41 Spekulasi Harta Karun

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Adakah Sarjana Mo Yang sehebat yang saya dengar?" Zhang Xuan tanya dengan penuh curiga.

Untuk mampu menarik perhatian orang ramai sebegini, sehingga mereka lari ke arahnya, siapakah sebenarnya Sarjana Mo Yang ini? Apakah kebolehannya sehingga kini.

"Yea, dia seorang yang dihormati ramai!" Rasa hormat boleh didengari dari suara Si Penjual. "Dia seorang pakar penilai barangan!".

"Penilai barangan?" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

Penilai Barangan dan gourmet kedua-duanya merupakan pekerjaan khas. namun penilai barangan tergolong dalam Sembilan Jalan pertengahan.

Walaupun kerja ini tidak terkenal seperti doktor, tukang besi dan pakar formasi, namun ia tetap mampu membuat orang ramai tertarik dengannya.

Ini kerana mereka mampu tahu sama ada sesebuah objek tersebut harta karun ataupun tidak dengan hanya sekilas pandang. Dalam bidang spekulasi harta karun, mereka ini boleh diiktirafkan sebagai Tuhan Perjudian. Ramai orang akan mengikuti mereka apabila mereka muncul di khayalak ramai.

Spekulasi harta karun merupakan sesebuah aktiviti perdagangan seiras dengan spekulasi batu di bumi. Harta karun kuno biasanya bersembunyi di belakang kekotoran dan kulat. Cuma dengan sekilas pandang, kebanyakan orang hanya mampu mengenal pasti apakah objek tersebut. Ia mustahil untuk mereka mengenal pasti spesifikasi dan tahap kejarangan ataupun kekuatan harta karun tersebut.

Identiti dan jurusan daripada itu kekuatan asalnya hanya akan terdedah apabila artifak tersebut dibersihkan!

Ramai penjual harta karun memilih untuk tidak membersihkan dahlu harta karun jualan mereka. Ini sama dengan perjudian baru di mana selepas pembeli membeli artifak berasaskan kebolehan mereka mengenal pasti objek tersebut dan kemudian mengesahkannya selepas membersihkannya.

Jika bernasib baik, mereka mungkin membeli harta karun tahap agung dan ini akan menjadikan mereka jutawan dengan hanya selepas satu pembelian. Jika tidak, mereka mungkin muflis kerana melaburkan terlalu banyak duit membeli sampah.

Syurga di kiri, neraka di kanan, tidak ada jalan pertengahan dalam kegiatan ini.

Disebabkan sifat permainan ini yang tidak boleh dijangka keputusannya, ramai orang ketagih dengannya dan ada yang telah naik gila kerananya.

Peniilai barang mampu mengenal pasti sama ada artifak tersebut harta karun ke bukan. Mereka yang lebih berkemampuan akan mampu mengenal pastinya sebelum artifak tersebut dibersihkan. Oleh itu, walaupun pekerjaan ini hanya tergolong dalam Sembilan Jalan Pertengahan, ramai masih tertarik dengannya.

Lebih-lebih lagi, ia seakan apa yang disentuh mereka akan menjadi emas. Selagi mereka memikirkan sesebuah barangan tersebut harta karun, orang lain akan membelinya tanpa kira betapa mahalnya barang tersebut.

"Sarjana Mo Yang sudah sampai tujuh hari lalu. Khabar angin ialah dia seorang penilai barangan terkenal dari empayar lain namun tidak ada orang yang mengenalinya sebelum ini!"

Si Penjual teruja memperkenalkan Sarjana Mo Yang kepada Zhang Xuan. "Hari pertama, apabila seorang ingin membeli sebuah objek seakan botol arak untuk 100 syilling emas, Sarjana Mo cuba untuk menukar fikirannya. Namun orang ini degil dan akhirnya selepas membersihkannya, ia dibuktikan terdapat masalah dengan objek tersebut dan harganya tidak sampai 1 syilling emas pun!"

"Hari kedua, Sarjana Mo Yang memujuk seorang peninju untuk membeli harta karun dengan harga 200 syilling emas. Orang itu tidak percayanya oleh itu dia tidak membeli harta karun tersebut. Oleh itu, Sarjana Mo Yang sendiri membelinya dan selepas dibersihkan, didapatinya sebuah senjata berkualiti manusia tahap puncak! Ia berharga lebih daripada seribu syilling emas! Daripada itu, dia mengaut keuntungan hampir sepuluh kali ganda dengan hanya satu pembelian! Peninju tersebut menyesal tidak membelinya sehingga berasa seakan ingin membunuh diri.

"Sampai hari ketiga, dia sudahpun mula terkenal dan ramai ingin meminta nasihat daripada dia tentang apa patut mereka beli. Namun, hanya seorang sahaja cukup bernasib baik. Dia menasihatinya untuk membeli sesebuah botol jed kecil berharga 500 syilling emas! Untuk seketika, kebanyakan orang berasa dia sudah membuat kesilapan. Tidak kira betapa hebatnya pasu jed tersebut, mustahil dia berharga begitu mahal…Siapa tahu selepas dia membuka pasu tersebut, pill tahap 6 terjumpa di dalamnya! Malah ada seorang menawarkan 10000 syilling emas dengan serta merta untuk membelinya!"

Mata Si Penjual mula berkelip. " Dengan satu pembelian, orang itu mengaut keuntungan dua puluh kali ganda! Terlalu hebat! Untuk beberapa hari kemudian, dia akan datang setiap hari dan hanya akan menasihati seorang sahaja setiap hari. Namun, setiap orang dinasihatinya sekarang telahpun menjadi kaya! Ramai yang naik gila tentangnya. Oleh itu, mereka mula merempat di sini pagi hingga malam dengan harapan dia memilih mereka untuk memberikan nasihat! Sekarang memandang dia di sini, tidak hairan orang ramai begitu teruja…"

"Hebat!"

