690 Satu-Satunya Penyesalan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ia amat ringkas tapi jauh lebih baik daripada lukisan Li Jianyue. Li Jianqian menjeling lukisan adiknya dan berkata dengan kejam, "Hodohnya."

"Hei, lukisan Abang yang hodoh!" kata Li Jianyue dengan marah lalu membelakangi abangnya. "Abang Mosen, lukisan saya cantik tak?"

Li Mosen sedang melukis tasik di hadapannya. Sebaik mendengar pertanyaan Li Jianyue, dia segera berpaling dan melihat lukisan itu dengan serius sebelum mengangguk. "Sangat cantik."

Li Jianyue terus menjadi gembira. Dia tersenyum lalu bangun dari kerusinya lalu memeluk Li Mosen. Kemudian dia mencium pipi budak lelaki itu lalu berkata dengan suara yang manis, "Abang Mosen paling baik!"

Kulit putih Li Mosen terus bertukar merah jambu. Li Jianyue yang tidak tahu kesan perbuatannya kepada budak lelaki itu terus kembali ke kerusinya lalu menyambung melukis.

Pengajar dan pengawal peribadi yang berada di situ ketawa kecil sambil memandang Li Mosen. Walaupun masih kecil, tetapi Li Mosen seorang yang peka. Dia menyedari pandangan mereka dan wajahnya bertambah kemerahan. Tetapi dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Li Mosen mengambil krayon berwarna merah jambu lalu melukis sesuatu di hujung tasik kecil dalam lukisannya.

Pengajar itu menyedari wajah Li Mosen bertambah serius ketika melukis 'sesuatu' yang berwarna merah jambu itu berbanding ketika melukis benda lain.

Selepas memerhatikannya buat seketika, pengajar itu menyedari Li Mosen sedang cuba melukis seseorang. Seseorang yang berpakaian merah jambu? Li Mosen sedang melukis Li Ersu? Pengajar itu mula faham tetapi tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang Li Mosen sambil tersenyum.

Suasana di tepi tasik itu amat harmoni dan tenang. Namun tiada sesiapa menyedari di seberang tasik itu, seorang wanita sedang memerhatikan mereka melalui teleskop.

Selepas memerhatikan semua yang berada di situ, wanita itu menumpukan pandangannya ke arah budak lelaki yang duduk di kerusi paling kiri.

Rambut coklat gelap, kulit putih yang berbeza dengan kanak-kanak Asia dan sepasang mata biru. Kanak-kanak itu sedang merenung di kejauhan dan kelihatan comel dengan wajahnya yang serius.

Jadi, Su Qianci benar-benar mengambilnya sebagai anak angkat. Kalau begitu mudahlah…

"Haha..."

*****

Sebaik sahaja kembali ke syarikatnya, Li Sicheng segera menguruskan segala ancaman dan kelemahan yang terkumpul sepanjang ketiadaannya dan membuatkannya amat sibuk sepanjang minggu.

Ou Ming masih tidak muncul selepas seminggu walaupun telah berjanji akan kembali ke Kingstown dalam masa beberapa hari. Li Sicheng sudah menghubungi sahabatnya itu dua kali dan Ou Ming sentiasa mengatakan dia sibuk! Tetapi apa yang sebenarnya berlaku?

Ou Ming sendiri tidak tahu bagaimana untuk menceritakan insiden yang berlaku kepadanya. Kerja-kerjanya telah selesai, tetapi dia tidak mahu kembali ke Kingstown. Ia disebabkan dia telah menjumpai satu-satunya perkara yang dikesalinya.

Tiga hari lalu -

Ou Ming selesai menandatangani kontrak terakhir. Selepas makan tengah hari bersama rakan kongsinya, dia sudah bersedia untuk pulang ke Kingstown pada petang itu. Empat tahun! Sudah empat tahun dia tidak berjumpa sahabat baiknya itu. Setelah dikatakan "mati", tiba-tiba dia dapat kembali mendengar suara Li Sicheng. Ou Ming terlalu teruja sehingga dia amat tergesa-gesa dalam perjalanannya ke lapangan terbang.

Walau bagaimanapun, kesedihan mula muncul setelah kegembiraannya.

Pemandu Ou Ming yang digesanya untuk segera ke lapangan terbang terlanggar seseorang ketika sedang membelok di satu selekoh. Pemandu itu terkejut lalu segera membuka pintu dan keluar dari kereta. Dia mendapati mereka telah melanggar seorang wanita. Wanita itu memakai pakaian kerja berwarna kuning cair. Rambutnya yang telah disanggul terlerai sebaik sahaja dia dilanggar.

avataravatar
Next chapter