722 Mari Berpindah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Suara dan riak wajah Bo Xiao dipenuhi amarah.

Rong Anna memandang Bo Xiao dan tanpa sedar tangannya memegang perutnya dengan perasaan yang bertambah sedih. Bagaimana mereka boleh jadi sehingga begini? Sungguh meletihkan…

*****

Dengan alasan ia hari lahir seseorang, Su Qianci diberikan pil khayal sehingga tengah malam. Apabila dia sudah tertidur nyenyak, tiba-tiba dia merasakan tangan besar itu kembali merabanya. Su Qianci mengerutkan dahi lalu memukul tangan Li Sicheng dan merungut, "Hentikan!"

Tetapi Li Sicheng langsung tidak berhenti. Dia terus membuat perkara yang dimahukannya.

Su Qianci mengerang, tetapi sebaik membuka matanya, dia diserang lagi oleh Li Sicheng. Katil itu bergoyang seakan berada di atas lautan. Li Sicheng melakukannya berulang-ulang kali. Apabila Su Qianci terjaga keesokannya, waktu sudah tengah hari. 

Dalam keadaan pening, Su Qianci melihat jam yang menunjukkan pukul satu tengah hari. Dia terkejut dan segera bangun.

Li Sicheng sedang tidur di sebelahnya. Sebaik menyedari Su Qianci yang terkejut, dia menarik isterinya itu dan berkata, "Kamu tak letih? Tidurlah sedikit lagi."

"Sekarang dah tengah hari dan kamu nak tidur lagi? Kalau orang nampak kita, kita akan diketawakan!" Su Qianci meraup wajahnya lalu meletakkan selimut ke tepi. Dia berasa seperti mahu membunuh Li Sicheng sebaik melihat kesan-kesan merah pada tubuhnya.

Li Sicheng melihat riak wajah isterinya dan berkata, "Apa yang nak diketawakan? Perpisahan ialah kunci untuk bangkitkan perasaan. Saya dah hilang selama empat tahun dan baru sahaja dua minggu kembali. Dah tentulah kita boleh ada masa untuk berasmara."

Berasmara…

Wajah Su Qianci bertukar kemerahan dan dia menendang suaminya perlahan. "Ini semua salah kamu!"

"Nampaknya kamu masih bersemangat. Apa kata kita duduk dalam bilik saja sepanjang hari…"

"Pergilah!"

"Em." Pandangan mata Li Sicheng kelihatan mencurigakan. Dia menarik Su Qianci berbaring kembali lalu berbisik, "Pergi ke mana?"

Wajah Su Qianci bertambah kemerahan. Dia merenung tajam suaminya dan merungut, "Macam mana kamu boleh bertenaga begini? Kamu dah tidur?"

"Ya, saya terjaga waktu kamu bangun." Li Sicheng memeluk isterinya dan tidak mahu melepaskannya. Kemudian dia merenung isterinya dengan pandangan mendalam dan berkata, "Jom balik ke rumah kita. Kurang selesa untuk tinggal di rumah ini."

Maksud kurang selesa itu ialah dia tidak boleh menggunakan beranda, dapur, ruang tamu dan sofa untuk… Li Sicheng berfikir sendiri dan matanya dipenuhi perasaan yang rumit. Dia mencium bibir isterinya. "Nanti kita beritahu Atuk, kemudian berkemas dan balik ke sana, okey?"

"Tapi macam mana dengan budak-budak itu? Kita ada tiga orang anak dan kita juga perlu bekerja. Apa patut kita buat tentang mereka? Nak tinggalkan mereka di rumah waktu kita bekerja?"

"Kita tinggalkan mereka di rumah lama dan biarkan Atuk ajar mereka."

"Jadi kita tak akan kembali ke sini lagi?"

"Sekali-sekala kita datang. Lagipun jarak rumah ini dan rumah kita hanya setengah jam." Li Sicheng menindih tubuh Su Qianci dan berkata lembut. "Kita perlu waktu berdua. Tak sesuai kita tinggal bersama orang tua kita begini."

Itu memang betul, tetapi… Su Qianci merasakan dia tidak dapat bertenang. Anak-anak mereka agak ramai. Jika hanya seorang, dia boleh menjaganya seorang diri di rumah mereka. Tetapi mereka mempunyai tiga orang anak dan akan ada banyak perkara perlu diuruskan!

avataravatar
Next chapter