webnovel

Ahli Alkimia Liu Xi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Atmosfera di dalam dewan yang terang itu amat tegang dan tertekan.

Di tengah-tengah dewan tersebut kelihatan satu meja dan di atas meja tersebut ada satu botol jed hijau kecil. Daripada botol tersebut, aroma bau ubat terbit daripada botol tersebut.

Ramai orang sedang duduk di dalam dewan tersebut. Melihat daripada pakaian mereka, ia menunjukkan merekaorang berkuasa di Puak Jia Lie dan Jia Lie Ku sedang duduk di antara mereka.

Di dalam dewan, sebelah kiri, seorang remaja sedang duduk sambil bersandar pada kerusinya. Sebenarnya, remaja itu agak menawan, tetapi mukanya yang penuh dengan nafsu membuat imej dia jatuh. Semasa berbaring, salah satu tangannya sedang menyeluk ke dalam pakaian orang gajinya yang cantik di sebelahnya. Sungguhpun ramai orang berada di sekelilingnya, tiada orang yang kisah tentang tindakannya yang tidak terkawal itu.

Pipi orang gaji itu menjadi pucat dengan perbuatan kasar remaja itu, tetapi dia tidak berbunyi. Tetapi ia jelas satu wajah ketakutan boleh dinampak dan badannya tidak berhenti menggigil.

"Ini Serbuk Darah Beku yang dijual oleh Puak Xiao? Populariti pasar kita sedang terjatuh?" Jia Lie Bi merenung botol jed hijau di atas meja dengan muka masam dan berpura-pura seperti dia tidak melihat perbuatan tidak sopan remaja itu.

"Bagaimana Puak Xiao boleh mempunyai ubat penyembuhan? Adakah mereka juga telah mendapatkan bantuan seorang Ahli Alkimia?" Jia Lie Ao yang sering bergaduh dengan Xiao Yan memberi satu renungan kepada lelaki berpakaian hitam di sebelahnya sebelum mengerut dan bertanya.

Jia Lie Bi mengecilkan matanya yang berkedut itu, satu air muka hodoh terpapar pada mukanya. "Adakah sesiapa ingat ahli alkimia bermisteri yang kita terserempak di rumah lelongan? Pada masa itu, dia sangat berminat terhadap Puak Xiao. Jika Serbuk Darah Beku itu ditapis olehnya, kita ada masalah yang besar. Seperti yang kita tahu, orang ini mungkin seorang alkimia peringkat ketiga."

Mendengar terma alkimia peringkat ketiga, remaja berpakaian putih itu menghentikan tangannya daripada menyentuh badan orang gaji itu. Dia melangkah ke hadapan dan mengambil botol jed hijau itu untuk membaunya sebelum menuang kandungan di dalam dan menggosok di antara jarinya. Dengan satu sindiran, dia berkata, "Ahli Alkimia peringkat ketiga? Mengarut. Serbuk Darah Beku ini lebih efektif daripada Serbuk Pengembalian Musim Bunga tetapi berdasarkan kualiti, orang yang menapisnya lebih rendah pangkatnya daripada saya. Kesan kuat daripada ubat itu disebab oleh resipinya yang unik."

Semua orang yang duduk menghembus nafas lega. Jika Puak Xiao mendapat pertolongan seorang ahli alkimia peringkat ketiga, Puak Jia Lie akan musnah.

"Daripada pengalaman saya, ia kemungkinan tinggi ahli alkimia dari Puak Xiao ini seorang yang masih mentah dan telah mendapat resepi ini dan mengilangkan Ubat Darah Beku ini." Pada muka remaja berpakaian putih itu, hanya tertera pandangan hina.

"Hehe, boleh melihat kecekapan seseorang melalui satu botol ubat yang kecil, Abang Liu Xi sangat tajam." Jia Lie Ao senyum dengan kiasan mengampu.

"Ia hanyalah satu benda asas yang seorang alkimia belajar." Diampu dengan begitu jelas, remaja berpakaian putih itu menggeleng kepalanya dengan rendah hati. Walau bagaimanapun, satu wajah riang terapung pada mukanya yang tidak mampu melepaskan diri daripada pemerhatian si rubah tua yang sedang duduk mengelilinginya.

