80 Bagaimana Saya Nak Ajar Kamu?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tetua dari Persatuan Guru sama seperti ketua daripada Kementerian Pelajaran dalam dunia lepas Zhang Xuan. Mereka mempunyai kebolehan untuk melucutkan jawatan seseorang guru dalam sesebuah akademi.

"Tetua Mo, bukankah kita ini kawan semenjak kecil lagi, tolong lepaskan saya…" Selepas mendengar hukuman tersebut, Shang Chen bercakap dengan cepat.

Pada saat ini, dunia di sekelilingnya mula runtuh.

Dia sendiri menyuruh tetua Mo datang ke sini. Asalnya, niatnya untuk menggunakannya untuk melucutkan lesen perguruan Zhang Xuan, namun… dia hanya berjaya meremukkan kedua-dua kakinya dengan batu yang dia cuba gerakkan. Akhirnya dia sendiri dipecat!

[Bagaimana situasi ini boleh menjadi sebegini teruk?]

"Ini semua salah kamu, budak manja!"

Semakin dia berfikir, semakin dia marah. Melihat Shang Bin, dia tidak dapat menahan niatnya untuk bergegas ke arahnya dan menyepaknya untuk melepaskan kemarahannya.

Jika bukan kerana desakannya untuk membuat hal ke atas Zhang Xuan, dia sendiri tidak akan berada dalam situasi ini sekarang.

Sekarang, bukan sahaja dia Zhang Xuan tidak dapat diapa-apakan, malah dia sendiri dilucutkan jawatan daripada semua posisinya di akademi, paling teruk sekali, reputasinya sekarang sudah hancur dengan sepenuhnya. Boleh jadi, selepas perkara ini diketahui ramai, dia akan dibenci oleh semua nanti.

Walaupun betul dia tidak melakukannya, namun… seseorang perlu mempercayainya dulu!

[Daripada semua orang di dunia ini, kamu memilih untuk menjahanamkan atuk kamu yea…]

"Lepaskan kamu? Tetua Shang, disebabkan kita sudah berkawan lama jadi saya tidak mahu menyentuh hal berkaitan dengan melucutkan lesen perguruan kamu. Jika tidak, kemungkinan besar jika saya melaporkan kepada Persatuan Guru kerana menindas guru lain, tidak hairan kamu juga akan dilucutkan lesen perguruan kamu!" Tetua Mo berkata dengan keras. "Baik kamu berjaga-jaga pada masa hadapan!"

Tetua Shang tahu apa dikatakan tetua Mo benar. Lututnya mulai berasa lemah lalu dia terhempas ke lantai. K esedihan melampau melandanya seperti mengalami kematian ibu bapa.

"Cikgu Zhang, kami telah menyusahkan kamu hari ini. Untuk sampah sebegini muncul dalam kalangan guru merupakan kesalahan pihak Persatuan Guru!" Selepas selesai dengan ketiga-tiga orang tersebut, Tetua Mo berpaling melihat Zhang Xuan dengan muka meminta maaf.

"Jangan risau. Memang biasa untuk satu dua kepingan sampah muncul kadang-kala!" Zhang Xuan melambaikan tangannya seakan menunjukkan dia langsung tidak peduli pun tentang perkara tersebut.

Melihat telatahnya, semua orang sekali lagi berasa kagum terhadapnya.

[Lihat tak? Inilah kemuliaan yang patut ada pada setiap cikgu!]

"Bagus, jika begitu, saya akan pulang ke persatuan dulu untuk menguruskan perkara ini. Saya akan memastikan cikgu Zhang akan menerima laporan dan penjelasan terhadap perkara ini!" Selepas itu, Tetua Mo menjeling tetua Shang Chen dengan penuh kebencian untuk seketika sebelum berpaling dan bergegas keluar.

"Cikgu Zhang, mari kita bertolak juga. Kamu masih perlu mengajar saya tentang seni lukisan!"

Pada saat ini, Cao Xiong sedang disebat sehingga di ambang ajal. Selepas melihat situasi tersebut selesai dengan puas, Bai Xun berjalan ke arah Zhang Xuan dengan senyuman lebar.

"Baiklah!"

