webnovel

Serangan Balas Puak Xiao

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas menerima bantuan rahsia oleh Xiao Yan dalam bentuk kuantiti besar ubat penyembuhan, walaupun Puak Xiao tidak mengiklankan khabar ini, mereka sudah mula menyediakan serangan balas mereka terhadap Puak Jia Lie.

Peristiwa yang berlaku di dewan puak dirahsia oleh Xiao Zhan dan tiga tokoh tertinggi tersebut. Semua benda melibatkan ubat penyembuhan telah diklasifikasi sebagai larangan besar. Tiada orang di dalam puak boleh memberitrahu perkara ini kepada orang luar. Jika sesiapa ditangkap membocorkan informasi, orang itu akan ditangkap dan dihukum mengikut peraturan puaknya.

Memandangkan keluarga Xiao yang berdiam diri, perangai Puak Jia Lie menjadi lebih sombong dan menggunakan pelbagai helah serta godaan untuk menarik pelanggan daripada pasar keluarga Xiao.

Walaupun dengan helah-helah mereka, Puak Xiao masih tidak membalas.

Melihat keluarga Xiao memerhati dengan senyap, beberapa sekutu kecil mereka kecewa dan mula bersedia untuk berpindah diam-diam sebagai langkah penjagaan.

Dengan atmosfera yang pelik daripada biasa, dua hari sudah berlepas.

Pada satu hari yang ceria dan bercuaca panas. Pasar Puak Jia Lie dipenuhi dengan ramai orang. Di jalan utama, kepala orang kelihatan mengalir seperti sungai. Di kedai jualan "Serbuk Pengembalian Musim Bunga, terdapat lebih ramai orang di sana. Bunyi jeritan, marah, dan pergelutan terkumpul pada satu tempat. Suara pekikan menembusi awan.

Di belakang kaunter ubat perang itu, satu jurujual ubat Puak Jia Lie sedang melihat askar upahan sedang bergaduh sesama sendiri. Senyuman di mukanya penuh kebanggaan. Dia fikir dia pembekal ubat yang tunggal.

Jia Lie Ku merupakan ahli teras Puak Jia Lie dan diberi jawatan untuk menjaga pasar terkenal Puak Jia Lie.

Berdiri di tingkat dua dewan sambutan, Jia Lie Ku melihat ke bawah dari tempat yang tinggi ke arah jalan yang penuh dengan orang itu. Mukanya yang gemuk dan berminyak itu dipenuhi dengan senyuman yang puas.

Pada masa ini, "Serbuk Pengembalian Musim Bunga" telah dijual lebih daripada anggaran Puak Jia Lie yang asal. Di bawah godaan faedahnya, Puak Jia Lie tidak lagi berpuas hati lalu menaikkan harga daripada 100 syiling emas kepada 300 syiling emas.

Asalnya, ramai askar upahan tidak bersenang hati dengan harga tersebut, walau bagaimanapun, mereka tidak dapat mencari pembekal "Serbuk Pengembalian Musim Bunga", oleh itu mereka perlu berdiam diri dan mengadu untuk seketika sebelum menerima realiti mereka ditipu.

Jia Lie Ku mendengung satu melodi kecil sambil matanya ditarik menjadi satu garisan lalu berkata dengan bangga, "Kalau kau tak nak beli, orang lain akan beli….."

Jia Lie Ku memanjangkan tangannya yang pendek dan gemuk itu untuk menghalang pancaran matahari. Dia mengelap peluh daripada dahinya sambil bersungut. "Celaka, panasnya hari ini. Nampaknya aku perlu melepaskan keberahian aku yang panas malam ini juga. Tsk tsk, perempuan muda dari masa itu sangat cergas." Mengingat kembali keghairahan tempat dilarang itu, Jia Lie Ku semakin hilang sabar, namun sekali lagi dia mengelap peluhnya. Keningnya mula mengerut pada pandangan kekacauan di pintu utama.

"Celaka, bergaduh lagi? Askar upahan ini ada otot, tapi tak ada otak. Adakah mereka tahu ia memerlukan duit untuk membaiki benda yang mereka rosakkan?" Jia Lie Ku memandang kekacauan itu dan hanya boleh menyumpah.

"Pasar Puak Xiao juga mula menjual ubat penyembuhan!!"

Apabila Jia Lie Ku sedang bersedia untuk menghantar pengawal-pengawal untuk menyelesaikan kekacauan itu, satu jeritan kuat tiba-tiba kedengaran di jalan utama.

Apabila Jia Lie Ku terdengar jeritan tiba-tiba itu, lemak di seluruh badannya mula bergegar seperti gunung sedang melanggar air laut dan pada mukanya, air mukanya mula bertukar. Walau bagaimanapun, satu waktu kemudian, dia mengejek dan berkata, "Nampaknya Puak Xiao sudah tiada harapan. Untuk memikirkan taktik kotor sebegini, mereka sedang mencari maut."

Jeritan itu menyebabkan jalan utama yang riuh rendah itu menjadi sunyi sepi. Walau bagaimanapun, semua orang memandang di antara satu sama lain, satu demi satu, orang ramai mula menyumpah. "Jahanam, jangan fikir kau boleh mencuri tempat aku dengan taktik kotor ini. Aku sudah beratur selama separuh hari untuk ini."

