webnovel

Keadaan Terkini Yu Lili

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik mendengar nama itu, pembantu Ou Ming merasakan nama itu pernah didengarnya, tetapi tidak begitu mengingatinya.

"Terutama keadaan kewangan, status perkahwinan, kehidupan peribadi dan kerjanya." Dalam kata lain, segalanya perlu dikorek.

Pembantu itu terus bertanya, "Ada apa-apa yang betul-betul penting? Bos nak saya aturkan sesuatu?"

Walau bagaimanapun, Ou Ming tidak menjawab dan terus memutuskan talian. Pembantu itu berasa tertekan lalu membuka buku yang mencatat jadual Ou Ming. Tiada apa-apa kerja yang penting… Peliknya. Namun fikiran Ou Ming sememangnya sukar dijangka. Jika jangkaannya salah, mungkin dia yang akan menerima akibatnya.

Selepas memikirkannya, pembantu itu memutuskan untuk mengikut sahaja arahan itu. Ou Ming pasti ada sebab tersendiri untuk tidak menjawab soalannya. Jika Ou Ming mahu dia melakukan apa-apa, sudah pasti Ou Ming sudah memberitahunya. Kenapa dia perlu tanya banyak soalan? Pembantu itu tiba-tiba merasakan dirinya bijak lalu mula menyiasat tentang Yu Lili.

Ou Ming memiliki sebuah bilik suite di tingkat teratas Cawangan Ibu Kota. Ramai yang terkejut apabila melihat dia kembali ke pejabat tetapi tiada sesiapa yang berani bertanya. Ou Ming masuk ke suitenya lalu merebahkan dirinya ke atas katil dan menutup mata. Dia berasa amat penat. Sejak empat tahun lalu, dia telah kehilangan banyak perkara.

Satu panggilan masuk dan ia datang daripada pembantunya.

"Tuan, saya dapat tahu Yu Lili datang ke ibu kota empat tahu lalu dan sekarang bekerja di bawah Jabatan Teknologi dan Sains Elektronik Syarikat Shengfeng. Dia cuma seorang pekerja IT biasa. Dua tahun lalu dia menyewa sebuah rumah dengan seorang gadis dan ditipu sehingga hilang kesemua wangnya. Kerugiannya lebih satu juta. Tambahan lagi kesihatannya tidak begitu baik dan dia perlu keluarkan banyak wang untuk kos perubatan. Sekarang dia tinggal bersendirian. Dulu dia pernah bekerja di Kingstown. Mengikut maklumat daripada rakannya, dia berkemungkinan besar pernah alami keguguran dan keadaan kesihatan dia amat teruk.

Ditipu sehingga hilang semua wang? Ketika Yu Lili menjadi wanita simpanannya, Ou Ming hampir tidak pernah memberikannya wang. Yu Lili boleh memiliki apa sahaja yang dimahukannya jadi dia tidak pernah meminta wang daripadanya. Seingatnya wang yang pernah diberikannya kepada Yu Lili kurang daripada sejuta dolar. Jika kerugian itu melebih sejuta dolar, pasti kesemua wang Yu Lili habis. Jadi bagaimana wanita itu hidup?

"Bagaimana dengan kehidupan sosial dia?"

"Dia sangat popular dan kepintaran emosi dia amat tinggi. Dia selalu tersenyum tetapi juga agak panas baran dan berterus-terang. Disebabkan itu bosnya tidak begitu menyukainya. Sekarang gajinya di Shengfeng hanya dalam 100,00 hingga 150,000 dolar. Dia cuma ditugaskan untuk projek-projek kecil."

"Okey," Ou Ming menjawab, kemudian tidak berkata apa-apa.

Pembantunya menunggu seketika sebelum menyedari Ou Ming sudah tiada apa-apa untuk dikatakan. Dia bertanya, "Kalau dah okey, boleh saya letak?"

"Cari alamat dia dan hantar kepada saya."

Mendengar arahan itu, pembantu itu mula memahami sesuatu. Jadi, perkara yang lebih penting daripada bertemu Li Sicheng ialah bertemu seorang wanita? Oh… perkara biasa, perempuan dahulu sebelum kawan! Tetapi pembantu itu hanya berkata dalam hati dan tidak berani menyebutnya. Dia cuma menjawab, "Baik."

Selepas panggilan itu ditamatkan, Ou Ming menerima panggilan daripada pemandunya pula.

"Bos, laptop itu dah diperiksa. Ia cuma model yang dibaik pulih dan nilainya tak sampai 120,000. Kebanyakan bahagiannya ialah bahagian lama. Orang yang memeriksanya beritahu nilai paling tinggi hanya 50,000. Kita dah ditipu oleh wanita itu."

Next chapter