Sambil mengangguk kepalanya, Zhang Xuan berjalan keluar dari Menara Pencerahan Niat bersama dengan yang lain.

Sebenarnya, dia bernasib baik dapat keluar daripada situasi ini dengan selamat.

Jika bukan kerana kemunculan suku Wang, Bai Xun dan Huang Yu tepat pada masanya, jika dia mampu dapat menangani situasi tersebut pun, mesti ia menggunakan terlalu banyak tenaga.

Lebih-lebih lagi hal berkaitan dengan Zhao Yanfeng.

Sebenarnya, dia berbohong sedikit tentang situasinya.

Zhao Yanfeng sebenarnya menghidapi Kecacatan Meridian Sempit dan bukannya Kecacatan Meridian Tersekat!

Kecacatan Meridian Sempit, menggunakan contoh daripada hidup lepasnya, sama seperti jika orang lain mempunyai jalan 8 arus, dia hanya mempunyai jalan basikal.

Dengan arus yang begitu sempit, tidak hairan dia akan berasa dirinya seakan dicarik menjadi dua apabila tenaga rohani mengalir melaluinya. Oleh itu, tahap pertapaannya akan lambat dengan melampau dan ini menyebabkan batas kepada apa yang mampu dikecapinya.

Namun, terdapat perbezaan antaranya dengan Kecacatan Meridian Tersekat.

Kecacatan Meridian Tersekat seperti seseorang mempunyai paku dan jarum dalam arusnya, menghalang tenaga rohani sepenuhnya. Sebaliknya, Kecacatan Meridian Sempit pula, walaupun arusnya terlalu sempit, dia masih akan mampu mengalir tenaga rohani, membenarkan mereka bertapa tanpa masalah.

Semasa pertapaannya hilang kawalan sebelum ini, tidak syak arusnya telah membesar, membenarkannya bertapa dengan lebih senang. Itulah sebabnya pertapaannya mencapai kemajuan dengan cepat, membenarkannya mencapai alam Juxi Puncak.

Namun, insiden tersebut telah mencederakan badannya dengan teruk. Alam Juxi puncak telah merupakan kemajuan tertinggi untuknya. Ia mustahil untuknya mencapai kemajuan lagi.

Sebagai pampasan kepadanya, Zhang Xuan telah menolongnya mencapai kemajuan. Pada masa sama, dia membersihkan segala trauma yang disebabkan oleh diri lepasnya, membunuh dua burung dengan satu batu.

Sekurang-kurangnnya, selepas insiden ini, tidak ada orang lagi akan mampu menggunakan insiden pelajar hilang kawalan ini terhadapnya lagi.

Bagaimana pula dia berjaya membantu Zhao Yanfeng mencapai kemajuan, sebenarnya teori di sebaliknya senang sahaja.

Selepas mengimbas melalui semua buku di Pavillion Kompendium, dia telah berjaya menjana Seni Suci Jalan Syurga untuk 1-Dan, 2-Dan dan 3-Dan. Selepas bertapa semalam, dia sudah menyedari jalan betul dan terpantas untuk mencapai kemajuan. Lagipun, memandangkan dia mempunyai zhenqi bertaraf terulung dalam badannya, tidak susah untuk memandunya ke jalan betul untuk mencapai kemajuan.

"Mulai dari hari ini, saya tidak akan lagi berada dalam kemungkinan untuk dipecat lagi!"

Merasai beban yang dipikul hatinya terlerai, dia mengeluh dengan penuh kelegaan.

Selepas dilahirkan semula, dia sentiasa berada dalam situasi di mana dia boleh dipecat pada bila-bila sahaja. Walaupun selepas dia mendapat beberapa orang pelajar, dia masih merasai kemungkinan tersebut membelengguinya. Namun sekarang, kemungkinan tersebut telah hilang dengan sepenuhnya!

Apabila keluar daripada Menara Pencerahan Niat, dia memberikan kebenaran untuk Wang Yan mendengar dari tepi dalam kelasnya, sama seperti Wang Tao, hanya dengan ini ke semua dari suku Wang setuju untuk bertolak.

Zhao Yanfeng pula, dia hanya terus menatap cikgu Zhang. Jelas kebolehan Zhang Xuan telah memenangi hatinya dan dia berharap dia akan sekali lagi menerimanya untuk berada di bawah perguruannya.