"Walaupun Serbuk Pengembalian Musim Bunga kalah kepada Serbuk Darah Beku berdasarkan kualiti, perbezaan di antara mereka bukan jauh sangat. Sebab kenapa tempat pasar kita hilang populariti disebabkan kenaikan harga yang melampau. Selepas kita menilai semula harga kita, populariti kita akan kembali semula, tetapi untuk merendahkan harganya sekarang amat sukar. Selepas kejadian ini, Puak Xiao telah menarik banyak pelanggan. Nampaknya, Puak Xiao juga akan mendapat tempat dalam pasaran ubat penyembuhan di Bandar Wu Tan." Jia Lie Bi bersungut dengan perlahan.

"Menilai semula harga?" Pada kata-kata ini, Liu Xi mengerut keningnya. Dia sangat jelas tidak ingin merendahkan harga kerana sudah biasa dengan harga tinggi itu.

Melihat air muka Liu Xi, Jia Lie Bi menyumpah Liu Xi dalam hatinya selepas melihat betapa bodoh dan tidak berotak Si Liu Xi sebelum dia menjelaskan dengan senyuman pada mukanya. "Encik Liu Xi, situasi di pasaran sekarang bukan seperti dulu. Sebelum ini, kita memonopolikan pasaran ubat penyembuhan di Bandar Wu Tan, tetapi sekarang, kita bukan lagi. Oleh itu, kita mesti merendahkan harga untuk mendapat balik populariti kita."

Liu Xi menggeleng kepala dengan tidak puas hati. Dia mengetap bibirnya lalu berkata, "Buatlah apa yang kau mahu, tetapi ingat, walaupun kau merendahkan harga, aku masih akan mengambil bahagian keuntungan aku semasa ubat itu masih 300 syiling emas."

Mata Jia Lie Bi tidak dapat menahan diri daripada mengetap bibirnya dan satu awan kemarahan mula menurun ke dalam mindanya. Dia mengambil satu nafas panjang dan bertenang. Sambil dia tersenyum, walau bagaimanapun, ia sudah menjadi sedikit dingin. Haha, sudah tentu. Saya pasti akan membayar bahagian Liu Xi seperti yang dijanjikan."

"Okay." Satu muka berpuas hati kelihatan, Liu Xi mengangguk dan sekali lagi kembali ke tempat duduknya. Lebih kasar daripada tadi, dia mula menarik orang gaji yang cantik itu ke ribanya.

"Encik Liu Xi, kami kekurangan Serbuk Pengembalian Musim Bunga. Sebelum ini, saya sudah menghantar orang ke Rumah Lelongan Premier untuk membeli bahan-bahan. Apabila masa tiba, saya takut saya akan mengacau tuan sekali lagi." Jia Lie Bi tersenyum sebelum menambah ayatnya. "Tambahan pula, saya sudah membeli sepasang Wanita Ular Gurun berharga dari Ta Ge Er semalam dan saya sudah menghantar mereka ke bilik awak."

Apabila Liu Xi terdengar dia kena menapis ubat sekali lagi, satu wajah tidak sabar kelihatan di mukanya, namun selepas mendengar dua perkataan, Wanita Ular, mukanya yang tidak sabar itu bertukar menjadi air muka penuh dengan nafsu. Dengan satu api nafsu membakar di dalam matanya, dia mengangguk kepala dan berkata, "Asalkan ada bahan-bahan yang mencukupi, Ketua Puak tidak perlu risau tentang kuantiti Serbuk Pengembalian Musim Bunga."

Melihat Liu Mu senang untuk dikawal, sudut mulut Jia Lie Bi bertukar menjadi pandangan hina, dia mengejek dalam hatinya, 'Dengan fikiran yang senang dikawal oleh nafsu, selain tahu alkimia, dia tidak mempunyai benda lain yang bagus.'

Jia Lie Bi mengejek dan menggeleng kepalanya, mengangkat cawan teh dengan kedua-dua tangan ke mulutnya untuk menghirup tehnya sebelum melibatkan diri dalam topik Liu Xi yang berminat iaitu hubungan seks.

