webnovel

Penciptaan Serbuk Pengumpul Qi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Untuk mendapatkan 'Api Kedinginan Tulang', saya telah menunggu di tempat tanpa cahaya untuk 8 tahun yang amat panjang, dan apabila waktu untuk menyerap api itu sudah tiba, walaupun dengan persediaan saya, saya hampir dibakar hidup-hidup…." Yao Lao mengeluh sambil menggeleng kepalanya. Satu kiasan ketakutan jelas kelihatan pada mukanya. Nampaknya kejadian itu meninggalkan satu kesan ketara terhadapnya.

"Hehe, walaupun ia berbahaya, mendapatkan 'Api Kedinginan Tulang' pada akhirnya, semua ia berbaloi." Yao Lao berkata dengan bangga sambil menghayun api pada tapaknya seperti sedang menunjukkan api itu kepada orang ramai. Dia kemudian tersenyum sambil menjelaskan, "Dengan Api Kesyurgaan, awak bukan sahaja mampu menapis pil yang berkualiti baik, tetapi juga, apabila awak terjumpa lawan yang bertahap sama pun tidak mempunyai masalah."

Mendengar ini, renungan Xiao Yan menjadi lebih tertumpu pada api putih yang membara itu dan mukanya penuh dengan kecemburuan.

Melihat wajah Xiao Yan yang cemburu, Yao Lao ketawa. Nadanya bertukar lalu berkata, "Benda seperti Api Kesyurgaan ini masih jauh lagi untuk awak. Untuk sekarang, hasrat awak sepatutnya seorang Dou Zhe secepat mungkin."

Xiao Yan mengangguk kepalanya dengan kesal. Dia hanya boleh menelan air liur dan mengheret diri sendiri balik ke alam realiti.

Yao Lao tersenyum ringan pada pandangan Xiao Yan mengembalikan kewarasannya. Di tengah telapak tangannya, api putih itu terus membakar dan kepulan asap naik ke udara dan menghilang.

Satu tangan kering mengambil satu ikat Teratai Daun Berdakwah itu dan dimasukkan ke dalam api itu.

Apabila Teratai Daun Berdakwah itu menyentuh 'Api Kedinginan Tulang', ia dibakar dengan segera dan membentuk cecair hitam yang sedang bergolek di dalam api.

Api putih itu menjadi lebih kuat, namun Xiao Yan sedar udara di sekeliling api putih itu menjadi sejuk.

Yao Lao sedang menumpu perhatian untuk mengawal suhu api di dalam tapak tangannya. Jika suhu itu itu tidak dikawal dan menjadi lebih tinggi, cecair hitam itu akan tersejat.

Selepas suhu api itu dikawal, dan sampai satu masa, kotoran berwarna kuning tiba-tiba muncul di dalam cecair hitam itu.

Melihat kotoran kuning itu, Yao Lao akhirnya mengangguk. Dengan satu jentikan jari, kotoran kuning itu berkumpul dan diasingkan dengan sebahagian cecair hitam itu menjadi bebola cecair kecil dan dibuangkan daripada badan utamanya.

Selepas membuang kotoran tersebut, di dalamnya, cecair hitam yang bersaiz sebesar setengah penumbuk itu sudah mengecil menjadi saiz ibu jari.

Satu cecair hitam sedang bergolek di tengah-tengah api putih seperti mutiara hitam, bermisteri dan tenang.

Semasa ikatan pertama Teratai Daun Berdakwah itu bersaiz ibu jari, Yao Lao berhenti menapis. Dia terus menjatuhkan 4 lagi ikatan itu ke dalam api, membersihkan mereka menjadi 4 mutiara hitam - seperti bebola cecair suci.

Selepas penapisan untuk jangka panjang oleh 'Api Kedinginan Tulang', 5 badan cecair kecil mula bergabung bersama. Pada waktu pergabungan, isi padu menjadi banyak, walau bagaimanapun, beberapa saat kemudian, ia mengecil menjadi hanya saiz ibu jari.

