Melihat pemuda yang menuju ke arah mereka, Xiao Mei dan kumpulannya berhenti. Ketawa mereka juga turut terhenti.

Gadis-gadis di sisi Xiao Mei terkejut melihat pemuda yang pernah menjadi kebanggaan puak mereka. Reaksi mereka berbeza, dari perasaan kasihan ke sesuatu yang lain.

Xiao Mei terhenti di tempatnya. Dalam fikirannya, dia masih terasa ikatan hubungan mereka dan ingin berbual dengan pemuda yang pernah memikat hatinya. Tetapi, realitinya jurang perbezaan di antara mereka berdua terlalu besar untuk bersama dan meluangkan masa untuk si cacat bukanlah perkara yang bijak.

Xiao Mei mengerut keningnya dan dia terfikir, 'Biar saya kata hi, tak kira apa, dia masih abang saudara saya.'

Tidak mengendahkan apa di dalam fikiran Xiao Mei, Xiao Yan masih mengalas kedua-dua tangan di belakang kepalanya dan berjalan dengan lesu ke arah mereka.

Melihat Xiao Yan yang semakin hampir, Xiao Mei melemparkan senyuman tetapi ."tidak diendahkan oleh Xiao Yan yang menunjukkan reaksi seolah-olah Xiao Mei memberikan senyuman yang pelik.

Dengan kedua-dua tangan di belakang kepalanya, Xiao Yan tidak menghiraukan kumpulan tersebut dan berjalan melintasi gadis-gadis muda itu tanpa ragu-ragu.

Mulut kecilnya yang merah terbuka, Xiao Mei terkejut. Dengan kecantikannya, sejak bila pula boleh mendapat layanan sebegini? Dia berasa malu dan marah dan tidak dapat bertahan lalu menjerit, "Abang Xiao Yan."

Menghentikan langkahnya, Xiao Yan pusing ke belakang dan dengan nada yang tidak beremosi, seolah-olah dia bercakap dengan orang yang tidak dikenali, "Apa?"

Suara yang tidak beremosi itu membingungkan Xiao Mei dan dia membisik, "Tak ada apa…"

Kening Xiao Yan terangkat sedikit tetapi dia menggeleng kepalanya dan mula berjalan ke hadapan semula.

Melihat bayang-bayang yang semakin menghilang, Xiao Mei menghentak kakinya dan mula berjalan ke arah lorong yang lain.

Menghabiskan satu pusingan, Xiao Yan mendongak ke arah bilik yang besar. Tertera di plak bilik tersebut tiga perkataan berwarna merah darah; Dewan Teknik Dou!

Mendengar jeritan di dalam Dewan Teknik Dou, Xiao Yan agak terkejut. Biasanya, tiada sesiapa yang akan datang ke dewan ini jadi mengapakah ia sangat bising hari ini?

Mengangkat bahunya sebagai tanda tidak peduli, Xiao Yan melangkah ke hadapan dan memasuki ke dalam Dewan Teknik Dou.

Apabila Xiao Yan berada di dalam dewan tersebut, beberapa teriakan dari ahli puak menyambutnya.

Dewan Teknik Dou dibahagikan kepada seksyen timur dan barat. Di seksyen timur merupakan Teknik Dou puak dan di seksyen barat merupakan padang latihan yang luas. Sekarang, ada beberapa orang yang sedang berkumpul di seluruh padang latihan dan tertumpu kepada dua orang yang berada di tengah-tengah padang.

'Melihat kepadatan Dou Qi Xiao Ning, adakah dia di 8 Duan Qi?'

'Hehe, dalam dua bulan sahaja, Abang saudara Xiao Ning sudah mencapai 8 Duan Qi.'

'Sungguhpun dia berada di tahap 8 Duan Dou Qi, adik Xun Er berada di 9 Duan Dou Qi. Abang Xiao Ning tidak ada peluang yang tinggi untuk menang.'

'Semoga berjaya adik Xun Er!'

Mendengar suara di kalangan orang ramai, Xiao Yan menghentikan langkahnya dan memerhati ke padang latihan tersebut. Akhirnya, pandangannya terhenti pada seorang gadis muda yang memakai pakaian berwarna ungu muda.

'Bagaimana dia ada masa berlawan dengan orang lain?' fikir Xiao Yan di dalam hati sebelum berjalan ke bahagian timur dewan tersebut dan mengambil satu skrol hitam secara rawak di atas rak. Membuka skrol tersebut, perkataan kuning besar muncul.

Kuning Sederhana : Tangan Batu Hancur!

Bersandar di rak buku, Xiao Yan mula membaca kaedah latihan untuk Tangan Batu Berhancur sambil sekali-sekala merenung ke arah Padang Latihan menyaksikan perlawanan hangat.

