rakan perempuannya memeluk erat tubuh Zahra selari melepaskan keluhan lega kerana rakannya kembali sedar.

"Apa yang terjadi tadi?"

"Kau tak ingat?" gadis itu menggelengkan kepalanya dengan reaksi keliru terpampang di wajahnya selari matanya meliar menatap wajah rakan-rakannya tadi; menantikan jawapan.

"…." Fatin dan Phoebe enggan menjawab dan hanya membatukan diri; lantas dia mengalihkan pandangannya kepada Qhalif yang masih berdiri dibelakang mereka dengan reaksi serious.

"Kau pengsan depan pintu bilik tadi… lepas tu…"

"Lepas tu?"

"…" lelaki itu sekali lagi mendiamkan diri; sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

"Qhalif!" Zahra makin hilang sabar dengan rakannya itu.

"…kau mula meracau lepas tak sedarkan diri; kami tak dapat nak dekat dengan kau pun tadi… nasib baik Qhalif ada untuk bawa kau masuk ke dalam bilik ni sebelum kau sempat cederakan diri kau." Fatin pula yang menjawab apabila Qhalif masih membisu.

"Cederakan…diri?" bagai tindakan refleks; ku tampak Qhalif cuba menyembunyikan tangannya dariku. Lantas aku bangun dari situ dan mencapai lengannya.

"Tak apalah, sikit saja ni!" Qhalif sengaja menjarakkan dirinya dariku selari menjauhkan tangannya yang kelihatan cedera tadi

"Bagilah sini, aku tengok!" Aku berkeras sambil menarik lengan bajunya; dia akhirnya akur dan membenarkan aku mencapai lengannya tadi. Kulihat tangan lelaki itu yang sebelumnya putih melepak kini kelihatan merah sedikit kebiru-biruan dengan kesan gigitan; perasaan bersalah mulai memenuhi ruang hatiku.

"A…apa yang jadi?"

"Kau cuba untuk hentakkan kepala kau pada dinding koridor tapi gagal bila Qhalif sempat datang pegang kau; tapi kau gigit dia lepas tu." Terang Phoebe pula.

"…" Aku memaksa Qhalif membenarkan aku untuk merawat lukanya tadi; walau pada mula dia berdegil tapi akhirnya akur dengan permintaanku. Kami keluar dari ruangan itu ke kawasan dapur yang menempatkan peti pertolongan kecemasan.

"Aku okaylah.. ni sikit saja… bukannya cedera parah pun; tak payahlah nak balut bagai…" kebisuanku tadi ternyata menganggunya; lantas dia mula bersuara.

"Qhalif… aku minta maaf… aku tak sedar pun apa yang aku buat tadi…"

"Tak apalah… kan aku dah cakap dari tadi, aku okay. Kau tak payah nak risaukan aku; kau tu, okay tak? Atau…"

"Aku okay… walaupun aku sendiri pun tak pasti macam mana boleh jadi macam tu tadi… tapi, buat masa sekarang ni; aku dah okay… thanks." Aku menghabiskan balutan pada lengannya sebelum mula mengemaskan peti pertolongan cemas tadi.

"…kau masih bermimpi benda yang sama lagikah, Zahra?" tanganku terhenti dengan pertanyaan darinya; lantas aku tersedar dan kembali mengemas alatan peti kecemasan tadi kembali ketempat asalnya.

"Hmm… macam biasa… tapi, tadi…" Aku berhenti seketika apabila teringat akan bayangan yang ku alami semasa tidak sedarkan diri tadi.

"Kenapa?"

"Mimpi tu tak sama macam yang selalu aku kena…"

"Maksud kau?"

"Selalunya aku bermimpi waktu tidur; tapi kali ni… masa aku sedar pun…"

"Maksud kau… masa kau pengsan tadi?" Aku mengangguk sebelum duduk menghadapnya kembali. Aku mula menceritakan mimpi yang kurasakan bagai realiti yang alami tadi kepadanya.

"…dari cerita kau, bunyinya lebih kepada dejavu ataupun satu petanda; pelik kalau aku nak panggil ianya mainan tidur sebab kau dapat bayangan tu masa kau pengsan…dan bukan masa kau tidur…" balas Qhalif sambil memandang tepat padaku; ternyata ada yang mengganggu fikirannya.

"Aku pun harapkan ianya cuma mainan tidur saja dan tak ada makna lain." Memang dari awal lagi aku dah biasa memberitahunya tentang mimpi pelik yang aku alami selama ini; jadi, aku tak pernah rasa kekok untuk berterus-terang kepadanya. Aku melepaskan keluhan kecil selari melayangkan pandanganku keluar tingkap; aku sendiri keliru dengan apa sedang menimpaku ini.

Malam itu terasa lebih tenang dari biasa tatkala kami mengambil peluang untuk berehat setelah keluar makan pada petang tadi. Lelah dari perjalanan jauh tadi ternyata berjaya melenakan kedua-dua orang rakanku ini apabila kedua-duanya kelihatan tak sedarkan diri sejak tadi. Aku tersengih melihatkan galagat kedua mereka selari masih berusaha untuk menghabiskan kerjaku dilaptop yang kubawa pada awalnya.

Dingin malam yang kurasa agak berbeza sewaktu berada di Kuala Lumpur berbanding disini membuatkan mataku menjadi makin segar dan berdegil untuk terlena. Aku melepaskan keluhan sekali lagi sambil menutup komputer ribaku yang telah menjadi penemanku sejak di sekolah menengah lagi.

Pandanganku layangkan ke luar tingkap balkoni yang langsirnya sengaja dibiarkan terselak sedikit; mempamerkan cahaya bulan terang di balik langsir panjang meleret itu. Gambaran igauan… tak, lebih kepada bayangan…gambaran bayangan tadi masih segar dalam ingatan aku; bagai cuba untuk menghadapinya, aku memejamkan mataku rapat dan cuba membayangkan kembali apa yang terjadi di dalam bayanganku itu sekali lagi.

"Zahra…"

"?!?!?" Suara garau yang tiba-tiba bergema dicuping telingaku itu tatkala aku masih memejamkan mata tadi membuatkan aku membeliakkan mataku; kaget dengan apa yang baru terjadi. Aku memandang sisi kanan dan kiriku, kemudian memeriksa keadaan kedua Fatin dan Phoebe; tapi mereka berdua masih lena terbuai mimpi.

"Zahra…" sekali lagi suara itu bergema; terasa dekat bagai berada betul-betul di sisiku; meremang bulu tengkuk ku dibuatnya. Dengan segera aku memejamkan mata selari beristghfar tanpa henti sambil langkah ku laju menuju ke katil Fatin dan Phoebe; ku selitkan diriku di antara mereka sebelum menyelubung diriku dengan selimut yang disediakan pihak rumah tumpangan. Mulutku masih terkumat-kamit membaca ayat suci al-quran dan zikir sehinggalah aku sendiri terlena dek keletihan.

Next chapter