Selepas mengambil masa yang lama untuk bergolek di dalam api putih, ia seperti di dalam cecair hitam berdakwah itu, satu api putih kelihatan sedang menari di dalamnya.

Melihat ini, satu pergerakan pantas, Yao Lao mengambil Buah Ular Berbisa di atas meja dan membungnya ke dalam api.

Apabila Buah Ular Berbisa itu masuk ke dalam api, ia bertukar menjadi cecair hijau tua yang mengeluarkan udara sejuk. Mengeluarkan kotoran daripada cecair hijau tua itu, Yao Lao menutup cecair hijau tua itu dengan perlahan sehingga ia menjadi cecair hitam berdakwah yang sedang membakar itu.

"Zi! Zi!....."

Bunyi ganjil bergema di udara apabila 2 cecair atribut lain bertembung dan satu asap putih naik daripada api yang liar itu.

Asap tersebut mula menghilang, satu objek seperti pil kasar mula membentuk di dalam api.

Yao lao mengangkat kepalanya sedikit untuk memandang pil yang sedang dibentuk itu. Sekali lagi, dia membuang Rumput Pengumpul Jiwa dan Teras Batu Bermagik Atribut Air Pangkat 2 ke dalam api.

Cair menjadi cecair, membuangkan kotoran, dan bergabung…. tiga perbuatan jenis ini merupakan prosedur rumit yang memerlukan usaha yang amat teliti. Namun Yao Lao mampu menyelesaikan semua ini dengan satu pergerakan yang lancar, tanpa berhenti sepanjang masa itu.

Melihat pergerakan Yao Lao yang tajam dan tepat, Xiao Yan, seorang yang tidak mengenali asas seni Alkmia lagi juga tidak dapat menahan diri daripada memuji Yao Lao di dalam hatinya.

Meneutralkan kuasa Batu Bermagik dengan Rumput Pengumpul Jiwa, satu tenaga cahaya berwarna biru muda ditumpahkan ke dalam objek berbentuk pil itu yang masih membentuk.

Apabila titisan terakhir tenaga biru itu memasuki ke dalam pil, objek seperti pil itu pulih kepada bentuk lembut dan licin. Satu silauan biru bersinar pada permukaan pil tersebut, membuatkan ia nampak mempersonakan dan mulia.

Sungguhpun Yao Lao telah habis menggunakan semua langkahnya, dia tidak berhenti. Sebaliknya, dia menghangatkan pil itu di dalam api untuk 10 minit sebelum memadamkan api putih mulia pada tapak tangannya.

Apabila api itu mati, tangan kiri Yao Lao menyedut satu botol jed daripada meja ke arahnya dan menyimpan pil yang berwarna hijau tua dan biru muda itu ke dalam botol jed.

"Phew….." Satu keluhan panjang sambil membuang botol jed itu kepada Xiao Yan. Dia kemudian berkata dengan bangga, "Lihatlah sendiri."

Menerima botol jed itu dengan berhati-hati, Xiao Yan membawanya ke hidung untuk menghidunya. Satu bau wangi memasuki ke dalam hidungnya yang membuat Xiao Yan diisi dengan tenaga.

Melihat pil hijau kebiruan di dalam botol tersebut, pengertian roh Xiao Yan yang hebat itu memberitahu dia Serbuk Pengumpuk Qi ini lebih baik daripada pil yang dibawa oleh Nalan Yanran sebelum ini, tidak kira daripada segi kualiti atau keberkesanan!

Xiao Yan senyum sindir memikirkan muka dan nada Nalan Yanran apabila Nalan memegang pilnya hari itu.

Sambil menggeleng kepala, Xiao Yan memegang botol jed itu dengan ketat lalu menghembus nafas kuat. Sudah 4 tahun yang berlalu, sekarang dia boleh mencapai tahap itu sekali lagi….

Next chapter