778 Pencarian Bukti

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Aku tak tahu apa yang kau cakap. Kau perlu ada bukti kalau nak menuduh." Puan Li berasa amat gembira melihat kemarahan Yu Lili. Dia menggeleng dan berkata, "Nampaknya barang-barang itu penting untuk kau. Walaupun aku tak tahu siapa yang lakukannya, tapi dia dah lakukan kerja yang bagus. Itulah apa yang patut dilakukan kepada seorang pelacur."

Tetapi Yu Lili tidak percaya kata-kata perempuan itu dan mengulang, "Pulangkan kembali barang-barang aku!"

"Barang kau tak ada di sini," kata Puan Li sambil ketawa. "Orang jahat perlu dihukum oleh Tuhan. Bagus!"

"Puan Li, boleh kami periksa telefon bimbit Puan?" Salah seorang pegawai polis menghulurkan tangannya. Walaupun ia soalan, nadanya jelas tidak membenarkan sebarang bantahan.

Senyuman Puan Li hilang serta-merta. Kemudian dia mendengus sinis dan berkata, "Ambillah." Dia melemparkan telefon bimbitnya dan disambut oleh pegawai polis itu.

"Kata laluan."

Selepas Puan Li memberitahu kata laluan, polis itu memeriksa semua mesej, rekod panggilan dan sosial medianya, tetapi tidak dapat menjumpai apa-apa petunjuk.

"Puan ada telefon lain?"

"Tak ada. Telefon saya guna dua kad sim. Mana ada orang guna banyak telefon zaman sekarang?" Puan Li kedengaran marah dan merampas telefonnya kembali.

"Telefon kau!" Yu Lili menoleh ke arah Li De yang sedang terbaring di katilnya tanpa berkata apa-apa. "Beri telefon kau kepada mereka."

Semua mata tertumpu kepada Li De. Yu Lili dapat melihat dengan jelas perubahan yang ketara pada wajah Puan Li. Dia semakin tekad dan merenung Li De. "Keluarkan telefon kau dan beri mereka periksa."

Puan Li berdiri di sebelah katil Li De dan berkata, "Telefon dia rosak ketika kemalangan. Dia belum beli yang baru."

"Mustahil." Yu Lili merenung wanita itu dengan tajam. "Dah berapa lama sejak kemalangan itu? Jika ia rosak sekalipun, mustahil telefon baru belum dibeli. Tapi telefon itu langsung tak rosak. Semalam aku nampak ia di atas meja sisi ini dan ia langsung tiada calar. Kenapa tak berani keluarkannya? Kau takut ia jadi bukti?"

Puan Li sangat berang. "Perlukah kau jadi agresif sebegini?"

"Puan Li, kau yang agresif. Aku dah kira semua kerugian aku dan jumlahnya ialah 200 ribu yuan. Ia termasuk pakaian, komputer, perabot dan juga barang-barang yang tak boleh digantikan dengan wang!" Mata Yu Lili kemerahan ketika dia menjerit dengan kuat, "Keluarkan telefon itu!"

Pegawai-pegawai polis itu menyedari keberangan Yu Lili lalu cuba menenangkannya, kemudian berkata kepada Li De. "Encik Li, tolong keluarkan telefon kamu."

Puan Li kelihatan gementar dan memandang suaminya dengan teragak-agak. Namun Li De berkata dengan wajah yang pucat, "Kami dah beritahu yang telefon saya tak ada. Carilah sendiri!"

Yu Lili yang berang berkata dengan kuat, "Bangun! Ia pasti disorokkan di dalam katil!"

"Kamu tak ada hak untuk buat begitu. Saya dah beritahu telefon saya tak ada. Untuk pengetahuan kamu, saya berkawan baik dengan Pesuruhjaya Tinggi zhao. Kamu berani periksa saya?" Suara Li De kuat dan penuh berkeyakinan.

Kedua-dua pegawai polis itu memandang satu sama lain dan akhirnya tidak memeriksa lelaki itu. Setelah difikir kembali, mereka tahu Li De tidak akan mengaku jika dia yang melakukannya sekalipun. Li De mungkin akan membuat pelbagai lagi helah supaya Yu Lili disumbat ke dalam penjara. Pasti menyusahkan jika mereka terlibat dengan perkara itu dan ketua mereka mungkin akan memanggil mereka.

Yu Lili bertambah berang apabila melihat sikap pegawai-pegawai polis itu. Dia mendekati katil Li De sambil berteriak, "Aku akan cari sendiri! Pasti kau dalangnya, aku yakin!"

avataravatar
Next chapter