Selepas berbual-bual kosong dengan Liu Xi, ahli puak merempuh masuk ke dalam dewan, dan sampai ke sisi Jia Lie Bi sebelum menundukkan kepalanya untuk mengatakan beberapa ayat ke dalam telinga Jia Lie Bi.

Dengan satu senyuman pada muka, Jia Lie Bi mendengar laporan ahli puaknya. Selepas seketika, senyuman pada mukanya menjadi tegang.

"Ka Cha"

Cawan teh di dalam tangannya tiba-tiba pecah menjadi habuk, dan habuk dan teh itu bercampur sebelum ia mengalir daripada tangannya dan menitik ke lantai.

"Rumah Lelongan Premier sial, untuk menggunakan satu helah terhadap aku!"

Dengan muka penuh kemarahan, Jia Lie Bi berdiri dengan tiba-tiba dan mengaum dengan kuat. Satu Qi kemurkaan tiba-tiba meletup daripada badannya dan membentuk satu puting beliung kecil yang sedang berlegar di pertengahan udara.

Duduk berdekatan Jia Lie Bi, Jia Lie Ao tiba-tiba terasa susah untuk bernafas disebabkan oleh Qi kuat yang dikeluarkannya. Dia melangkah ke belakang dengan segera dan menjerit dengan cemas, "Ayah!"

Jeritan Jia Lie Ao memberi Jia Lie Bi ruang untuk mendapat balik kewarasannya. Muka dia menggertak sebelum dia duduk dengan dingin lalu berkata, "Rumah Lelongan Premier menolak jualan bahan-bahan kepada Puak Jia Lie!"

Selepas kata-kata itu dikatakan, seluruh dewan menjadi huru-hara. Semua orang melihat antara satu sama lain dengan perasaan terkejut dan cemas.

"Mana mungkin? Bukankah Rumah Lelongan Premier selalu mengamalkan sikap pengecualian? Kenapa mereka tiba-tiba memilih untuk melawan Puak Jia Lie?" Wajah Jia Lie Ku bertukar pada kata-kata Jia Lie Bi dan menggigil sambil menyuarakan pandangannya dengan tidak sengaja.

"Jika ada manfaat, siapa yang akan mengamalkan sikap pengecualian?" Dengus Jia Lie Bi sebagai balasan sambil dia mengeluh. Dia merenung tajam terhadap Liu Xi yang sedang berada dalam keadaan kasihan disebabkan oleh Qi Jia Lie Bi sebelum dia berkata, "Aku takut Puak Xiao ada campur tangan dalam masalah ini."

"Mereka tidak mempunyai kebolehan untuk membuat Rumah Lelongan Premier untuk menolak jualan bahan ubat kepada kita, kan?" Sungut Jia Lie Ao.

"Humph, siapa tahu apa syarat yang telah mereka gunakan terhadap Rumah Lelongan Premier." Jia Lie Bi meraba mukanya yang uzur itu dan tanpa mengenali sebabnya, dia terasa perasaan tidak senang mengisi hatinya.

"Apa yang kita boleh buat sekarang? Tanpa bahan-bahan ubat, simpanan Serbuk Pengembalian Musim Bunga akan kehabisan. Pada masa itu, ia akan menjadi giliran kita untuk mengalami kekosongan tempat pasar kita." Jia Lie Ku berkata dengan cemas.

Jia Lie Bi menggertak giginya dan berkata dengan dingin, "Terdapat beberapa lagi kedai ubat yang masih boleh membantu kita. Pertama, hantar orang untuk membeli semua bahan-bahan ubat mereka ada dahulu. Jika betul-betul tidak mencukupi, pergi ke bandar dan bandaraya untuk membeli bahan-bahan ubat dengan harga yang tinggi. Saya tidak percaya pengaruh Puak Xiao akan sampai ke bandar dan bandaraya berdekatan."

Selepas kata-kata itu dilepaskan daripada mulutnya, Jia Lie Bi mengambil satu lagi cawan teh hanya untuk menyedari tangannya masih menggeletar. Menelan air liurnya, Jia Lie Bi mempunyai satu perasaan yang tidak dapat dijelaskan yang Puak Jia Lie telah mengacau sesuatu yang tidak patut disentuh…

Next chapter