42 Seseorang Berlakon Segak (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu nak pergi malam ini? Sarjana, kenapa kamu tidak tinggal di sini untuk beberapa hari lagi?"

"Kenapa kamu meninggal cepat sangat?"

Apabila mendengar Sarjana Mo Yang akan meninggalkan bandar perdagangan malam ini juga, semua orang nampak gelisah.

"Saya masih ada urusan lain!" Sarjana Mo Yang berkata. Dia berjalan seakan seorang pakar dan fikirannya kepada orang ramai seperti sungai mengalir, sukar untuk dibaca. "Begini, saya akan meningkatkan penilaian harta karun daripada lima kepada sepuluh setiap hari! Kamu semua pun tahu, menilai harta karun bukan kerja senang, ia menggunakan tenaga yang banyak. Sepuluh ialah had fsaya..

"Sarjana, jangan risau! Selagi kamu menilai harta karun untuk saya, saya sanggup membayar kamu…" Seorang lelaki pertengahan tahun jerit dari khayalak ramai.

"Yea! Kami sanggup membayar kamu!"

"Selagi tuan sarjana memiliih sesuatu untuk saya, tidak kira harga barangan tersebut, saya sanggup bayar sarjana jumlah yang sama !"

Ramai orang mula menjerit tawaran mereka selepas mendengar penjelasannya.

Berdasarkan sejarah penilaian sarjana tersebut, semua yang telah menerima nasihatnya telah mengaut keuntungan beberapa kali ganda. Selagi mereka mendapat harta karun tulen, membayar sedikit wang pampasan tidak banyak pun secara bandingan.

"Hmph!"

Sarjana Mo Yang melambaikan tangannya dan menyampuk perbincangan khayalak ramai. Sambil mengerut dahinya, dia berkata dengan aura agungnya, "Saya, Mo Yang, tidak belajar penilaian harta karun untuk mendapatkan duit. Sebab saya menilai harta karun untuk kamu bukanlah sebab saya mahu duit kamu! Kalau saya hendak jadi kaya, lebih baik saya membeli dan menjualnya sendiri!

"Keng…."

Hadirin terpaku senyap.

Perkataannya tidak salah. Dengan mata tajamnya, dia boleh menjadi kaya dengan hanya membeli dan menjual balik harta karun itu dengan sendiri tanpa perlu pertolongan orang lain.

"Sebab saya berjanji menilai harta karun untuk kamu semua kerana budi baik kamu telah menyentuh hati saya. Harta ini akan datang dan pergi begitu sahaja! Duit senang didapati tetapi persahabatan itu sudah tidak ternilai!"

Dengan kedua dua tangannya di belakang, Sarjana Mo Yang mengeluarkan aura seorang wali yang manusia biasa hanya mampu memuja. Dia menyambung, "Sebab saya berjanji untuk menilai harta karun untuk kalian kerana hubungan kita dan bukan untuk duit. Kalau kamu sambung cakap tentang duit, jangan harap saya akan menilai untuk kamu!"

"Sarjana, perkataan kamu terlalu betul! Kamu ini merendah diri!"

"Kami tidak akan mampu menandingi tuan dari segi moral dan etika!"

"Saya tidak pernah mengalah kepada sesiapapun dalam hidup saya. Hari ini, kamulah orang pertama saya mengaku kalah kepada sarjana!"

...…

Mendengar perkataan Sarjana Mo Yang, mereka yang tadi menjerit menawarkan duit sekarang terdiam dengan rasa malu dengan diri sendiri.

Sambil melihat bagaimana dia membawa dirinya lalu membandingkan dengan diri sendiri, sememangnya tidak ada bandingannya pun.

Tidak hairan dia seorang sarjana.

"Namun, sebelum saya mula menilai barangan untuk kamu semua, ada sesuatu saya hendak memberitahu kamu. Seorang penilai hanya boleh menilik kemungkinan untuk mendapatkan sesebuah harta karun. Saya tidak boleh berjanji kamu akan mendapat harta karun dengan 100 peratus!"

Sarjana Mo Yang terus berkata.

"Sarjana, kami semua tahu penilaian harta karun mempunyai risikonya. Namun, kebolehan kamu menilai harta karun daripada sampah sudah cukup bagus bagi kami. Oleh itu kami percaya pada kamu!"

"Kami percaya pada penilaian tuan sarjana!"

"Kami tahu peraturannya, bagaimana mungkin kita boleh sentiasa menjumpai harta karun? Namun, kami percaya penilikan tuan sarjana akan pasti mengaut keuntungan untuk kita!"

...…..

Semua orang mula menjerit dengan serentak.

"Memandang semua orang percaya pada saya, saya akan mulakan dahulu. Siapa di sini mahu saya menilai artifak untuk mereka?" Sarjana Mo Yang meneliti persekitaran.

"Saya!"

"Saya…"

Dengan segera, semua orang mula mengangkat tangannya dan melompat dengan keghairahan.

Jelas penilik ini terkenal. Setiap ayat mereka membuat semua melompat dengan kegembiraan.

"Baiklah, kamu!"

Sarjana Mo Yang menuding pada seorang gemuk pertengahan tahun , orang tersebut berjalan keluar dari gerombolan manusia di depan Sarjana Mo Yang sambil mendapatinya sukar untuk percaya dia telah dipilih. "Saya…..betul betul saya?"