Namun, dengan segera, Zhang Xuan menolak cadangan tersebut.

[ Kamu ini mesti bergurau!

Saya ini seorang yang dilahirkan semula dengan tangan midas, seorang yang pada suatu hari nanti akan menjadi Guru Sarjana. Jika saya membenarkan orang memasuki dan meninggalkan kelas saya sewenang hati, air muka saya ini hendak letak di mana?

Zhang Xuan lepas telah menyebabkan kamu hilang kawalan, oleh itu saya telah memberi pampasan kepada kamu dengan menolong kamu mencapai Peninju 2-Dan. Dendam kita sepatutnya sudah selesai dan saya tidak mahu lagi menyentuh tentang perkara ini lagi.]

Kerana ditolak oleh Zhang Xuan, kesedihan jelas terpapar pada muka Zhao Yanfeng. Namun, selepas seketika, dia teringat sesuatu dan ketekadan sekali lagi muncul dalam matanya sekali lagi. Berpaling ke belakang, dia mengikuti Wang Yan dari belakang dan bergegas.

"Cik Muda Huang Yu, boleh saya tahu bagaimana seseorang menjadi Guru Sarjana Madya?"

Sambil berjalan dengannya, dia tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya.

Selepas insiden ini, dia menyedari hanya terdapat satu jalan untuk dia hidup di dunia ini tanpa ditindas orang lain ialah dengan menjadi seorang Guru Sarjana!

Untuk menjadi seorang Guru Sarjana, dia mesti menjadi seorang Guru Sarjana Madya dahulu.

"Guru Sarjana Madya ini hanya gelaran sahaja. Tidak sama dengan Guru Sarjana, seorang Guru Sarjana Madya ini tidak perlu melalui sebarang ujian! Ia berkait rapat dengan nasib. Selagi kamu menarik perhatian seorang Guru Sarjana dan dia menjemput kamu menjadi penolongnya, kamu terus akan dikira sebagai seorang Guru Sarjana Madya!" Huang Yu menjelaskan.

"Oh!" Zhang Xuan menangguk kepalanya.

Sebenarnya, pangkat Guru Sarjana Madya ini sama dengan Professor Madya dalam hidup lepasnya. Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang kuasa sebenarnya dan hanya lebih seperti seorang juru cakap, mereka tetap mewakili nama baik Sarjana Guru tersebut dan kerana itu mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.

"Kamu seorang Guru Sarjana Madya, jika begitu, kedai buku itu…" Zhang Xuan melihat Huang Yu dengan keraguan.

Dia terkejut mendapat tahu Huang Yu seorang Guru Sarjana Madya. Sebelum ini, apabila dia menyedari dia dapat berjalan keluar dan masuk dari rumah Lu Chen, dia sudah tahu dia mungkin seorang hebat. Cuma, dia tidak menjangkakan ia begitu hebat sekali.

Lebih-lebih lagi, sekali seorang Guru Sarjana Madya, dia akan lebih berpengaruh daripada tetua di Akademi Hongtian. Tidak ada sebab untuknya membuka kedai buku kecil di pasar.

"Secara kebetulan sahaja saya telah menarik minat cikgu Liu dan dia telah menerima saya sebagai Guru Sarjana Madya, tetapi, memandangkan saya ini masih muda lagi, saya memerlukan lebih banyak pengalaman untuk membina kepercayaan terhadapnya. Oleh itu, saya patuh kepda arahan cikgu Liu dan memilih untuk membuka sebuah kedai di bandar untuk menimba pengalaman. Pada masa sama, saya juga dapat membaca dengan lebih banyak untuk mengaut ilmu…" Huang Yu menjelaskan.

Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

Mengetahui dan meneliti kebenaran daripada sesebuah perkara merupakan kemahiran berkait terus daripada bidang pekerjaan seorang guru, manakala membina kepercayaan merupakan kepakaran yang mendalam.

Jangan memandang rendah kebolehan seorang pengurus kedai kecil. Kadang kala, mereka orang yang mempunyai pemahaman yang tidak terbanding yang berkait rapat dengan kelakuan dan keperibadian seseorang.

