825 Saya Tiada Ahli Keluarga!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bip

Bip

Bip

Degupan jantung itu berbunyi normal. Yu Lili membuka mata dan melihat seorang lelaki yang memakai kot putih dan topeng muka. Selepas melihat dia telah sedar, lelaki itu membuat beberapa ujian perubatan ke atasnya, tetapi Yu Lili masih berasa amat pening.

Saya di hospital. Saya belum mati. Benarlah kata-kata orang, lebih teruk hidup seseorang itu, lebih sukar untuk dia mati.

Yu Lili menutup mata dan tertidur kembali. Apabila terjaga, sekelilingnya sudah menjadi gelap. Dia berusaha keras untuk bangun dari baringannya dengan kekuatan yang hampir tiada. Selepas berjaya duduk, Yu Lili menyedari biliknya tidak dibuka lampu. Dia menjangkakan waktu sudah petang. Semua di sekelilingnya seakan berwarna kelabu.

Bilik persendirian, kemudahan yang bagus dan katil mewah… Ya Tuhan, ini pasti wad khas. Wad seperti ini bernilai sekurang-kurangnya ratusan yuan sehari!

Yu Lili amat terkejut lalu segera turun dari katilnya dan mencabut wayar dan jarum yang berda di tangannya. Selepas menyarung selipar, dia membuka pintu dan keluar. Yu Lili melihat sekelilingnya dan menyedari ia benar-benar ialah wad khas.

Disebabkan ia zon khas VIP, tiada ramai orang yang berada di situ.

Yu Lili berasa gementar… Dia berjalan perlahan-lahan sambil melihat ke kiri dan kanan. Selepas menemui pintu keluar, dia berjalan dengan berhati-hati untuk keluar.

"Cik!" Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita yang membuatkan Yu Lili amat terkejut lalu terus berlari menuruni tangga.

Tetapi mungkin disebabkan terlalu lama terbaring, kekuatannya hampir sudah tiada. Kakinya terasa lemah dan dia terus rebah. Tubuhnya bergolek jatuh menuruni tangga.

"Ahh!! Sakitnya…" Yu Lili terbaring di lantai sambil menangis. Seorang jururawat datang dan melihatnya terbaring di lantai. Jururawat itu amat terkejut lalu bergegas turun. Tetapi sebaik sahaja Yu Lili melihatnya, Yu Lili turut terkejut lalu segera bangun dan menuruni tangga. Jururawat itu menjerit, "Oh, kenapa kamu lari? Berhenti!"

Hanya orang yang bodoh akan berhenti!

Yu Lili turun sambil berpaut pada susur tangan. Tetapi tubuhnya amat lemah sehingga dia berjaya ditangkap oleh jururawat itu sebelum sempat turun lebih jauh. Jururawat itu berhenti di hadapannya. Wajahnya kelihatan tidak gembira dan marah, "Kenapa kamu lari? Tak ada sesiapa mahu bunuh kamu. Mari balik ke wad!"

Nada jururawat itu tegas. Yu Lili memegang erat susur tangan dengan kedua-dua tangannya dan tidak mahu melepaskannya. "Tolong lepaskan saya. Betul kata kamu. Saya akan benar-benar terbunuh jika saya terus berada di sini!"

Ia kerana… saya langsung tiada wang untuk membayar bil hospital. Dalam kes ini, lebih baik jika saya dibunuh sahaja.

Yu Lili memegang susur tangan itu dengan erat dan memandang jururawat di hadapannya. Dia merayu, "Lepaskan saya, tolonglah. Anggap saja kamu tak jumpa saya. Kamu naik ke atas dan saya akan turun ke bawah seolah-olah kita tak pernah berjumpa. Okey? Jangan bawa saya kembali ke sana."

Jururawat itu berasa agak geli hati. Dia memandang Yu Lili dan menggeleng perlahan. Kemudian tanpa mengendahkan wanita itu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang. Yu Lili cuba mengambil peluang itu untuk melarikan diri, tetapi jururawat itu segera menangkapnya.

"Helo? Datang ke tangga kecemasan wad VIP tingkat tiga untuk bantu saya. Ada pesakit baru sedar dan mahu lari. Saya baru tangkap dia… Ya, dia pesakit bilik VIP8. Oh ya, kamu boleh bawa ahli keluarga dia ke sana. Mungkin akan ada sedikit masalah."

Ahli keluarga?

Yu Lili memandang jururawat itu dan menjerit, "Saya tak ada ahli keluarga!" Pasti ada kesilapan.

Tetapi ketika itu juga, dia mendengar bunyi tapak kasut dari atas. Yu Lili berasa amat risau dan mendongak ke atas dengan perasaan yang tidak senang dalam hatinya.

Siapa ahli keluarga saya?

avataravatar
Next chapter