79 Keghairahan Memperakui Guru

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Seperti dikatakan Cikgu Zhang, saat dia melepaskan peluang ini, dia akan memerlukan lebih banyak masa untuk mencapai kemajuan yang sama. Sekali seseorang ketinggalan di belakang orang lain, dia akan sentiasa selangkah terlewat di belakang mereka. Dia tidak mahu sentiasa mengejar bayangan rakan seusianya.

Dia tidak begitu percaya perkataan Zhang Xuan, namun, dengan begitu ramai guru di sini, dia tidak percaya cikgu Zhang akan berani mengakibatkan pertapaannya untuk hilang kawalan sekali lagi.

"Baiklah. Saya bersyukur dengan keputusan kamu!"

Sambil mengangguk kepalanya, Zhang Xuan mengimbas bilik tersebut sebelum berjalan ke arah dan kemudian mengambil sekotak jarum perak. Kemudian, dia memberi arahan kepada Zhao Yanfeng. "Duduk dalam posisi bertapa. Jangan benarkan fikiran kamu untuk berkeliaran. Saya akan menggunakan jarum ini untuk membuka titik akupoin kamu demi meningkatkan kadar akumulasi tenaga rohani kamu. Kamu hanya perlu cuba dengan sedaya upaya untuk melepasi alam Zhenqi ke alam Dantian!

"Baiklah!" dengan tekad, Zhao Yanfeng tidak lagi meragui lagi lalu dia duduk dan mengikuti arahan Zhang Xuan.

Zhang Xuan berjalan ke hadapan dan mencucuk sebilah jarum ke satu akupoin Zhao Yanfeng. Sejurus selepas itu, zhenqi mula melimpah masuk ke dalamnya.

Memandang dia mengikuti Seni Suci Jalan Syurga dalam pertapaannya, zhenqinya sejernih air bukit. Saat ia melimpah masuk ke badan Zhao Yanfeng, kekangan dalam titik acupoinnya telah terlerai dengan serta merta.

Titik akupoin seorang petapa biasa seakan lubang kecil bertopeng penapis, manakala zhenqi tidak jernih seperti air lumpur. Ia mustahil untuk membersihkan akupoin mereka menjadi bersih dengan zhenqi tidak jernih. Sebaliknya, Zhenqi Terulung pula seperti air jernih. Walaupun orang lain mungkin tidak mampu membersihkan akupoin mereka sehingga bersih dalam masa dua tahun, dia akan mampu melakukannya dengan senang.

Saat akupoin tersebut terbuka sahaja, tenaga rohani di persekitaran dengan segera melimpah masuk.

Hu hu hu hu!

Dengan tangannya yang setangkas tiupan angin, dia sambung mencucuk lapan lagi jarum sekaligus pada badan Zhao Yanfeng.

Sembilan jarum telah membuka sembilan titik akupoin di badan Zhao Yanfeng. Tenaga rohani yang sebelum ini mengalir masuk seakan sungai kecil ke dalam badannya dengan sekaligus bertukar menjadi air terjun, melimpah masuk dengan deras sebelum berkumpul di lautan rohaninya.

Boom!

Zhao Yanfeng berasa sesebuah letupan terledak di dalam mindanya. Dantiannya yang terkekang sebelum ini terbuka dengan sekelip mata. Ia seakan baldi besar, menjadi tempat mengumpul segala tenaga rohani yang melimpah masuk ke badannya.

"Ini…"

Zhao Yanfeng bergegas untuk berdiri, kemudian menyediakan dirinya untuk menumbuk Tiang Batu Pengukur Kuasa tidak jauh daripadanya.

Boom!

150kg!

Peninju 2-Dan alam Dantian tahap asas!

"Saya…saya…"

Selepas melihat nombor yang terjelma, Zhao Yanfeng terkejut. Asalnya, dia ingat ia akan memerlukan sekurang-kurangnya setengah tahun lagi untuknya berjaya mencapai kemajuan dan maju ke alam seterusnya. Namun, dengan pertolongan Zhang Xuan, dia berjaya dengan hanya sekelip mata.

Ia tidak mengambil masa satu jam pun!

"Terima kasih cikgu Zhang!"

Padah!

Setiap satu keraguan, kemusykilan dan prasangka buruk lesap dari mindanya dan dengan segera dia berlutut di depan Zhang Xuan sambil memberi hormat kepadanya.

