webnovel

Kedudukan Api Kesyurgaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di meja makan, Xiao Yan memandang serong pada perempuan yang sedang makan dengan marah di depannya. Sambil Xiao Yu memakan, gigi peraknya membuat bunyi berkerap-kerup. Sambil mengunyah makanan, Xiao Yan teringat kejadian aneh tadi namun mempunyai perasaan elok sekali dan jari tangan kanannya tidak dapat menahan diri tetapi untuk meraba rongga tapak tangannya.

Berduduk di seberangnya, Xiao Yu, yang sedang memandang tajam Xiao Yan sepanjang masa ternampak pergerakannya dan mukanya yang menawan itu bertukar merah sekali lagi.

Melihat Xiao Yu mengetap giginya dengan ganjil, dan mengalihkan pandangannya kepada Xiao Yan dengan gaya selamba itu, Xun Er mengerut kening dalam kecurigaan. Selepas seketika, dia menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya, dan perlahan demi perlahan, Xun Er menelan makanan di depannya.

Renungan Xiao Yan beralih daripada Xiao Yu dan berhenti pada badan Xiao Ning. Pada ketika ini, muka Xiao Ning penuh dengan keriangan. Dia sangat gembira membuatkan dia tersenyum lebar. Jarinya mengetuk dengan perlahan pada hujung meja, Xiao Yan berasa gembira melihat nasib malang orang lain dan berfikir dengan sendiri. 'Orang ini sudah dapat Penawar Asas, kan? Rasanya dia tidak tahu, penawar itu tidak mempunyai kesan kepada orang yang berada di 8 Duan Qi dan ke atas…'

Ketawa tersendiri, Garisan pandangan Xiao Yan beralih ke sekeliling dalam sikap malas dan bosan. Melihat muka ayahnya yang sedang tersenyum, hatinya mula berasa bingung. 'Makan malam bersama keluarga, bukankah ia hanya diadakan pada perayaan atau cuti tertentu? Apakah yang meriah sangat hari ini? Adakah menggunakan duit yang banyak untuk membeli Penawar Asas satu perayaan yang layak diraikan?'

Imaginasinya meliar, Xiao Yan secara semula jadi tidak tahu makan malam bersama keluarga ini disebabkan oleh kata-kata yang dikatakan oleh lelaki misteri berjubah hitam itu tentang peluang bekerjasama dengan Puak Xiao.

Bekerjasama dengan seseorang ahli alkimia peringkat dua dan ke atas akan membawa banyak keuntungan dan ini akan membuat ramai orang berasa cemburu. Ia berkemungkinan yang keluarga tersebut dapat melompat pangkat, dan meningkat lebih tinggi daripada dua lagi keluarga agung di Bandar Wu Tan. Oleh itu, itulah sebabnya ayahnya yang sentiasa tenang dan stabil itu akan menjadi sangat gembira. Dan untuk tokoh-tokoh yang lain, mereka juga tersengih-sengih. Melihat mata tua mereka yang setengah tutup itu, ia bukti tuah baik ini terjatuh dari langit membuatkan mereka bingung.

Perasaan hati teruja ini berakhir selepas melihat ayahnya melambai sebagai tanda selamat malam, Xiao Yan melompat daripada kerusinya. Dia kemudian meluru keluar dari dewan dan terus masuk ke dalam biliknya.

Selepas tidak lama Xiao Yan meninggalkan dewan makan, Xiao Yu mengetap giginya dan mengejar Xiao Yan tetapi dia terus hilang jejak. Tanpa bermaya, dia hanya boleh menghentak kakinya dengan marah dan meninggalkan tempat itu dengan hati penuh marah.

…..

Kembali ke biliknya dan selepas mempelajari daripada pengalaman petang tadi, Xiao Yan tidak bertanya Yao Lao untuk menapis ubat dengan segera. Selepas menutup pintu dan tingkap, dia bergolek ke atas dengan malas dan tertidur.

Pada waktu lewat malam, selepas semua orang sudah tertidur, berbaring atas katil, Xiao Yan membuka kedua-dua matanya. Dia melompat daripada katil dengan tidak sabar dan mengambil keluar bahan-bahan yang disembunyikan di dalam almari. Meletak bahan tersebut di atas meja dengan berhati-hati, dia memaling kepalanya. Melihat ke arah Yao Lao, hantu yang sedang terapung satu kaki dari tanah, Xiao Yan bertanya dengan lembut, "Cikgu, awak sudah bersedia, kan?"

"Ya Tuhan, akhirnya awak mempelajari cara untuk berhati-hati. Penapisan pil memerlukan keadaan yang sangat sunyi. Jika saya dikacau, kesannya sangat tidak baik. Sekarang, saya tidak berasa untuk bertindak balas, tetapi kemudian apabila awak mula belajar alkimia, kalau awak masih tidak berhati-hati, maka saya takut awak akan hilang nyawa awak lebih awal daripada yang dijangkakan." Yao Lao berjalan dari tepi meja dan menyentuh setiap bahan-bahan di atas meja dengan lembut. Mengangguk kepalanya dengan ringan, suaranya mempunyai nada bosan dan nada itu juga membawa satu ketegasan dalamnya.

