77 Memutuskan Bekalan Bahan-Bahan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Rumah Lelongan Premier, lobi sambutan.

Di atas meja, terletak satu kotak jed kecil, di mana pil-pil ubat diletakkan. Disebabkan oleh kelembutan, kebulatan dan kilauan pil tersebut, satu bau wangi kuat merebak ke seluruh bilik dan menyebabkan semua orang penuh bersemangat dan bertenaga.

Melihat pil-pil tersebut, dua pengurus di Rumah Lelongan Premier, Ya Fei dan Gu Ni tidak dapat menyembunyikan keriangan pada muka mereka.

Melalui jubah hitam, Xiao Yan boleh melihat mereka berdua mula lupa diri. Hal ini menyebabkan Xiao Yan menyindir mereka di dalam hati. 'Jika mereka tahu Yao Lao tidak menggunakan bahan sepenuhnya untuk membuat Serbuk Pengumpul Qi ini, apa akan terjadi dengan wajah mereka?'

Serbuk Pengumpul Qi yang dibawa oleh Xiao Yan tidak sehebat serbuk yang digunakan olehnya, namun serbuk ini yang dicipta oleh Yao Lao dengan separuh hati boleh mengejutkan kedua-dua Ya Fei dan Gu Ni.

"Tuan, teknik kimia awak sangat mengagumkan. Serbuk Pengumpul Qi yang dicipta awak boleh dibandingkan dengan ahli kimia peringkat kelima." Gu Ni memuji pil hijau muda itu dengan sepenuh hati.

Di bawah jubah hitam tersebut, satu suara orang tua kedengaran. "Sila terima Serbuk Pengumpul Qi ini. Selepas mendapatkan begitu banyak pertolongan, saya perlu menunjukkan kesyukuran saya atau saya tidak dapat tidur malam."

Haha, tuan, awak terlalu murah hati. Awak tetamu kami dan bantuan ini merupakan bantuan antara kawan." Ya Fei tersenyum sambil mengangkat kotak itu dengan tangannya yang seperti jed.

Yao Lao tidak membalas. Yao Lao bukan sahaja tidak percaya kata-kata tersebut, Xiao Yan juga tidak percaya. Jika ia seperti yang dikatakan, Rumah Lelongan Premier lama-lama dahulu sudah muflis.

Di dalam baju itu, Xiao Yan mengeluarkan satu keping kertas dan memberinya kepada Ya Fei. Satu suara orang tua kedengaran sekali lagi. "Tolong bantu saya sekali lagi dengan mencari bahan-bahan ini untuk saya."

Menerima kertas itu dengan cepat, Ya Fei merenung kertas itu sebelum bersetuju dengan satu senyuman. Selepas hari itu, dia tidak berani untuk teragak-agak lagi.

Ya Fei memanggil seorang perempuan dengan satu lambaian tangan dan memberi kertas itu kepadanya dan mengarahkannya untuk menyediakan bahan-bahan itu dengan segera.

Xiao Yan menghirup teh daripada cawan teh pada tangannya. Tiba-tiba, Yao Lao teringat sesuatu dan selepas beberapa saat kemudian, Yao Lao berkata, "Cik Ya Fei, saya ada soalan."

Mendengar Yao Lao mula bercakap, Ya Fei tersenyum manis dan membalas dengan lembut. "Silakan, tuan."

"Puak Jia Lie telah membeli banyak bahan-bahan ubat daripada sini, kan?" Yao Lao menyoal dengan nada bosan.

Mndengar soalan ini, jantung Ya Fei menjadi laju dan air mukanya yang ayu itu berubah sedikit. Menoleh renungannya ke arah Gu Ni secara senyap-senyap, dia teragak-agak seketika sebelum membalas. "Ya. Puak Jia Lie telah membeli hampir 100,000 syiling emas bahan-bahan ubat dan bahan-bahan ini… juga mempunyai ciri-ciri penyembuhan."

Mengangkat kepalanya sedikit, suara orang tua itu tiba-tiba hilang menjadikan tempat itu sunyi-sepi.

Atmosfera yang tiba-tiba bertukar itu menyebabkan jantung Ya Fei berdegup laju. Dia tahu lelaki ini sedang bersedia untuk menolong Puak Xiao, namun rumah lelongan terus menjual bahan-bahan ubat dalam kuantiti yang besar kepada Puak Jia Lie. Walaupun dia tidak tahu perangai lelaki itu, kemungkinan besar lelaki tua ini dengki terhadap rumah lelongan.

Suasana di dalam dewan tersebut menjadi tegang. Semua orang memandang lelaki berjubah hitam tersebut. Ya Fei mula gelisah. Jika bukan sebab Gu Ni menghentikan Ya Fei dengan pandangannya, dia sudah lama membuka mulutnya tadi.