Pada saat ini, dalam firasat hatinya, dia yakin segala perbuatan lepasnya untuk kebaikannya!

Bagaimana mungkin seorang guru, yang mampu menolong seorang mencapai kemajuan dengan begitu senang, mengajar salah sehingga seorang anak muridnya hilang kawalan?

Untuk berfikir dia meragui niat seorang guru semulia ini, sehingga menghina dia!

Dia ini lebih teruk dari binatang!

DIa mesti buta untuk meninggalkan guru ini untuk memperakui cikgu Lu Xun. Jika terdapat peluang, mesti dia akan menarik diri daripada pengajarannya untuk balik kepada Zhang Xuan.

"Dia betul betul mencapai kemajuan?"

"Untuk menolong seorang Peninju 1-Dan mencapai kemajuan dalam masa kurang sepuluh minit…"

"Mesti saya ini sedang berkhayal? Bagaimana dia melakukannya dengan hanya mencucuk beberapa jarum?"

Sementara Zhao Yanfeng berasa menyesal ke atas kelakuannya, Ketua Suku Wang Hong, Tetua Mo dan lain terlalu terkejut ke atas apa yang sedang dilihat mereka. Mata mereka terbeliak dan mulut mereka terbuka sambil berasa seakan semua yang diketahui mereka tentang dunia ini sedang runtuh begitu sahaja.

Asalnya, mereka ingat Zhang Xuan sekadar membesarkan dirinya dan ingat ia mustahil untuknya berjaya. Namun, selepas melihat dengan mata mereka sendiri apa yang asalnya mustahil menjadi kenyataan, kejutan tersebut sangat melampau sehingga air mata mula mengalir.

Mereka melihat Zhang Xuan sekali lagi, tetapi kali ini, mata mereka membara dengan keghairahan.

Sebelum ini, untuk mereka mencapai kemajuan daripada 1-Dan, mereka perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, melihat Zhao Yanfeng, ia seakan semudah makan dan minum.

Kenapa dahulu mereka tidak berjumpa dengan cikgu Zhang?

"Cikgu Zhang, tolong menerima saya sebagai anak murid kamu!"

Wang Yang, yang datang dengan Wang Tao dan lain, berjalan ke hadapan dan melutut di depannya.

Sebelum ini, dia masih ingat cikgu Lu Xun jauh hebat daripadanya, oleh itu, dia tidak setuju keputusan ketua suku dan atuknya. Namun, selepas melihat bagaimana cikgu Zhang menolong Zhao Yanfeng mencapai kemajuan dalam masa sepuluh minit sahaja, dia sendiri tidak dapat menahan godaannya lagi.

"Un?" Zhang Xuan mengelip matanya.

"Saya tahu bakat Yan-er hanya sederhana sahaja, tetapi saya merayu cikgu Zhang untuk tidak menolak permintaannya!" Tetua kedua dari Suku Wang berjalan keluar, Dengan muka penuh senyuman, dia sambung, "Selagi cikgu Zhang menerima dia, saya sendiri sanggup menjadi anak murid kamu juga. Saya pasti nama cikgu Zhang akan tersebar dengan luas jika kamu menerima seorang pakar alam Pixue menjadi anak murid kamu. Mesti tidak ada orang akan meragui kamu lagi!"

"Tetua kedua! Boleh tak kamu ini beradab sikit? Untuk berfikir kamu akan cuba tawar menawar beli satu percuma satu sebegini, tak tahu malu betul!" Tetua besar bercakap sambil melambaikan tangannya lalu melihat Zhang Xuan dengan pernuh hormat. "Cikgu Zhang, jangan peduli mereka. Tetua kedua ini tidak beradab langsung! Batuk, batuk, saya pula macam mana? Saya sekarang berada di alam Pixue puncak dan ingin memperakui kamu sebagai guru saya juga. Jika ia menjadi masalah kerana identiti saya selaku tetua suku Wang, saya boleh bersara dengan serta merta."

"Kenapa perlu kamu bertengkar? Kamu berdua sudah cukup tua sehingga layak menjadi atuk dia, namun kamu masih ingin memperakuinya sebagai guru kamu. Kamu tidak tahu malu ke?"

Tidak menjangkakan tetua besar dan tetua kedua untuk begitu tebal muka, Ketua Suku Wang Hong menegur mereka.

Selepas ditegur ketua suku, muka mereka merah dengan kemaluan.