Dewan yang luas itu seperti dibahagikan kepada dua dunia. Di sebelah bahagian barat bising dan di sebelah bahagian timur pula tenang dan sunyi.

Lawan Xun Er merupakan seorang pemuda yang berumur di antara 17 dan 18. Dia agak kacak dan mempunyai tubuh seperti Jia Lie Ao yang Xiao Yan terserempak hari itu.

Pemuda itu bernama Xiao Ning dan merupakan anak cucu tokoh kanan tertinggi. Sungguhpun dia hanya berusia 17 tahun, dia telah mencapai 8 Duan Qi dan di dalam seluruh puak, hanya Xun Er lebih bagus daripada dia.

Pandangan Xiao Yan terhadap abang saudaranya hanyalah neutral. Mereka hanya berjumpa sekali-sekala dan hanya berbual biasa. Mungkin disebabkan atmosfera tidak baik antara ayah Xiao Yan dan tokoh kanan tertinggi, Xiao Yan boleh merasai perasaan dengki Xiao Ning. Tetapi walaupun Xiao Yan digelar sebagai "si lumpuh" atau "si cacat", Xiao Ning idak pernah mengejek atau menyindir Xiao Yan…

Tersenyum senang, Xiao Yan melempar apa yang difikirkan dan kembali mengkaji Tangan Batu Hancur itu.

Di padang latihan, Xun Er ibarat seekor rama-rama ungu muda yang mengelak serangan pantas Xiao Ning, bersahaja dan anggun. Walau bagaimanapun, di mukanya yang ayu itu, tidak menunjukkan sebarang emosi atau keletihan.

Selepas menghalang serangan Xiao Ning sekali lagi, renungan Xun Er beralih ke seberang dewan tetapi tiba-tiba pergerakannya berhenti.

Melihat pemuda yang berada di bahagian timur dewan tersebut, satu senyuman ringan muncul di muka Xun Er.

Senyuman tiba-tiba itu membuatkan penonton tertarik dengan kecantikan Xun Er.

"Adik Xun Er, jaga-jaga!" Semasa Xun Er terganggu, satu suara muda memanggilnya di kalangan penonton.

Merasai tekanan hebat yang bergerak ke arah Xun Er dari belakang, Xun Er mengerut tetapi renungannya tertumpu pada pemuda di bawah rak buku tersebut.

Pada masa yang sama, Xiao Yan mengangkat kepalanya dan melihat serangan hendap yang ditujukan pada Xun Er, dia mengerut dan menggeleng kepalanya. Air mukanya menunjukkan tanda-tanda kerisauan.

Melihat kerisauan di muka Xiao Yan, Xun Er mengelip matanya yang ayu itu. Tiba-tiba, dia mengambil satu langkah kecil ke sebelah kiri. Sungguhpun ia hanya satu langkah, ia membantu menepis dan mengelak serangan Xiao Ning…

Semasa mengelak, tangannya yang putih itu bersinar seperti emas dan menuju ke arah antara tangan Xiao Ning, menghentak dadanya dengan lembut.

Berpusing dalam satu bulatan, Xun Er membalas serangan Xiao Ning dan Xiao Ning terpaksa mengambil beberapa langkah ke belakang lalu terkeluar daripada padang latihan tersebut.

Kejayaannya menewaskan Xiao Ning dengan satu serangan, para penonton memberikan satu tepukan gemuruh untuk Xiao Xun.

'Hehe, Xun Er betul-betul di tahap teratas di generasi muda puak kita. Awak betul-betul kuat.' Sungguhpun Xiao Ning telah ditewaskan oleh Xun Er, dia masih terenyum sambil berjalan ke tengah padang latihan tersebut.

Melihat gadis yang berada di hadapannya, mata Xiao Ning menunjukkan satu cinta membara terhadap Xun Er.

Sungguhpun mereka menggelar abang, kakak dan adik di antara satu sama lain, Xiao Ning tahu di seluruh puaknya, kebanyakan ahli tidak mempunyai hubungan darah dan untuk Xiao Xun Er, dia tahu dia tidak mempunyai hubungan darah dengannya.

Xun Er berpura-pura tidak merasai renungan yang diberi oleh Xiao Ning. Xun Er menggeleng kepalanya dengan rasa hormat dan berkata, "Abang Xiao Ning bagi saya menang." Selepas berkata sebegitu, dia tidak menunggu jawapan dari Xiao Ning dan terus berjalan ke bahagian timur dewan dengan senyuman memenuhi wajahnya.

Disebabkan Xiao Ning diperhatikan, semua pandangan tertumpu kepada pergerakan Xun Er, mereka ternampak Xiao Yan.

Sungguhpun Xiao Yan sekarang diperhatikan oleh semua orang, dia tidak melihat ke atas dan tertumpu dalam dunianya yang tersendiri.

avataravatar
Next chapter