webnovel

"Abang Xiao Yan"

Gadis muda pemalu itu berdiri di depan Xiao Yan sambil tangannya yang putih itu mengibas di belakangnya. Dia membongkok ke hadapan dan matanya yang ayu itu nampak seperti bulan sabit. Di wajah yang jelita itu jelas kelihatan dua lesung pipit.

Mengalihkan pandangan daripada skrol di depannya, Xiao Yan melihat gadis muda yang berada di hadapannya dan renungannya berpusing ke arah orang ramai di seberang dewan. Melihat renungan membara yang dituju kepadanya, dia tidak dapat menahan dirinya untuk berkata, "Cik muda, saya tahu daya tarikan awak sangat besar, tetapi awak tidak perlu berkongsi dengan saya, kan?"

"Hehe." Xun Er duduk di sebelah Xiao Yan dan meregang tubuhnya ke belakang menampakkan bentuk badannya yang menonjol oleh pakaiannya yang ketat. Mengambil skrol di rak buku secara rawak, Xun Er memandang Xiao Yan dengan tajam sebelum berkata, "Abang Xiao Yan dah capai 4 Duan Qi?"

Xiao Yan yang sedang membaca skrol tersebut memandang ke atas. Untuk 10 Duan Qi yang pertama, Dou Qi lemah dan tidak dapat dikesan. Jika tiada monumen ujian magik atau Dou Qi yang digunakan, ia mustahil untuk mengetahui Duan Qi seseorang itu. Tetapi untuk seketika waktu, Xun Er hanya melihat Xiao Yan untuk beberapa saat dan sudah mengetahui Duan Qi-nya. Sangat mengejutkan…

'Gadis ini, siapa dia?' Teknik Dou yang digunakan olehnya di perlawanan tadi dengan Xiao Ning ialah satu Teknik Dou yang tinggi dan pasti tidak dimiliki oleh Puak Xiao… Memikirkan beberapa ketidaksejajaran dengan Xun Er, Xiao Yan sengetkan kepalanya ke tepi dan melihat Xun Er di sisinya, Mengangkat bahunya sebagai tanda tidak peduli, dia mengangguk, "4 Duan."

Melihat Xiao Yan mengangguk, senyuman di wajah Xun Er menjadi lebar lalu berkata, "Ia ada kaitan dengan latihan awak pada setengah bulan ini, kan?"

"Ya." Mengangguk dengan perlahan, Xiao Yan tidak menafikan dan terus memandang balik ke skrol sambil bertanya, "Macam mana awak ada masa untuk keluar dan berlawan dengan orang?"

"Bosanlah saya!" Mengangkat bahu seperti Xiao Yan, Xun Er tersenyum sambil menunjukkan muka yang sedih. "Selepas hari itu, Abang Xiao Yan tidak datang melawat Xun Er. Awak takut saya akan memaksa awak untuk pulangkan duit itu ke?"

Xiao Yan berhenti seketika dan ketawa janggal. "Upacara Kedewasaan akan berlangsung tahun depan jadi awak ingat saya ada masa untuk benda lain?" Mengangkat kepalanya dan melihat wajah sedih Xun Er, dia menepuk kepala Xun Er dengan ringan dan berbisik, "Saya akan cuba mencari masa untuk bersama Xun Er dari sekarang."

Mendengar janji Xiao Yan, muka kecil Xun Er menjadi tenang. Tetapi perbualan dengan Xiao Yan telah menyebabkan semua orang di dalam dewan itu dengki dengan Xiao Yan.

Melihat pasangan itu di bawah rak buku, muka Xiao Ning menjadi marah dan menggenggam penumbuknya.

Sebagai cucu tokoh kanan tertinggi puaknya, Xiao Ning sentiasa merasakan dia seorang yang istimewa. Xiao Ning telah, di dalam mindanya sendiri, menjadikan Xun Er sebagai isterinya. Sudah tentu, ini hanya tepuk sebelah tangan…

Tetapi melihat "isterinya" dirapati oleh lelaki lain telah menjadikan Xiao Ning cemburu, lagi-lagi orang yang mengurat Xun Er itu ialah "si lumpuh" puaknya.

Dengan perasaan dengki, Xiao Ning menghembus nafas yang kuat, melebarkan senyuman dan dengan tenang berjalan ke arah pasangan sambil membetulkan pakaiannya, disaksikan oleh semua orang di dalam dewan.

Penonton tersenyum sinis apabila melihat Xiao Ning berjalan ke arah Xun Er dan Xiao Yan. Sudah tentu, senyuman mereka bukan ditujukan kepada Xiao Ning tetapi kepada Xiao Yan yang bodoh itu.

Melihat Aliran Qi tertera pada skrol tersebut, Xiao Yan menghafal titik-titik tekanan dan aliran Qi yang diperlukan untuk Tangan Batu Hancur.

