webnovel

Di dalam dewan sunyi-sepi itu, mata orang ramai tertumpu pada botol-botol jed di atas meja. Hampir tiada orang yang pernah nampak satu kuantiti penawar yang begitu banyak.

Lidah merah jambu Xiao Yu sedang menjilat bibir merahnya tanpa dia sedari. Xiao Yu juga bingung melihat begitu banyak penawar di atas meja. Tidak lama kemudian, dia menggeleng kepalanya dan menyedarkan diri daripada kebingungan dengan satu sinaran melalui matanya.

Gadis berpakaian hijau yang sedang duduk di sebelah tingkap itu memandang tepat pada meja penuh dengan botol-botol jed dengan matanya yang cantik seperti musim luruh. Gagal mencari apa-apa yang meragukan, dia sambung membaca buku di tangannya.

Di dalam dewan sunyi-sepi itu, lelaki berjubah hitam itu batuk dengan perlahan, membawa orang yang berada di sebelahnya, Xiao Zhan balik ke alam realiti.

"Eh….." Xiao Zhan tersipu-sipu sambil mengeluarkan satu tawa yang penuh dengan rasa malu. Melihat ahli kimia berjubah hitam itu, renungan hormatnya telah mencapai satu lagi tahap yang lebih tinggi. Bukan semua ahli kimia boleh mengeluarkan beribu-ribu botol ubat penyembuh dengan sekaligus.

"Tuan, awak patut tahu situasi Puak Xiao sekarang, kami perlukan ubat penyembuh untuk menarik balik populariti kami. Untuk Puak Xiao, tindakan awak hari ini sememangnya merupakan satu bantuan yang kami sangat perlukan sekarang." Xiao Zhan mengatakan dengan perasaan syukur. Merungut sendirian, Xiao Zhan teragak-agak sebelum berkata sekali lagi, "Apa kata macam ini, Puak Xiao akan mengambil tanggungjawab untuk menjual ubat-ubat ini. Untuk keuntungannya pula, tuan akan mengambil 90% dan 10% lagi akan kita ambil. Walaupun saya tahu ia sesuatu yang memalukan untuk kami berbuat demikian, lagipun, kami perlukan sedikit wang untuk menjalankan urusan seharian kami. Tuan, apa kata tuan?"

Selepas mengatakan cadangannya, Xiao Zhan merenung lelaki berjubah hitam itu dengan gelisah. Dia takut lelaki itu tidak akan berpuas hati dengan syarat-syarat tersebut. Keadaan Puak Xiao sekarang hanya boleh bergantung pada ahli kimia misteri ini.

"Haha." Ahli kimia berjubah hitam itu ketawa sebelum menggeleng kepalanya.

Melihat aksi lelaki itu, air muka Xiao Zhan mula bertukar. Apabila dia ingin mengorbankan 10% itu, satu suara tua mencelanya,.

"Ketua Puak Xiao terlalu bersopan, walaupun penawar-penawar ini ditapis oleh saya, jualan bukan satu kerja yang senang. Saya mana boleh mengambil kesempatan sebegitu…. Mari kita bahagikan sama rata, 50 - 50, haha."

Mendengar kata-kata lelaki berjubah hitam itu, ketiga-tiga tokoh tertinggi yang pada asalnya bimbang dan seluruh ahli puak mereka tiba-tiba membuka mulut mereka, terperanjat. Mereka terpinga-pinga sebentar sebelum mereka mula sedar lalu menyentuh telinga mereka, tidak pasti jika kata-kata lelaki itu benar atau tidak. 50-50? Tuan ini…. bukankah dia terlalu baik terhadap Puak Xiao? Mengenangkan situasi sekarang, jika dia ingin 100% keuntungan juga, Puak Xiao tidak boleh berkata apa-apa.

"Durian runtuh….." Peribahasa ini bergema di dalam hati semua orang sambil memandang antara satu sama lain.

Selepas seketika, Xiao Zhan kembali mendapatkan kewarasannya. Dia menghembus nafas panjang dan ketawa sinis lalu berkata, "Tuan, kata-kata awak amat memeranjatkan. Kami amat berterima kasih akan bantuan awak ini, jadi kami tidak boleh mengambil kesempatan sebegini."

Seolah-olah perkara ini tidak penting, lelaki berjubah hitam itu melambai tangannya dan ketawa dengan bangga. "Keuntungan kecil sebegini tidak menarik minat saya. Jika bukan sebab saya takut awak tidak akan dapat tidur malam nanti, sebenarnya saya malas nak mengutip 50% itu."

Mendengar penjelasan yang begitu angkuh, Xiao Zhan hanya boleh menggeleng kepala dan tersenyum sinis.