Memang, mereka tidak muda lagi dan tulang mereka sudah keras. Ia tidak akan senang untuk mereka mencapai kemajuan lagi.

Wang Tao dan Wang Yan berpaling melihat ketua suku mereka dengan bangga.

[Lihat tak? Ketua Suku kita dapat mengawal dirinya serta mengetahui keadaan, dengan sekilas pandang, dia terus tahu masalah kepada permintaan mereka.]

Namun sebelum habis mereka berasa bangga terhadapnya, mereka melihat Ketua Suku Wang Hong berpaling ke belakang melihat Zhang Xuan dengan senyuman lebar, "Cikgu Zhang, saya masih muda, hanya 42 tahun. Boleh izinkan saya memperakui kamu sebagai guru saya?"

"…" Zhang Xuan

"…" Semua orang di situ.

"Batuk batuk, mari kita bincang tentang hal memperakui ini pada masa hadapan!" Akhirnya, Zhang Xuan terpaksa bercakap untuk mengawal situasi tersebut daripada hilang kawalan. Selepas itu, dia berpaling ke arah Zhao Yanfeng sekali lagi dan berkata, "Kamu masih ingat saya telah mengakibatkan pertapaan kamu hilang kawalan kerana saya tidak berkemampuan untuk mengajar?"

"Saya meraya cikgu Zhang untuk memaafkan saya kerana membalas pengajaran kamu dengan penghinaan!"

Zhang Yanfeng dengan segera tunduk hormat kepada Zhang Xuan.

"Un!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya dengan puas. Selepas itu, dia berpaling melihat tetua Shang Chen dan berkata, "Tetua Shang Chen, kamu masih mempunyai apa-apa yang hendak dicakap tak?"

"Saya…"

Muka tetua Shang Chen kebas.

Dia tidak akan dapat menjelaskan isu Peperiksaan Kelayakan Guru, dan sekarang, semua orang percaya cikgu Zhang ini telah menyebabkan pertapaan Zhao Yanfeng hilang kawalan untuk menolong dia, apa lagi mungkin dia cakap?

Sekali lagi, mukanya seakan ditampar tepar pada pipinya!

Lebih-lebih lagi, tamparan kali ini jenis yang menyebabkan lebam dengan serta merta!

"Mustahil, mustahil! Bagaimana mungkin dia menolong orang mencapai kemajuan dengan begitu senang?"

Dari tepi, Cao Xiong seakan sudah hilang warasnya. Matanya dipenuhi kebingungan.

Cikgu Zhang ini telah menyertai akademi pada masa sama dengannya, dan selama ini, keputusannya jauh hebat berbanding Zhang Xuan. Sejak bila dia menjadi begitu hebat?

Tambahan pula, untuk mampu menolong seseorang mencapai kemajuan dengan begitu senang, sesuatu yang tetua dan pengetua sendiri tidak mampu melakukan. Bagaimana dia melakukannya?

"Cikgu Cao Xiong dengan sengaja fitnah rakan sekerjanya, bukti dia tidak beretika selaku seorang guru. Saya akan melaporkan perkara ini ke Persatuan Guru untuk melucutkan lesen perguruan kamu! Pada masa sama, hukuman seratus sebatan Rotan Pemusnah Dewa akan dijalankan sekarang juga!"

Apabila isu ini selesai, tetua Mo memberi isyarat tangan untuk hukuman tersebut bermula.

"Ya!" Cao Xiong menatap giginya.

Walaupun dia tidak sanggup menerima hukuman tersebut, dia tahu ia sudah ditakdirkan berlaku.

"Shang Bin, selaku seorang guru, untuk manfaat kamu sendiri, kamu dengan sengaja berkomplot untuk fitnah seorang guru. Lesen perguruan kamu akan digantung sementara waktu!" Selepas selesai dengan Cao Xiong, Tetua Mo berpaling melihat Shang Bin dan Shang Chen. "Shang Chen pula, selaku seorang tetua, dan ketua Biro Pendidikan, bukan sahaja kamu tidak berfikir tentang guru lain, kamu dengan sengaja membuatnya susah untuk mereka, sehingga memalsukan keputusan Peperiksaan Kelayakan Guru. Kamu akan dilucutkan kedudukan kamu sebagai seorang tetua dan ketua Biro Pendidikan. Isu ini akan dilapor kepada Persatuan Guru dan siasatan akan dijalankan ke atas kelakuan kamu!"

avataravatar
Next chapter