Ia jelas orang-orang ini percaya jeritan itu taktik untuk mendapatkan peluang untuk menolak diri sendiri ke depan barisan. Lagipun, taktik ini biasa pada waktu sebegini.

Selepas menyumpah-nyumpah, orang-orang ini terus meluru untuk "Serbuk Pengembalian Musim Bunga" sekali lagi.

Sudah tentu, bukan semua orang ada fikiran sebegini. Beberapa askar upahan yang sudah penat dan tidak suka dengan cara pengendalian Puak Jia Lie mengambil kesempatan untuk memeriksanya. Selepas teragak-agak untuk seketika, mereka memilih untuk keluar dari jalan itu dan berjalan ke arah tempat pasar Puak Xiao. Separuh daripada mereka tidak percaya namun separuh lagi sebaliknya.

Berdiri di tingkat atas, Jia Lie Ku melihat jalan utama yang penuh itu. Dia tidak dapat menahan diri daripada tertawa bangga dan berkata, "Puak Xiao? Hei, mari kita berapa lama kau boleh bertahan. Tidak lama lagi, Puak Jia Lie akan menjadi puak terbesar di Bandar Wu Tan. Masa 3 Puak Terbesar? Hehe, masa itu sudah berakhir!"

Kesan daripada jeritan tadi seperti daun terjatuh ke dalam lautan luas. Ia tidak mengganggu atau memberi kesan kepada tempat pasar Puak Jia Lie.

Sudah tentu, ini sementara.

Setengah jam kemudian, beberapa lelaki yang memakai pakaian askar upahan muncul di pintu utama tempat pasar Puak Jia Lie. Mereka merempuh ke dalam dengan biadab. Dengan satu muka penuh keriangan, mereka menaikkan botol-botol jed hijau di tangan mereka dengan tinggi ke udara dan menjerit bersama.

"Puak Xiao juga menjual ubat penyembuhan!!!"

Jeritan mereka menyebabkan tempat pasar itu menjadi sunyi sepi dan renungan mereka berpaling ke arah bunyi tersebut. Satu kiasan pemahaman ternampak dalam mata mereka.

Salah seorang daripada askar upahan berbadan tegap itu melompat ke atas batu besar berdekatan. Dengan satu bunyi "Qiang", dia menarik pedangnya sebelum dia mengetap giginya dan melakar satu garisan penuh dengan darah pada tangannya.

Mengangkat tangan berdarah untuk dilihat semua orang, lelaki berbadan tegap itu menyengetkan botol jed hijatu itu dan satu cecair merah pekat mula menumpah daripada botol itu ke atas lukanya.

Di bawah renungan semua orang, cecair merah itu dimasukkan ke dalam luka tersebut. Seketika waktu kemudian, darah yang mengalir dengan perlahan tadi mula membentuk satu lapisan nipis atas luka tersebut.

Di jalan utama, renungan mereka yang melihat adegan tadi tiba-tiba dipenuhi dengan kegembiraan. Kesan sebegitu cepat amat mustahak untuk misi kami!

"Ini produk baru yang dijual oleh pasar Puak Xiao dipanggil sebagai 'Ubat Darah Beku'! Bukan sahaja ia sangat berkesan, tetapi harganya lebih rendah daripada 'Serbuk Pengembalian Musim Bunga' sebanyak separuh! Apa yang awak sedang tunggu? Awak nak ditipu di sini seperti orang bodoh? Tak nak bersurai?" Askar upahan berbadan tegap itu mengangkat botol jed itu tinggi-tinggi dan membuka mulutnya sambil ketawa dengan kejam.

Jalan utama itu masih senyap.

Seorang daripada askar upahan yang baru masuk ke pasar itu merenung pada botol jed hijau pada tangan si tegap itu. Beberapa saat kemudian, dia berpusing ke belakang dan lari…..

Melihat bayang-bayang orang yang sedang berlari keluar dari pasar tersebut, orang ramai di pasar Puak Jia Lie mula bergerak bersama. Langkah mereka menyebabkan tanah bergegar sewaktu orang ramai berlari keluar dari tempat pasar Puak Jia Lie.

Di atas batu besar, satu senyuman pelik terapung pada muka askar upahan berbadan tegap itu. Apabila angin ditiup melalui baju lelaki itu, satu lambang Puak Xiao kelihatan dari jauh….

Selepas keriuhan itu, tempat pasar yang asalnya sibuk itu menjadi sunyi sepi. Selain daripada beberapa peniaga yang masih bingung dengan kejadian tadi, tidak ramai orang yang tinggal di jalan utama tersebut.

"Puak Xiao… sudah mula serangan balas mereka."

Fikiran ini mula bermain dalam minda semua peniaga sambil merenung jalan yang kosong itu.

Mereka bertukar pandangan dan seorang lagi menaikkan kepala untuk melihat Jia Lie Ku. Pada waktu ini, si gemuk yang gembira tadi sudah bingung pada tempatnya dan air mukanya berubah menjadi masam.

Sementara itu, di tempat pasar Puak Jia Lie juga mempunyai situasi yang sama sedang berlaku…

Next chapter