"Awak berdua tahu kenapa saya ingin membeli bahan-bahan ubat dalam kuantiti yang besar, kan?" Selepas seketika, suara tua itu memecahkan kesunyian di dalam dewan tersebut.

Menggigit bibirnya sedikit, Ya Fei mengangguk dan membalas dengan nada rendah. "Tuan ingin menapis bahan-bahan itu untuk menolong Puak Xiao, betul?"

"Sebelum saya datang ke sini, saya telah memberikan ubat penyembuhan yang ditapis itu kepada Puak Xiao." Mengangguk, Yao Leo berkata dengan suara yang dalam. "Mungkin dua hari lagi, Puak Xiao dan Puak Jia Lie akan mula menggunakan ubat penyembuhan untuk berlawan populariti di Bandar Wu Tan."

Berdepan dengan topik sebegini, Ya Fei tidak tahu bagaimana untuk membalas, oleh itu dia hanya boleh berdiam diri.

"Kilang ubat-ubat penyembuhan ini menggunakan banyak bahan-bahan ubat gred rendah. Di Bandar Wu Tan, selain dari Rumah Lelongan Premier, tiada kedai ubat yang lain mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan amaun yang begitu banyak." Melihat Ya Fei yang tidak dapat berkata itu, Yao Lao terus menjelaskan dirinya sendiri.

"Peringkat kemudian dalam perlawanan ubat penyembuhan ini, selain daripada harga dan kuantiti, mempunyai pembekalan bahan-bahan ubat juga merupakan satu faktor yang penting."

"Oleh itu, saya harap Rumah Lelongan Premier akan menolak pembelian bahan-bahan ubat daripada Puak Jia Lie mulai sekarang!"

Apabila suara Yao Lao bergema, pandangan Xiao Yan menembusi jubah hitam itu dan tertumpu pada kecantikan seorang perempuan matang di depannya seperti jiwa 'fox spirit' . Dia mempunyai dua bulan lagi sebelum dia meninggalkan Bandar Wu Tan, oleh itu, pada masa ini, dia perlu menolong ayahnya untuk menewaskan Puak Jia Lie. Hanya dengan ini, dia boleh meninggalkan puaknya dan mengikut Yao Lao untuk menjalankan latihannya dengan senang hati.

Muka ayu Ya Fei bertukar sedikit apabila dia terdengar kata-kata Yao Lao. Dalam posisi yang sukar, dia berkata, "Tuan, Rumah Lelongan Premier mempunyai peraturan yang melarang kami daripada terjebak di dalam konflik di antara puak. Jika kami bersetuju dengan permintaan tuan untuk menolong Puak Xiao, ini sudah dikira melanggar peraturan kami….."

"Saya boleh menapis dua Serbuk Pengumpul Qi untuk awak secara percuma." Yao Lao berkata tanpa teragak-agak.

"Tuan, ini bukan pasal penawar, sebenarnya….." Godaan dua Serbuk Pengumpul Qi menyebabkan tangan lembut Ya Fei mula menggeletar, walau bagaimanapun dia terus bertahan.

"Tiga pil…."

"Tuan..." Ya Fei memaksa satu senyuman. Di sebelahnya, muka Gu Ni mula berkerut. '3 Serbuk Pengumpul Qi? Itu...itu sekurang-kurangnya 500,000 syiling emas, kan?'

"Lima pil!" Suara berusia itu bergema dengan nada tidak acuh dan menembusi jantung Ya Fei dengan kuat.

"Hrrrr..." Mata besar Ya Fei ditutup rapat dan dia menghembus nafas dingin dengan ringan. Selepas seketika, tiba -tiba matanya terbuka. Ya Fei ketawa sinis lalu berkata, "Tuan, awak menang. Dari sekarang, Rumah Lelongan Premier tidak akan lagi memberi Puak Jia Lie bahan-bahan ubat!"

"Kekuatan hati Cik Ya Fei betul-betul di luar jangkaan saya. Satu bulan kemudian, saya akan membawa barang tersebut. Sudah tentu, hanya jika Rumah Lelongan Premier tidak mengecewakan saya." Yao Lao berkata dan memberi satu tawa kecil.

"Tuan, jangan risau. Ya Fei tahu siapa penting dan siapa bukan."

Ya Fei sudah mempunyai pengalaman yang banyak di rumah lelongan, oleh itu dia mudah menenangkan dirinya. Di antara Puak Jia Lie dan seorang ahli kimia yang sekurang-kurangnya mempunyai peringkat keempat, ia bukan satu perbandingan pun. Pilihan ini bukan susah untuk dibuat, malah, kesusahan itu lebih kepada bagaimana untuk memilih masa yang tepat untuk mendapat keuntungan yang besar dan Ya Fei sangat berpuas hati dengan hasil sekarang.

avataravatar
Next chapter