Mendengar cerita tentang Sarjana Mo Yang, mata Zhang Xuan juga mula berkelip dan dia mengangguk kepalanya tanda bersetuju.

Untuk mampu mengenal pasti harga sebenar harta karun yang ditembus dalam kekotoran dan kulat, dia mesti hebat dalam menganalisis.

"Eh, baru terfikir…. Saya mempunyai Perpustakaan Jalan Syurga. Adakah mungkin dengan ini, saya mampu membuat itu juga?

Mata Zhang Xuan berkelip.

Perpustakaan Jalan Syurga membenarkan seorang melihat asal usul dan ciri sebenar sesebuah objek hanya dengan menyentuh mereka. Orang lain mungkin memerlukan sedikit nasib dalam spekulasi harta karun, namun dia ada Perpustakaan Jalan Syurga!

"Ada cara senang untuk saya menjadi kaya!"

Selepas mendapat pendapat begitu, Zhang Xuan tidak dapat menahan dirinya yang terlalu teruja.

Dalam spekulasi batu, sebelum membeli batu, seseorang perlu mengkaji beberapa faktor tentang batu untuk mengenal pasti sama ada jed boleh keluar daripadanya. Namun, Zhang Xuan lain. Hanya dengan menyentuh artifak di tangannya, Perpustakaan Jalan Syurga akan dengan sendiri menjana jawapan untuknya. Dengan mengetahui jawapan daripada pembeliannya, ia perkara senang untuknya mengaut keuntungan daripada pembelian dan penjualan semula!

Kebetulan, gajinya sedikit dan dia tidak mempunyai banyak duit. Ini peluang baik untuknya menjadi kaya!

Seperti jangkaannya, ia tidak jauh berbeza dari spekulasi batu dari bumi. Semua harta karun terletak di atas pentas dan setiap daripada mereka ditembusi dengan kulat dan kekotoran lain. Susah untuk orang biasa mengenal pasti bentuk objek tersebut, apatah lagi mahu mengenal pasti nilainya.

"Biar saya cuba dahulu!"

Sememangnya Zhang Xuan tidak mampu membezakan mereka dengan hanya sekilas pandang. Walaupun Zhang Xuan agak Perpustakaan Jalan Syurga mampu mengenal pasti ciri-cirinya, dia tidak dapat mengesahkannya. Untuk berbuat demikian, dia pergi menyentuh artifak di depannya yang sebesar kepala manusia.

Weng!

Dengan segera kepalanya mula bergema dan sesebuah buku terjelma dalam perpustakaannya.

"Pasu Ornamental, dibuat oleh tukang kerja 1-Mo dari Kiln Selatan. Kelemahan: terdapat retakan di tepi dan boleh hancur bila-bila masa sahaja…"

Ciri-ciri artifak tersebut terumus dalam bukunya.

"Walaupun begitu besar, nampaknya ia hanya sampah!" Zhang Xuan berfikir tetapi matanya penuh dengan kegembiraan.

Seperti jangkaannya! Selagi dia menyentuh objek tersebut, dia akan mendapat merumuskan sesebuah buku tentangnya dalam perpustakaan jalan Syurga. Oleh itu, dia tidak perlu takut betapa baiknya harta karun tersebut sembunyi di belakang kekotoran, dia mesti dapat mengenali pastinya dengan tepat!

Kemudian dia menyentuh beberapa lagi artifak besar sebelum dia mula perasan semuanya tidak berharga. Dia sambung menyentuh beberapa lagi artifak di tepi namun semuanya tidak begitu berharga juga. Zhang Xuan tidak dapat menahan keluhan. Tidak hairan penjual artifak mampu mengaut keuntungan dan penilai barangan begitu disanjungi, kemungkinan untuk harta karun betul muncul terlalu rendah!

"Ah, Sarjana, tolong memberikan saya sedikit nasihat!"

"Saya sanggup membayar untuk nasihat kamu!"

"Sarjana, saya merayu pada kamu…"

.....

Sambil dia menyentuh artifak dengan lenang, satu jeritan kedengaran dari luar dewan sebaik sahaja Sarjana Mo Yang ke dalam dewan.

Mata orang di belakang dia merah seakan mereka telah naik gila.

"Sarjana, selagi kamu memberi saya nasihat, perempuan muda ini akan mengikuti semua arahan kamu."

"Sarjana, saya sanggup mengandung anak kamu selagi kamu menasihati saya…"

Terdapat beberapa perempuan yang melekat dengannya untuk cuba menggodanya.

Zhang Xuan bingung melihat fenomena tersebut.

Dia terlalu popular! Ia nampak seakan dengan hanya satu perkataan dari Sarjana Mo Yang, semua perempuan di dewan ini akan sanggup melayannya malam ini!

"Saya akan meninggalkan bandar Diraja Tianxuan malam ini. Untuk menunjukkan terima kasih atas budi baik semua orang, saya akan memberi nasihat kepada lima orang hari ini! Kamu tidak perlu berlawan untuknya. Selagi ia ditakdirkan, kamu akan mendapat peluang kamu!"

Selepas memasuki Dewan Spekulasi Harta, Sarjana Mo Yang berhenti.

Sarjana Mo Yang ini mempunyai janggut putih seakan salji yang mendedahkan usianya. Namun, kulitnya licin tanpa sembarang kedut kebarangkalian kerana dia menjaganya dengan baik. Matanya mengeluarkan aura keagungan yang membuatkan semua berasa serba kekurangan berbandingnya. Oleh itu, tidak ada orang yang sanggup menukar pandangannya.

avataravatar
Next chapter