Kadang-kala, cara terbaik untuk memahami kelakuan dan keperibadian seseorang sambil membina keperibadian diri, ia berfaedah untuk bermula dari dasar.

Selaku anak perempuan ketua Persatuan Guru, Huang Yu dibesarkan dengan segala kekayaan dan kesenangan. Sebab kenapa guru Liu menyuruh dia berbuat demikian untuk membina keperibadiannya serta memberinya peluang untuk menimba ilmu duniawi.

Selepas berbual seketika, dia menyedari beberapa perkara tentang Guru Sarjana dan Guru Sarjana Madya.

Dalam dunia ini, pekerjaan guru amat dihormati ramai. Guru lebih dihormati di sini daripada dunia lepasnya.

Doktor, penempa senjata, penilai barangan… serta ramai lagi pekerjaan daripada Sembilan Jalan Teratas, tidak ada satu daripadanya pun mampu bertanding dengan Guru Sarjana.

Namun, ia seperti dijangkakan. Tidak kira ia pertapaan ataupun pekerjaan lain, seorang akan memerlukan guru untuk mengajar mereka. Jika seorang tidak menghormati guru, bagaimana mungkin mereka akan dapat maju nanti?

"Baiklah, Apa yang Sarjana Lu Chen hendak menguji kamu sehinggakan kamu berdua ini ingin belajar di bawah saya?"

Selepas memahami kedududakan dan pengaruh seorang guru, Zhang Xuan bertanya sesuatu lagi yang membelenggui fikirannya.

Bai Xun anak sulung Zhennan Wang manakala Huang Yu pula anak perempuan ketua Persatuan Guru, tambahan juga, dia sendiri merupakan Guru Sarjana Madya. Secara logiknya, daripada kedudukan mereka sahaja, mereka tidak perlu diuji oleh sesiapa pun.

"Sarjana Lu Chen mempunyai sesebuah lukisan yang telah disembunyinya untuk beberapa tahun ini yang dipanggil Lukisan Daylily Dakwat… kerana kami berdua mengingininya, Sarjana Lu Chen dengan sengaja meletakkan soalan senang untuk menguji kita.

Huang Yu menjelaskan.

"Lukisan Daylily Dakwat?" Zhang Xuan berkedut. "Lukisan asli Pelukis Sarjana Mo Chenzi, Lukisan Dailily Dakwat itu? Kedua-dua kamu tidak faham pun lukisan tersebut… kenapa kamu inginnya?"

Dalam beberapa buku yang diimbas Zhang Xuan dalam Pavillion Kompendium lepas, terdapat ramai rekod tentang Lukisan Daylily Dakwat ini. Ia dikatakan merupakan harta karun tinggalan seorang Pelukis Sarjana seabad lalu. Harga lukisan tersebut tidak terhingga.

"Ia… hadiah!"

Muka Huang Yu menjadi merah

"Hadiah?"

Dengan segera Zhang Xuan menyedari sesuatu.

Dia dan Bai Xun mahu lukisan tersebut pada masa sama dan memintanya dari Sarjana Lu Chen. Sarjana bersetuju untuk memberinya kepada mereka jika mereka dapat melepasi ujiannya dahulu.

Ujian tersebut jika tidak silap dia merupakan penilaian lukisan.

"Sarjana Zhang, kamu mempunyai fahaman begitu mendalam terhadap lukisan, mampu melihat segala masalah dengan hanya sekilas pandang. Boleh kamu mengajar kita?"

Bai Xun menatapnya dengan penuh perasaan ingin tahu.

"Yea, tolong ajar kami berdua!" Huang Yu berpaling melihat Zhang Xuan.

"Mengajar kamu berdua?"

Sebab dia dapat menilai lukisan Sarjana Lu Chen sebelum ini ialah dengan pertolongan Perpustakaan Jalan Syurga. Hakikatnya… dia sendiri tidak tahu sebarang pun tentang lukisan, bagaimana pula dia hendak mengajar mereka?

Melihat mata kedua budak itu yang penuh ekspektasi, Zhang Xuan hanya mampu menggaru kepalanya dengan kekok, tanpa mengetahui apa hendak dibuatnya.

Tamat segmen pertama!

avataravatar
Next chapter