webnovel

Kamu Menang

Editor: EndlessFantasy Translation

"Mana Yihan?" Su Qianci melihat sekeliling dengan wajah yang agak risau. "Semua bunga ini memang daripada kamu?"

"Kamu ingat semua ini daripada Lu Yihan?" Li Sicheng mengangkat keningnya. Matanya yang mula mengecil memandang Su Qianci dengan pandangan tidak gembira dan tangannya menggenggam penumbuk.

Su Qianci mengetap bibirnya dan berkata dengan risau, "Harini saya yang ajak Yihan untuk makan tengah hari. Tapi sekarang…"

"Kalau begitu jom kita pergi makan." Tanpa menunggu Su Qianci menghabiskan kata-katanya, Li Sicheng memaut pinggangnya dan berjalan masuk ke dalam pusat membeli-belah itu. Dengan Li Sicheng di sebelahnya dan sejambak besar bunga di tangannya, orang ramai memandang Su Qianci dengan pandangan cemburu. Sudah lama dia tidak merasa keadaan itu. Pipinya sedikit kemerahan dan dia berpaling ke arah Li Sicheng untuk menyembunyikan wajahnya. 

Li Sicheng menyedari perkara itu dan matanya seakan tersenyum. "Kamu nak makan apa?"

"Tadi saya dah tempah bilik dan pesan makanan. Di sini." Su Qianci menunjuk ke arah restoran Kantonis yang didudukinya tadi. Li Sicheng berjalan masuk sambil memaut pinggang isterinya. Tiba di bilik peribadi yang telah ditempahnya, Su Qianci mendapati Lu Yihan tiada di situ dan berasa agak kecewa.

Sebaik sahaja masuk ke dalam, dia menemui satu nota di atas mej. Nota itu telah dilipat kecil. Su Qianci membukanya dan melihat tulisan Lu Yihan yang dikenalinya. 'Kamu dah menang. Qianqian, saya doakan kamu bahagia."

Hati Su Qianci terasa sedih membaca tulisan itu dan matanya mula basah.

Li Sicheng mengambil nota itu dari tangan Su Qianci. Keningnya dinaikkan sebaik membacanya. Kemudian dia meronyokkan kertas itu dan menyumbatnya ke dalam poket. "Jom makan?"

Su Qianci merenung Li Sicheng dengan tajam. Kemudian dia meminta pelayan menghidangkan makanan sebelum berlalu ke bilik air. Ketika sedang membasuk tangan, dia melihat Li Sicheng turut masuk. Su Qianci mengelap tangannya dengan tisu. Ketika dia mahu keluar, tiba-tiba Li Sicheng menariknya masuk kembali. Li Sicheng menutup pintu bilik air itu dan memaku Su Qianci pada dinding. Su Qianci memandang suaminya dengan jantung yang berdegup kencang dan sedikit gerun.

Ia perasaan yang biasa dan tidak biasa pada masa yang sama. Ia datang kepadanya setelah sekian lama dan membuatkannya sedikit pening. Belum sempat dia kembali ke alam realiti, bibir Li Sicheng terus mengucupnya lagi. Sebelah tangan lelaki itu memeluk pinggangnya manakala sebelah lagi memegang wajahnya. Li Sicheng menciumnya dengan sangat rakus. 

Sudah terlalu lama, terlalu lama…

Empat tahun pasti menyeksakan bagi sesiapa sahaja.

Pergerakan Li Sicheng kasar dan menggila. Tangannya yang berada di pinggang Su Qianci turun ke bawah dan mengangkat skirt yang dipakai isterinya dan masuk perlahan-lahan…

Su Qianci terkejut dan cuba menolak suaminya, tetapi Li Sicheng telah menahan nafsunya selama empat tahun. Kini apabila isterinya telah berada di hadapannya, dia sudah tiada alasan untuk bertahan. 

Bibirnya mula turun ke dagu dan kemudian leher isterinya. Bagi Su Qianci sendiri, sudah lama dia tidak diperlakukan sebegini. Tubuhnya menjadi amat sensitif. Separuh sedar, dia memeluk Li Sicheng kembali dan memandang ke atas sambil bernafas tercungap-cungap.