webnovel

Dia Telah Mengambil Plan B

Editor: EndlessFantasy Translation

"Nana!" Puan Su menghentikan anaknya.

Su Shanna tidak menghiraukannya. Tetapi, selepas melihat Li Secheng, dia menelan kembali kata-katanya. Lima belas minit kemudian barulah Su Quanci menghabiskan makannya. Setelah dia berhenti makan, mereka berbual sebentar dan keluarga Su menjadi lebih gementar. Namun, Su Qianci tidak menyebut sepatah perkataan pun tentang pulang.

Pada akhirnya, Li Sicheng yang mengajaknya pulang dan membuatkan keluarga Su lega. Mereka berpura-pura mengajak pasangan tersebut untuk bermalam di situ dan kemudian menghantar mereka pergi. Ketika dia mahu pulang, Su Qianci dapat merasakan pandangan penuh dendam daripada keluarganya di belakang. Namun, dia berasa sangat berpuas hati.

Sebaik berada di hadapan pintu, Su Qianci berhenti. "Encik Li."

Li Sicheng mengangkat satu kening dan memandang ke arahnya.

"Saya ada urusan lain yang harus dibuat. Kamu boleh pulang dulu dan saya akan ambil teksi."

Li Sicheng mengangguk dan pergi.

Setelah melihat kelibat Li Sicheng menghilang, Su Qianci kemudiannya berjalan ke arah satu-satunya farmasi yang berhampiran dengan rumah keluarga Su. Dia masuk ke dalam farmasi, membeli dan terus menelan pil Plan B lalu beredar.

Setelah membuang cawan kertas yang digunakan oleh Su Qianci, tiba-tiba pengurus stor itu melihat beberapa keping satu ratus dolar di hadapannya.

Dia terkejut dan kemudian satu wajah yang tampan muncul di hadapannya. "Apa pil yang diambil oleh perempuan itu tadi?" Pengurus stor itu bingung seketika, menjeling ke arah duit itu dan terus faham. Dia menjeling ke arah kotak yang masih belum dibuang tadi.

Wajah Li Sicheng berubah apabila melihat kotak tersebut. Dia mencebikkan bibirnya lalu berpaling ke belakang dan pergi tanpa sepatah kata. Pengurus stor itu berasa sedikit bingung, tetapi tetap mengambil duit tersebut perlahan-lahan. Dia tidak berkata apa-apa pun!

Apabila Su Qianci pulang ke rumah, Li Sicheng tiada di sana. Dia masuk ke sebuah bilik dan melihat Puan Wang sedang bermain mahjung bersama Puan Li.

"Saya menang!" Puan Li jelas sedang menang dan ketawa dengan riang.

"Saya mahu berhenti bermain. Qian Shuhua asyik menang. Saya telah kalah teruk hari ini." Puan Wang berasa tidak gembira.

Qin Shuhua ialah nama Puan Li.

Apabila mendengar Puan Wang merungut, Qia Shuhua tersenyum lebar. "Marilah, teruskan bermain."

"Saya mahu berhenti, kecuali jika kamu tukar pasangan kamu. Lihat, menantu kamu sudah pulang."

Perhatian dialihkan secara tiba-tiba ke arah Su Qianci. Su Qianci berhenti dan memanggil, "Ibu, Mak Cik Lu, Mak Cik Wang."

"Baguslah kamu sudah pulang. Mari ke sini dan main untuk ibu mertua kamu."

"Saya tidak tahu cara untuk bermain," Su Qianci menolak.

Mendengar kata-kata itu, Puan Wang semakin gembira. "Itu lagi bagus. Biar ibu mertua kamu yang ajarkan. Datang sini dan duduk. Shuhua, bagi dia bermain."

Oleh kerana sudah memenangi banyak wang, Qin Shuhua hanya menuruti kata-kata itu. Dia bangun dan berkata, "Mari sini dan main di tempat saya."

Su Qianci perlu duduk manakala Qin Shuhua duduk di belakangnya dan memerhatikannya bermain. Apabila Su Qianci mengatakan dia tidak tahu cara bermain, dia benar-benar memaksudkannya.

Pada kehidupannya yang lepas, ibu mertuanya itu tidak pernah menyukai dirinya walaupun setelah lima tahun dia berkahwin dengan Li Sicheng. Disebabkan itu, dia tidak pernah diajak bermain mahjung. Ini kali pertama dia diajak untuk bermain.