webnovel

Tak Mandi, Tak Ada Ciuman

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya sangat sibuk di sana, kamu boleh lari selepas bergembira ya, si nakal," kata Li Sicheng sambil menanggalkan jaket dan tali lehernya.

Su Qianci meletakkan telefon bimbitnya ke tepi. Dia duduk bersilang kaki di atas katil dalam jubah mandi dan memandang suaminya dengan senyuman. "Sayang."

"Ya?" Li Sicheng memandang Su Qianci sambil menanggalkan bajunya.

"Sayang."

"Ya."

"Sayang."

Li Sicheng berhenti menjawab. Sambil membuka kancing lengan bajunya, dia berjalan ke hadapan isterinya dan tunduk memandangnya dengan penuh makna.

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan. Tiba-tiba dia menutup mukanya dengan tangan dan merebahkan diri ke atas katil.

Li Sicheng berasa keliru dan geli hati pada masa yang sama. Dia duduk di atas isterinya lalu berbisik, "Apa yang kamu ketawakan?"

Su Qianci melarikan tangannya dan berkata dengan pipi kemerahan, "Saya cantik tak?"

Li Sicheng berasa agak geli hati dengan soalan itu. Dengan sengaja dia menjawab, "Tidak."

Su Qianci berasa tersinggung lalu memuncungkan bibirnya dan menendang suaminya itu. "Pergi."

Li Sicheng tersenyum dan mendekatkan wajah mereka kemudian berkata perlahan, "Kalau kamu tak cantik sekalipun, saya dah terpukau dengan kamu. Kalau kamu lebih cantik, apa akan saya jadi?" Kemudian dia terus mencium isterinya itu.

Hati Su Qianci berbunga-bunga, tetapi apabila Li Sicheng cuba menciumnya lagi, dia memalingkan mukanya dan menolak Li Sicheng. "Kamu berbau alkohol. Pergi mandi."

 "Selepas satu ciuman," kata Li Sicheng sambil menarik muka isterinya.

Su Qianci berpaling lagi dan menghalang muka Li Sicheng dengan tangannya. "Tak mandi, tak ada ciuman."

Li Sicheng mengeluh. Dengan agak keberatan, dia bangun dan berkata, "Okey."

Melihat Li Sicheng bangun perlahan-lahan, Su Qianci menurunkan tangannya.

Tetapi tiba-tiba Li Sicheng mendekatkan wajahnya kembali dan mencium pipi Su Qianci sebelum bangun dengan wajah puas hati.

Su Qianci menyapu pipinya dan merungut sambil berbaring. Tetapi hatinya mencair.

Telefon bimbitnya berdering dan Su Qianci menjawabnya. Ia panggilan daripada Luo Zhan.

[Z]: Mana Lu Yihan?

[Su Qianci]: Saya tak tahu, mungkin di bilik dia. 709, pergilah tengok

[Z]: Okey

-

Luo Zhan mencari nombor bilik yang diberitahu Su Qianci dengan perasaan gementar yang tidak dapat dijelaskan. Jantungnya berdegup kencang tanpa henti. Apa yang patut dia lakukan? Dia tidak berani ke sana. Tetapi… perlu ada seorang antara mereka yang menjelaskan keadaan ini. Disebabkan dia yang mencetuskan perkara ini. Ia perlu… diselesaikan, bukan?

Tiba di bilik 709, Luo Zhan menekan loceng pintu dan sengaja menutup lubang intai.

Orang di dalam tidak dapat melihat ke luar lalu bertanya, "Siapa?" Ia memang suara Lu Yihan.

Setelah berjauhan selama beberapa hari, Luo Zhan berasa rindu kepada suara itu. "Ini aku."

Suasana diam seketika sebelum Lu Yihan membuka pintu biliknya. Dia kelihatan seperti baru selesai mandi. Masih separuh mabuk, rambutnya basah dan kusut-masai. Lu Yihan sedang memakai jubah mandi. Dia tidak menyapa Luo Zhan selepas membuka pintu, sebaliknya berpaling dan kembali ke katilnya.

Luo Zhan masuk dan menutup pintu. "Lu Yihan."

"Ya."

"Lu Yihan."

"Apa?" Suara Lu Yihan kedengaran agak marah. Dia mengambil bantal dan meletakkannya di atas mukanya.

Hati Luo Zhan sedikit remuk. Dia mendekati lelaki itu lalu duduk di katilnya dan berkata, "Bila kau nak balik ke China?"

"Esok." Lu Yihan mengalihkan bantal di atas mukanya. "Lusa hari jadi si kembar itu. Li Sicheng cakap dia akan raikan bersama-sama dengan atuknya. Kapten Li ada di rumah lama, kan? Aku boleh balik dan naik kapal terbang secara percuma."

Next chapter