"Saya akan tinggalkan penawar-penawar ini untuk awak menjualnya. Jika saya ada masa pada masa depan, saya akan datang dan menyemaknya." Lelaki berjubah hitam itu berdiri dan tersenyum lalu berkata, "Saya masih ada perkara ingin dibuat, jadi saya tidak akan berada di sini lagi. Ketua Puak Xiao tidak perlu menghantar saya, pergi dan aturkan botol-botol jed itu untuk dijual, haha." Dengan begitu sahaja, dia berjalan keluar dari dewan diiringi renungan semua orang.

Sebelum meninggalkan bilik tersebut, ahli kimia lelaki berjubah hitam itu tiba-tiba menghentikan langkahnya. Ketawa dengan lemah, dia berkata, "Sebelum saya pergi, saya cuma nak kata, Xiao Yan bukannya buruk sangat. Haha, selamat tinggal."

Mendengar pernyataan tersebut, Xiao Zhan menggosok kepalanya. Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi lelaki itu sudah keluar dari dewan dan hilang dari pandangannya.

Melihat bayang-bayang lelaki berjubah hitam itu, Xiao Zhan mengeluh kecil dan selepas seketika waktu, dia ketawa sinis dan berkata, "Nampaknya hubungan di antara Yan Er dan tuan ini bukannya biasa-biasa. Kalau tidak, bagaimana orang yang tidak berapa kami kenal ini mahu membantu kami?"

Ketiga-tiga tokoh tertinggi itu bertukar renungan dan menghembus nafas mengeluh dan mengangguk. Daripada cara ahli kimia tua itu memuji Xiao Yan, dia nampaknya amat menyanjungi Xiao Yan dan pertolongan dia kali ini tentulah dikaitkan dengan Xiao Yan.

Di dalam dewan, semua ahli Puak Xiao sebaya Xiao Yan yang baru sahaja mendengar kata-kata lelaki itu, menunjukkan satu wajah cemburu pada muka mereka.

Gadis berpakaian hijau berdekatan tingkap tersebut mengangkat kepalanya sedikit, penglihatan gadis itu merenung ke tingkap tersebut untuk melihat bayang-bayang lelaki tersebut lalu berpusing ke satu sudut. Keningnya yang cantik itu jeas dilihat bersama satu air muka keraguan bersinar terpapar di mukanya.

….

Di luar Puak Xiao, lelaki berjubah hitam itu terus berjalan ke hadapan sehingga dia sampai ke kawasan yang tidak mempunyai ramai orang. Hanya kemudian satu suara rungutan orang muda kedengaran dalam jubah itu. "Cikgu, adakah awak sangat senang sehingga awak perlu menggunakan nama saya dalam setiap ayat. Jika mereka dapat tahu tentang ini, saya tidak boleh menjamin keselamatan awak."

"Hehe, saya hanya menyatakan perasaan saya. Jika bukan untuk Xiao Zhan melayan awak dengan baik sejak muda, di manalah saya akan dapat seorang anak murid yang bagus? Oleh itu, ia sesuai untuk saya berterima kasih kepadanya." Suara orang tua itu membalas dan ketawa. "Jika saya hanya memberi pil-pil itu kepada mereka, ayah awak yang ragu-ragu itu pasti akan percaya saya mempunyai motif yang lain."

Menggeleng kepala dengan tidak bermaya, Xiao Yan melihat ke sekeliling sebelum bertanya. "Mana kita nak pergi sekarang?"

"Kita pergi ke rumah lelongan untuk memberi mereka Serbuk Pengumpul Qi itu supaya kita tak terhutang budi. Ia sesuatu yang saya tidak suka…. Tambahan pula, awak telah menggunakan seluruh bahan-bahan ubat awak untuk melatih, masa untuk beli yang baru." kata Yao Lao sambil tersenyum.

Xiao Yan mengangguk. Dengan satu harapan, dia tersenyum manis dan bertanya. "Cikgu, adakah saya dikira sebagai ahli kimia peringkat pertama sekarang?"

"Tsk, awak ingat awak menapis ubat untuk beberapa hari sudah boleh dikira sebagai ahli kimia? Ubat penyembuhan itu penawar yang paling senang. Benda seperti itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan." Yao Lao menyindir ibarat menyimbah air sejuk padanya.

Menunjukkan mata yang menyampah, Xiao Yan kelihatan muram. "Jadi, bila saya boleh digelar sebagai ahli kimia peringkat pertama?"

"Di dalam dunia kimia, keperluan minima untuk menjadi ahli kimia peringkat pertama untuk menapis satu jenis pil peluru dan bukan seperti mencampurkan inti pati beberapa bahan menjadi adunan sahaja."

"Nampaknya, saya masih jauh lagi." Mendengar syarat-syarat tersebut, Xiao Yan menggeleng kepala dan melangkah ke hadapan ke arah rumah lelongan di bandar raya.

Next chapter