Menunduk kepala dengan malu, Xiao Yan menggaru kepalanya sebagai tanda menerima arahan Yao Lao.

Selepas melihat kepatuhan Xiao Yan, Yao Lao menghembus nafas lega. Dia membuka tangannya dan satu api putih meletup keluar daripada tapaknya.

Dengan menggunakan pengertian roh untuk mengawal suhu api, Yao Lao mengambil masa ini untuk merenung Xiao Yan yang sedang merenung dengan perasaaan ingin tahu pada api yang berada di tapak Yao Lao. Dengan perasaan ragu-ragu, Yao Lao berbisik dengan senyap. "Pangkat seseorang ahli alkimia boleh ditentukan oleh warna api mereka."

"Ahli alkimia biasa mempunyai api berwarna kuning pudar. Apabila pangkat mereka meningkat, warna api mereka bertukar gelap dan kekuatan api mereka akan bertambah kuat."

Mendengar apa yang dikatakan oleg Yao Lao, Xiao Yan mengelip dan menghala jarinya pada api Yao Lao dan bertanya, "Jadi cikgu, kenapa api awak putih?"

"Haha, apa yang saya kata itu api ahli alkimia yang biasa dinampak. Walau bagaimanapun di dalam bulatan ahli alkimia, selain menggunakan Dou Qi sebagai pemangkin api, ada kaedah lain…" Yao Lao senyum dengan bangga.

"Kaedah itu ialah… meminjam api!"

"Meminjam api?" Kata-kata itu bukan tidak kenal. Xiao Yan memahami setiap perkataan yang dikatakan, tetapi Xiao Yan masih kehilangan. Bagaimana seseorang itu meminjam api untuk menapis pil-pil?

"Betul. Pinjam api." Mengangguk kepala, Yao Lao ketawa kecil. "Di dalam dunia tak terbatas ini, terdapat beberapa Api Kesyurgaan di syurga dan di bumi. Mungkin api itu datang daripada tahi bintang yang terjatuh dari syurga atau datang dari ke dalaman gunung berapi, yang telah beratus-ratus ribu tahun ditempa oleh lava… kuasa Api Kesyurgaan ini banyak kali lebih daripada api yang dicipta melalui Dou Qi. Menapis pil-pil menggunakan api ini boleh meningkatkan keberkesanan ubat. Api Kesyurgaan syurga dan bumi ini sangat hebat dan jarang dinampak. Dan jika seseorang itu ternampak satu pun, ia sukar untuk dikawal."

"Ramai ahli alkimia menggunakan seluruh hidup mereka untuk mencari Api Kesyurgaan ini dan masih gagal untuk memiliki satu. Lagipun, untuk mengawal Api Kesyurgaan, awak perlu membawa api itu ke dalam badan. Walau bagaimanapun, sifat semulajadi api itu liar dan membinasakan. Berlian Keemasan Bermagik itu merupakan salah satu logam paling keras pun, tidak dapat mengawal kehangatan Api Kesyurgaan dan degan badan manusia awak yang lemah, awak akan dibakar hidup-hidup. Justeru itu, hanya beberapa orang yang bernasib baik dapat menapis Api Kesyurgaan dengan jumlah yang sedikit. Apabila api itu bergabung dengan badan, orang jenis sebegini salah satu bakat paling cemerlang di dunia alkimia."

Terpegun untuk seketika, Xiao Yan menjilat bibirnya dan renungannya sedang tertumpu pada api putih yang dikeluarkan oleh tapak Yao Lao dan Xiao Yan terasa satu sensasi dingin dan sejuk.

"Api cikgu ini sejenis Api Kesyurgaan, kan?" Tanya Xiao Yan.

"Hehe." Mengangkat apinya dengan tinggi, muka Yao Lao mengeluarkan satu kilauan cahaya. Dengan mata yang membara, dia berkata, "Di dalam masyarakat alkimia di Tanah Besar Dou Qi, Api Kesyurgaan yang dikenali diberi kedudukan dalam 'Kedudukan Api Kesyurgaan'. Dalam kedudukan tersebut mempunyai 23 jenis api dan kedudukan api saya ialah nombor 11, juga dikenali sebagai Api Kedinginan Tulang". Api Kesyurgaan jenis ini hanya muncul satu kali setiap seratus tahun, apabila gerhana berlaku dan kesejukan melampau Yang dan kepanasan melampau Yin1 berlaku serentak…."

"Api Kedinginan Tulang?" 

Tanpa mengelip mata, Xiao Yan merenung api putih itu dan bersungut pada diri sendiri.

Next chapter