webnovel

"Apa yang terjadi? Saya dengar seseorang telah memulakan pergaduhan di sini?" Beberapa orang yang berpakaian seragam tiba.

Su Qianci memandang sekelilingnya lalu mencebikkan bibir dan berkata, "Ya, tuan pegawai. Seseorang telah membuat fitnah yang teruk ke atas diri saya."

Fitnah? Mereka datang dari jauh dalam cuaca yang sangat panas hanya untuk perkara sekecil itu?

Namun, sebaik sahaja mereka terpandang Li Siceng, wajah polis-polis tersebut secara tiba-tiba berubah. "Encik Li."

Setelah melihat pegawai-pegawai polis itu, Liu Anan merasa bingung dan mulai panik. "Su Qianci, kau tahu bahawa aku sedang berkata benar. Semua yang telah aku katakan adalah perkara betul. Kau perempuan tidak tahu malu. Berani kau panggil pihak polis ke sini?"

"Baik, beritahulah semuanya kepada pihak polis," kata Su Qianci dengan tenang. Matanya dingin dan dia kelihatan sungguh garang sehingga semua orang memandang ke arahnya. "Saya tidak punyai banyak masa untuk semua ini."

"Beraninya kau panggil pihak polis! Aku mempunyai pertalian dengan keluarga Tang. Abang Li, bukankah sepupuku sahabat baik kamu? Sanggup kamu serahkan sepupunya kepada pihak polis?" Liu Anan memandang muka Li Sicheng seolah-olah lelaki itu penyelamat dirinya dan berharap dia dapat menghalang Su Qianci. 

Lagipun, Tang Mengying membesar bersama-sama dengannya! Semua orang mengatakan bahawa Li Sicheng dan Tang Mengying akan menjadi pasangan yang secocok. Mereka kelihatan sepadan bersama dan telah membesar bersama. Kedua-dua keluarga Tang dan Liu menyangka bahawa Li Sicheng akan mengahwini Tang Mengying. Walaupun mereka akhirnya tidak berkahwin, dia mesti memikirkan tentang hubungan mereka itu, bukan?

Namun, jelas sekali Liu Anan telah memandang rendah terhadap sifat toleransi Li Sicheng. Susuk tubuh yang tinggi dan menarik itu tidak mempedulikan kata-katanya. Li Sicheng melihat jam tangannya dan mendesak Su Qianci, "Sekarang sudah pukul 1."

Segala kata-kata Liu Anan langsung tidak menerima respon. Dengan penuh kekecewaan, Liu Anan menyambung, "Abang Li, walaupun kamu tidak mahu memberi muka kepada sepupuku, kamu perlu hormati keluarga Tang. Aku adalah sepupu kepada mereka!"

Su Qianci merasa simpati. Liu Anan tidak tahu kata-katanya itu merupakan perkara yang akan mencetuskan kemarahan Li Sicheng.

"Kau berani mengugut aku?" Li Sicheng merenung tajam ke arah Liu Anan.

Liu Anan terkaku dengan renungan itu, seolah-olah seseorang telah menuangkan sebaldi ais ke atasnya. "Tidak, saya..."

"Adakah Encik Sun mengupah kamu untuk menonton sahaja?" Li Sicheng bertanya kepada pegawai polis di situ dengan suaranya yang amat dingin sehingga mampu membuatkan seseorang menggigil. Pihak polis serta merta memberi reaksi dan menahan Liu Anan.

"Apa hubungan kamu dengan suspek?" Seorang pegawai memandang ke arah Fu Lengbing.

"Tiada."

Mempunyai teman wanita yang tidak mampu berfikir seperti itu membuatkan Fu Lengbing merasa sungguh terhina sekali. Jelas sekali, Liu Anan bukan sahaja menyakiti hati Su Qianci, tetapi juga lelaki yang berada di belakang Su Qianci. Fu Lengbing tidak mampu melawan lelaki seperti itu dan mempertaruhkan seluruh keluarganya. Apa yang mampu dia lakukan adalah menjauhkan diri daripada seorang yang bodoh seperti Liu Anan.

Tetapi, Liu Anan dengan serta merta tersenyum sinis dan menjerit, "Dia adalah teman lelaki aku. Dia yang memberitahu segala perkara yang telah aku katakan tadi!"

Mahu menjauhkan diri daripadanya? Tidak mungkin.

Mereka telah terikat dengan satu sama lain dan harus jatuh bersama.

Fu Lengbing menjerit, "Liu Anan, jangan memaksa."

Next chapter