webnovel

Mari Pergi ke Hospital

Editor: EndlessFantasy Translation

Pengalaman seks yang tidak menggembirakan, perlakuan seksual, penderaan seksual…

Tiba-tiba Ou Ming teringat bagaimana dia telah memalukan Yu Lili di hadapan orang lain ketika di bar Didu. "Argh…" Kepalanya terasa sakit dan dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan perasaan kecewa. Disebabkan itukah? Selepas kejadian itu Yu Lili telah cuba membunuh diri sebanyak beberapa kali. Sekarang… dia telah menghidapi apati seksual. Ou Ming merasakan dirinya amat tidak berguna!

Apa yang patut saya lakukan sekarang? Apati seksual, ia masalah yang boleh jadi besar atau kecil. Jika setiap hari Yu Lili berkelakuan begini… Ou Ming tahu dia tidak akan dapat bertahan. Dia menutup laptopnya dan naik ke katil lalu merenung wajah Yu Lili yang sudah tertidur. Dia turut berbaring dan menarik Yu Lili ke dalam pelukannya.

Keesokan harinya, sebaik terjaga, Yu Lili melihat Ou Ming sedang memakai baju. "Mari kita ke hospital hari ini," kata lelaki itu sambil membetulkan kolar bajunya.

Yu Lili merenungnya dengan bingung dan bertanya, "Apa yang kamu mahu lakukan?"

"Saya risau tentang kamu… Kamu hidapi apati seksual dan terlalu kurus sekarang. Mari kita minta doktor untuk pulihkan kamu."

Sut berwarna merah wain yang dipakai Ou Ming kelihatan menawan dan kemas. Yu Lili melihat warna yang dikenalinya itu. Dia duduk dan menggeleng. "Saya tak mahu ke hospital. Saya cuma agak tertekan sejak kebelakangan ini. Beberapa hari lagi mungkin saya akan pulih." 

Ou Ming memandangnya dan berasa ragu-ragu. Dia melihat jam tangannya dan berkata, "Okey. Saya ada mesyuarat pemegang saham pada jam 10 pagi ini. Saya pergi dulu. Jangan lupa sarapan."

Keadaan ini sama seperti dahulu. Yu Lili berasa terharu dan mengangguk. "Okey."

Ou Ming mendekatinya dan memberikannya ciuman lembut sebelum keluar.

Selesai mandi, Yu Lili tiba-tiba sedar perkara yang dikatakan Ou Ming. Apati seksual. Apa? Dia teringat situasi semalam. Nampaknya ia benar… Tetapi bukankah apati seksual biasanya berlaku kepada orang yang lebih tua?

Dia mengambil telefon bimbitnya dan mencari 'Apati Seksual' di Google. Selepas membacanya, Yu Lili berasa bingung. 

Sekarang saya sudah tidak cekap, bolehkah saya hanya bergantung kepada Ou Ming sepanjang masa?

Laptop Yu Lili sudah lama rosak. Disebabkan tiada laptop yang dapat dijumpainya, dia menggunakan telefon bimbit untuk mencari kerja.

Tiba-tiba dia ternampak iklan pelukis komik lalu segera menekannya. Satu poster iklan jawatan kosong kartunis yang besar muncul di skrin telefonnya. Yu Lili membuka pautan laman web yang diberikan dan melihat pelbagai lukisan kartun di dalamnya.

Gaya lukisan itu… semuanya buruk.

[Jawatan kosong kartunis, masa depan tiada batasan!]

Yu Lili meneliti laman web itu dan mendapati kebanyakan lukisan di situ tidak sebaik lukisannya. Malah laman web ini juga baru sahaja dibina. Rupa-rupanya secara tidak sengaja dia telah menemui laman web baru yang dibina oleh Syarikat Ou. Adakah ini tempat di mana Ou Ming menawarkan kerja melukis komik kepadanya?

Yu Lili menghantar mesej kepada pentadbir laman web itu. Mesejnya segera dibalas.

[Yu Lili]: Hai  

[Sissi]: Hai! Saya Sissi. Adakah kamu mahu mendaftar sebagai kartunis?