webnovel

Lelaki Ini Seorang Penggoda

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci merasa terpukau, tetapi segera mengawal dirinya sendiri. Dia membetulkan badannya and menolak Li Sicheng ke tepi. Sebaik sahaja menyentuh kulit yang lembut dan otot lelaki itu, wajahnya menjadi merah padam secara tiba-tiba.

Lelaki ini… Memang seorang penggoda!

Bukan sahaja memiliki wajah yang tampan, tetapi dia juga mempunyai kulit sawo matang yang diinginkan ramai orang, dan badan yang… Su Qianci tiba-tiba teringatkan bonjolan tegang alat sulitnya yang bergerak. Dia menggelengkan kepala, cuba membuang fikiran kotor itu daripada mindanya.

Dia mengalihkan pandangannya dengan pantas dan mendongak, dan melihat anak mata jernih lelaki itu. Entah mengapa, Su Qianci menjelaskan, "Saya masih ada hadiah ini untuk diberi… Kamu… teruskan sahaja!"

Namun apabila Su Qianci ingin melarikan diri, lengannya telah ditahan.

"Teruskan sahaja?" Suara Li Sicheng sangat dalam dan lembut, seperti secawan kopi yang hangat dan kaya dengan rasa.

Su Qianci telah tertangkap dan ditolak ke dinding. Matanya yang cantik terbuntang luas. Su Qianci memandang lelaki di hadapannya dengan wajah penuh kejutan.

"Kau suruh aku teruskan sahaja? Kau tahu apa yang aku mahu lakukan?"

Suaranya sungguh mengkhayalkan sehingga menyebabkan jantung Su Qianci berdegup kencang. Orang mengatakan intonasi yang tinggi adalah perkara paling seksi bagi seorang lelaki. Dia tidak tahu tentang pandangan wanita lain, tetapi dia berasa sungguh gementar…

Melihat ke dalam anak mata Li Sicheng yang hitam, Su Qianci menelan air liurnya dan berkata perlahan, "Bukankah kamu sedang menukar pakaian?"

Lelaki itu harus menutupi badannya yang seksi terlebih dahulu. Mujurlah Su Qianci mempunyai jiwa yang lima tahun lebih tua daripada rupanya. Jika ini kehidupan dahulu, dia pasti sudah tergoda dengannya.

"Asalnya aku memang mahu tukar pakaian."

Tetapi sekarang dia tidak lagi mahu berbuat demikan.

Dengan ekspresi bahaya dan sukar dibaca di wajahnya, Li Sicheng tersenyum sinis, "Kau nak pergi sekarang?"

Sambil menahan dirinya daripada menyentuh lelaki itu, Su Qianci menganggukkan kepala dengan cepat lalu mengalihkan tangannya dan berkata, "Saya akan pergi beri hadiah ini kepada ibu." Kemudian, dia menolak Li Sicheng ke tepi dan berlari keluar dari bilik dengan pantas, tidak berani untuk berada lama di situ. 

Li Sicheng melihat ke arah pintu dan kemudian memandang pada cermin yang terdekat dengannya. Lelaki di dalam cermin itu tampan dan tegap. Jikalau ini merupakan Su Quanci yang sama seperti dia kenali, sudah pasti pada saat dia menolak tubuhnya ke dinding, isterinya itu akan melompat ke arahnya dan mengumumkan, "Kita adalah suami isteri, dan saya harus melaksanakan tanggungjawabku." 

Tetapi kini…

Adakah dia sedang berpura-pura? Tetapi ia kelihatan seperti tidak dibuat-buat. Atau adakah ini dirinya yang sebenar? Bagaimana dia boleh banyak berubah dalam hanya satu malam? Dia mengalihkan perhatiannya semula ke arah almari pakaian. Dia hanya perlu menguji Su Qianci.

Su Qianci langsung tidak tahu bahawa suaminya itu sudah mulai rasa curiga. Dengan penuh harapan, dia membawa hadiah tersebut. Semua orang memandangnya ketika dia muncul kembali di ruang tamu itu. Cuba untuk kelihatan bersahaja, Su Qianci berjalan keluar dengan postur badan yang paling baik.

Puan Li memandang ke arah Su Qianci dengan rupa yang penuh tanda tanya dan gembira. Dia berasa lega menantunya itu tidak memalukan diri di hadapan datuknya.

"Atuk, ibu," Su Qianci memanggil dan meletakkan satu kotak yang besar di atas meja dan satu kotak kecil di hadapan Kapten Li.