Menghembus nafasnya, Xiao Yan mengeluh. Dengan Pengertian Rohnya yang tinggi, Xiao Yan mampu meneliti perbuatan semua orang di dalam dewan tersebut, termasuk Xiao Ning yang sedang berjalan ke arahnya.

Perempuan ini membawa begitu banyak masalah! Mengeluh, Xiao Yan menggulungkan skrol di tangannya.

"Hehe, Adik saudaraku Xiao Yan, kau datang untuk belajar Teknik Dou? Kau nak aku, abang saudara kau tolong carikan beberapa teknik bertahap tinggi? Untuk sesetengah teknik tersebut, aku rasa kau tak ada hak untuk mendapatkannya." Dengan sombongnya Xiao Ning memperli Xiao Yan, sambil tersenyum.

Xiao Yan meletak balik skrol di atas rak buku dan menggeleng kepalanya. "Terima kasih atas tawaran kau tapi aku rasa aku tidak perlukannya sekarang."

"Oh, hehe, aku lupa… adik Xiao Yan hanya mencapai 3 Duan Qi jadi ia sukar untuk belajar teknik bertahap tinggi." Mengurut dahi kepalanya, Xiao Ning senyum. Nadanya yang menyindir itu tertera pada wajahnya.

Xiao Yan mengeluh sekali lagi. Xiao Ning sedang mengejeknya dengan sengaja…

Muka Xiao Yan menunjukkan satu tanda sindiran lalu berkata, "Aku tahu kau ingin mendapatkan perhatian Xun Er tapi, aku kena kata, kau agak kebudak-budakan…"

Mendengar perkataan kasar Xiao Yan, muka Xiao Ning menjadi hitam. Dia tidak sangka Xiao Yan yang sentiasa diam ini berani menjawabnya. Dia berkata, "Nampaknya adik Xiao Yan ada sedikit tanggapan terhadap aku. Apa kata kita menguji kemahiran kita? Ia boleh menolong aku untuk tengok kalau adik Xiao Yan ada memperbaiki kemahiran sendiri pada beberapa tahun kebelakangan atau tak."

"Perlukah aku menguji kemahiran aku dengan kau?" Meletak skrolnya, Xun Er mendongak ke atas dengan dingin.

Kelopak mata Xiao Ning terangkat apabila dia perasan Xun Er melindungi Xiao Yan. Sikap cemburunya membakar dengan lebih tinggi, Xiao Ning menghina, "Kau hanya tahu menyorok di belakang perempuan?"

"Kenapa kau tidak berkata benda sebegini tiga tahun yang lalu?"

Xiao Yan berdiri dengan hujung kakinya untuk mendapatkan skrol yang lain, meniup habuk dan menjawab Xiao Ning dengan tidak beremosi.

Secara jujurnya, Xiao Yan yang tidak beremosi itu dan tenang, di mata orang lain yang tidak berkawan dengannya, membuatkan mereka berasa seperti ada benda yang menikam dada.

Xiao Ning mengetap giginya, sambil membuatkan bunyi "ji ji" tetapi sungguhpun dia amat marah, dia tidak berani untuk melukakan Xiao Yan sebab tidak kira bagaimana teruk bakat Xiao Yan, dia masih merupakan anak kepada ketua puak.

Menarik nafas yang panjang, Xiao Ning memandang Xiao Yan dengan pandangan tajam dan berkata dingin, "Xiao Yan, kau bukanlah genius seperti tiga tahun yang lalu. Kau sekarang "si cacat!" Kau tidak layak memiliki Xun Er, kalau kau seorang lelaki, kau akan beredar sekarang. Kalau tidak, hehe, sungguhpun aku tak boleh berlawan dengan kau sekarang, tahun depan, selepas kau melaksanakan Upacara Kedewasaan kau, kau kena menerima cabaran daripada seorang ahli puak. Kalau kau tak nak betul-betul menjadi seorang yang cacat, aku cadangkan kau keluar dari sini dan pergi menyembunyikan diri di tempat terpencil dan tinggal di sana seumur hidup kau!"

Mendengar kata-kata ugutan Xiao Ning, di sudut bibir Xiao Yan melengkung ke atas dan menyengetkan kepalanya untuk memerhatikan Xiao Ning dengan renungan ganjil. Selepas itu, dia menunjukkan wajah jelik, mengangkat skrolnya dan berjalan keluar.

Melihat pergerakan Xiao Yan, Xiao Ning percaya Xiao Yan bersetuju dengan kata-katanya tetapi sebelum dia mampu meraikan "kemenangannya", satu ayat terkeluar daripada mulut Xiao Yan yang menyebabkan muka Xiao Ning bertukar hijau.

"Baiklah, tahun depan… cuba pukul aku sehingga aku menjadi cacat."

Next chapter