"Ya kamu!" Sarjana Mo Yang mengangguk kepalanya sambil senyum, aura seorang sarjana melimpah daripadanya daripada aksinya.

"Terima kasih, sarjana!"

Orang tersebut melonjak kegembiraan tidak percaya pada nasib baiknya. "Tuan sarjana, boleh saya tanya yang mana patut saya beli?"

"Biar saya lihat!"

Melambaikan tangannya, dia berjalan ke hadapan. Dengan tenang dia mengimbas semua artifak di depannya.

Semua orang senyap menyaksikan aksinya, tidak berani bercakap kerana takut mengganggunya.

Tidak lama kemudian, dia berhenti dan meletakkan tangannya di atas satu artifak. Selepas merasai bentuknya dengan teliti, dia seakan mengunakan teknik khas yang membuatkan seluruh badannya menggeletar. Sejurus kemudian, mukanya ternampak pucat.

"Baiklah, kamu boleh beli yang ini. Saya baru meniliknya dengan teknik khas saya dan rasanya ia amat berharga!"

Sarjana Mo Yang berpaling ke belakang dan memberitahu orang tersebut.

"Yang ini?"

Mata orang tersebut berkelip sambil dia bergegas ke hadapan untuk melihat.

Artifak tersebut besar dan seakan dimakan oleh kekotoran yang menyelebunginya sehingga ternampak seakan sesebuat batu tongkol.

Harta karun seperti ini antara yang paling susah untuk dibersihkan. Lebih-lebih lagi, dengan saiznya setinggi seorang lelaki, ia akan mengambil sehari dua untuk membersihkannya.

"Un!" Sarjana Mo Yang mengangguk kepalanya.

"Memandang tuan sarjana yang menasihati saya, saya akan membelinya!" Orang tersebut mengangguk kepalanya sambil melihat Si Penjual. "Berapa Harganya?"

"50000 syilling emas!" Si Penjual dewan spekulasi harta karun melangkah ke hadapan.

"50000?" Orang tersebut terpegun.

Ini bukan jumlah kecil. Walaupun dia kaya, ini batas kepada apa yang mampu dia bayar.

Walaupun seorang guru terkenal berpangkat tinggi seperti Shen Bi Ru pun, dia hanya mendapat 1000 syilling emas sebulan. Dia pun akan mengambil beberapa tahun untuk mencapai 50000.

"Beli sahaja! Dengan nasihat sarjana tersebut, kalau kamu tidak belinya saya akan!...." Selepas melihat keraguannya, seseorang dari khayalak ramai menjerit.

"Memang, nasihat tuan sarjana ini tidak mungkin salah. Ia mungkin berharga 50000 sekarang, tetapi kalau ia beharga 1000000 selepas dibersihkan, kamu semestinya seakan telah menjumpai lombong emas.."

"Beberapa kali lalu, harta yang dinilai sarjana ini semua murah sahaja. Kali ini nampaknya dia tidak lagi menahan dirinya. Kamu betul-betul bernasib baik…"

Ramai orang mula menjerit.

"Baikla! Saya akan membelinya!"

Selepas meragu-ragu untuk seketika, orang tersebut bertekad dan membayar.

"Baiklah, seterusnya!"

Selepas orang itu membeli artifak tersebut, Mo Yang nampak seakan telah sembuh dari keletihannya dan mula meneliti sekali lagi sekeliling.

"Saya!"

"Saya…"

Semua orang sekali lagi mengangkat tangannya dengan cepat. Zhang Xuan berpaling ke belakang dan perasan Si Penjual yang menjualnya Rumput Kesejukan Matahari juga mengangkat tangannya. Tangannya tinggi diangkat sambil dia mengangkat tangan dengan muka teruja.

"Kamu!"

Sarjana Mo Yang memilih seorang lagi. Kali ini, ia seorang tua berpakaian segak. Dengan sekilas pandang, jelas dia amat kaya.

Sama dengan dahulu, dia mengimbas melalui semua artifak dan akhirnya berhenti pada satu daripada mereka.

"80000 syilling emas!"

Artifak ini lebih mahal daripada yang sebelum ini. Namun orang tua ini tidak ragui nasihat tersebut dan terus membayar.

"Ini….bukankah ini Pasu Ornamental yang dibuat olehh tukang kerja 1-Mo dari Kiln Selatan? 80000 syilling emas?"

Selepas meneliti sekali lagi artifak yang dipilih oleh Sarjana Mo Yang untuk orang tua tersebut, Zhang Xuan seakan tidak boleh percaya apa yang dilihatnya.

Dia mungkin tidak dapat mengenal pasti semua artifak di situ kerana dia belum lagi sempat melihat mereka semua namun dia telah meneliti artifak yang Sarjana Mo Yang pilih itu. Ia mungkin besar tetapi ia hanya pasu hiasan. Ia tidak berharga 1 syilling emas pun apatah lagi 80000 syilling emas.

"mungkinkah dia salah…."

Zhang Xuan terus melihat muka angkuh Sarjana Mo Yang dengan penuh kebingungan. Tiba-tiba, Perpustakaan Jalan Syurga bergema dan sesebuah buku terjelma.

Perkataan 'Mo Yang" jelas tertulis di atasnya.

"Ini…ini.."

Sambil melihat muka surat buku tersebut, bibirnya menggeletar dan mukanya menunjuk ekspresi pelik.

avataravatar
Next chapter